
Bagi pengguna iPhone, perkara paling gerun adalah bila ada yang tak kena jadi pada handphone mereka.
Pernah tak iPhone korang mengalami masalah ‘stuck logo’ yang terlalu lama? Kalau bawa ke kedai confirm dikatakan yang motherboard iPhone korang rosak. Sudahnya, kenalah bayar beratus ringgit.
Kalau tak nak diperdaya oleh si tukang repair tu, apa kata korang cuba dulu step-step yang telah diajar oleh Afzan & Teams ini. Kalau pulih semula maknanya iPhone korang tak rosak, tapi kalau masih sama saja, mungkin memang ada yang tak kena dengan handphone tersebut.
Wajib ada laptop dan wifi
Syarat penting untuk ikut step ini adalah korang perlu ada laptop dan wifi. Download iTunes siap-siap untuk memudahkan kerja korang nanti.

Langkah-langkah:
1. Korang sambungkan cable terus daripada laptop ke iPhone yang stuck logo tu. Pastikan sebelum cucuk USB tu iPhone korang di switch off. Maknanya, tak ada logo Apple keluar.
2. Tekan power button & home button serentak. Tunggu sampai logo Apple keluar. Bila logo Apple dah keluar, korang lepaskan power button, home button tu tekan je, jangan lepas.
Tunggu sampai logo iTune keluar. Baru lepaskan home button.
3. Dekat laptop korang akan keluar macam ni

4. Kemudian, klik restored. Kalau keluar error tu maksudnya kena check board. Ada la tu yang tak kena dengan iPhone korang.
5. If tak keluar error, iTunes tu akan jalan macam biasa. Korang tunggu je dalam 20-30 minit. Perhatikan ada garisan biru tengah running. Tunggu sampai habis line biru tu.
iPhone korang akan on macam biasa. HELLO tu keluar, maksudnya iPhone korang dah selamat.
Walau bagaimanapun, once korang punya iPhone mengalami masalah stuck logo ni, semua data akan hilang. Cara yang ditunjukkan ni memang akan buat iPhone korang terus jadi kosong.
Buat masa sekarang, inilah antara cara yang korang boleh buat sebelum terus hantar ke kedai. Kalau dah tak boleh juga tu, barulah rujuk pada yang pakar ya?
Sumber: Afzan & Teams
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengguna iPhone! Check Out Apa Yang Terbaru Dalam iOS 15

Dah ramai yang teruja dengan sistem update ios 15 bagi pengguna iPhone.
Ada yang dah update ke. Amacam best tak? Namun, bagi mereka yg belum update software terbaru ini, dan tidak menerima notis mengenainya, boleh memuat turun secara manual dengan pergi ke Settings > General > Software Update dan pilih download iOS 15. Saiz muat turun untuk iOS 15 adalah 3.12GB dan pastikan bateri korang cukup atau mengecas ketika mahu memulakan muat turun.
1. Focus

Focus membolehkan anda memberikan tumpuan mengikut situasi. Jika korang tidak mahu diganggu oleh notifikasi atau deringan dari iPhone dek memfokuskan mengejar tarikh akhir laporan kerja, sedang bersenam, memandu atau sedang tidur.
Pengguna iPhone boleh menetapkan siapa dibenarkan menghubungi, notifkasi mana boleh dipaparkan dan apakah aplikasi yang boleh diakses mengikut mod yang dipilih. Paling menarik jika anda tidak mahu diganggu, pengguna iPhone lain boleh melihat anda mengaktifkan mod fokus di dalam aplikasi pemesejan seperti Messages.
2. Account Recovery
Pada iOS 15 terdapat ciri baharu Account Recovery yang membolehkan pengesahan diberikan kepada kontak rapat yang dipercayai. Pengguna juga boleh memiliki kontrak rapat sebagai Legacy Contact yang boleh mengakses akaun Apple ID pemilik yang telah meninggal dunia. Gambar yang disimpan di iCloud misalnya boleh dimuat turun ke akaun peribadi sebagai kenang-kenangan.
3. Live Text
Live Text ialah ciri menarik yang selama ini memerlukan pengguna iOS menggunakan Google Photos atau Google Lens. Dengan Live Text kesemua ciri ini ditawarkan secara terbina pada aplikasi kamera iPhone dan pelayar Safari. Pada aplikasi kamera apabila ia mengesah teks, ikon membaca teks akan muncul. Pengguna kemudian boleh salin tampal teks alamat, nama perniagaan atau nombor telefon pada papan iklan misalnya.
4. Find My
Find My ditambah baik dengan ciri mengesan kedudukan peranti walaupun selepas ia dimatikan atau telah ditetapkan semula selepas hilang. Menurut Apple lokasi peranti masih boleh dijejak sehingga 24 jam selepas ia dimatikan atau ditetapkan semula oleh insan yang mungkin telah mencurinya.
5. FaceTime Dengan Bukan Pengguna Di Luar Ekosistem Apple
FaceTime Link
Paling menarik, kini ciri eksklusif FaceTime pada peranti Apple kini akhirnya boleh diakses juga oleh pengguna peranti dengan sistem operasi yang lain. Kini tanpa peranti Apple sekalipun mereka boleh menggunakan FaceTime.
6. FaceTime Dipertingkat – Audio Spatial, Mod Portret,

Kepada pengguna ekosistem Apple pula, FaceTime semakin ditambah baik seperti akhirnya wujud mod potret yang mengaburkan latar belakang, audio spatial juga disokong bagi memberikan pengalaman perbualan dan mikrofon pula menyokong mod audio yang membolehkan bunyi latar disenyapkan supaya lebih jelas atau mod Wide Spectrum yang membenarkan audio persekitaran didengari sekiranya perlu.
7. SharePlay
SharePlay pula membolehkan kandungan video, muzik, gambar atau laman web bersama rakan secara atas talian. Apabila menonton video misalnya video boleh dikawal oleh kesemua pihak yang dijemput. Antara aplikasi yang menyokong ciri SharePlay ialah Apple TV+, TikTok, NBA, Twitch dan MasterClass.
8. Memoji

Memoji dipertingkatkan lagi dengan pelbagai gaya rambut, penutup kepala, aksesor, alat bantuan pendengaran dan 40 jenis pakaian. Pengguna kini boleh menghasilkan Memoji yang semakin hampir kelihatan seperti diri mereka sebagai ganti di alam maya. Orang Malaysia pun boleh pilihan tudung dan baju melayu tau. Menarik bukan?
9. Notifikasi
Notifikasi dikemaskini lagi oleh Apple dengan ikon aplikasi yang lebih besar dipamerkan. Notifikasi yang paling penting akan diberikan kepentingan supaya pengguna boleh memberikan perhatian kepada apa yang paling perlu dilakukan terlebih dahulu.
10. Safari
Tab yang dibuka disusun dalam bentuk grid yang lebih mudah dilihat. Kini Safari lebih menyerupai Chrome. Kesemua tab boleh dikumpulkan secara setempat dan diselarikan diantara peranti-peranti Apple lain yang dimiliki pengguna. Dengan ini penggunaan Safari merentas platform lebih sekata. Akhir sekali cari menggunakan arahan suara pada Safari turut boleh dilakukan bagi mereka yang tidak mahu menaip.
11. Wallet
Aplikasi Wallet semakin berguna kerana boleh menyimpan maklumat kunci elektronik, kunci hotel, kad pengenalan, kad vaksinasi Covid-19, kad pelajar dan juga kunci kereta. Dengan Wallet, iPhone menjadi pengganti kepada kunci-kunci fizikal. Perkongsian kunci antara ahli keluarga, anak-anak dan rakan sekerja juga boleh dilakukan sekiranya mereka juga mempunyai sebuah iPhone.
12. Photos
Photos meminjam beberapa ciri yang selama ini ditawarkan oleh Google Photos secara terbina. Ciri menghasilkan video memori, bagi yang mungkin tidak menyukai lagu yang disediakan, keseluruhan katalog Apple Music boleh digunakan sebagai muzik latar sekitar pengguna melanggan kepada perkhidmatan penstriman ini.
13. iCloud – iCloud+ Private Relay, Menyorokkan Alamat Emel Sebenar dan Storan Sementara

iCloud ialah perkhidmatan storan awanan perlu bagi semua pengguna ekosistem Apple. Dengan iOS 15, perkhidmatan ini dipertingkatkan dengan ciri Private Relay yang membolehkan pengguna melayari web dengan lebih selamat.Malah, iCloud turut membenarkan sandaran melebihi storan dilakukan ketika melakukan kemas kini peranti. Isu tidak cukup storan untuk melakukan sandaran sebelum kemas kini selesai.
14. Apple Health
Apple Health membolehkan data kesihatan dikongsi dengan ahli keluarga terdekat dengan selamat. Ini adalah ciri penting untuk memantau kesihatan ibu bapa yang berusia di kampung misalnya menerusi data yang dikumpul oleh Apple Watch. Ahli keluarga boleh dihubungi jika anomali dilihat pada degupan jantung misalnya.
Aplikasi Health juga boleh melihat perubahan trend kesihatan tubuh yang menjadi semakin baik ataupun buruk. Analisa kestabilan langkah juga boleh direkod dan dianalisa oleh pengguna. Amaran akan diberikan jika kestabilan langkah berkurangan dikesan.
15. Accessibility – Ciri Ketercapaian Untuk Golongan OKU Lebih Baik
Akhir sekali ciri ketercapaian (accessibility) membolehkan peranti dikawal dengan menggunakan bunyi pop, ee atau bunyi klik dari mulut. Ini membolehkan OKU yang tidak boleh menyentuh skrin masih boleh menggunakan iPhone. Data audiogram turut boleh diimport bagi membolehkan sistem audio iPhone menguatkan frekuensi tertentu berdasarkan ujian telinga yang telah dilakukan.
Selamat mencuba!
Sumber : Amanz.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
35 Tahun Dalam Pasaran, Laptop Toshiba Akhirnya Berkubur

Bagi pengguna laptop, jenama Toshiba bukan asing bagi mereka. Walau banyak pesaing lain tetapi ketahahan laptop jenama ini membuatkan ia masih menjadi pilihan orang ramai.
Namun hari ini, bagi penggemar jenama Toshida, selepas ini korang tak akan temui laptop ini lagi di pasaran ya.
Hanya mampu bertahan 25 tahun dalam dunia teknologi berasaskan komputer, laptop jenama Toshiba akhirnya akur dengan situasi dunia perniagaan yang tidak menentu.
Hari ini secara rasminya Toshiba menjual 19.9 peratus saham terakhir mereka kepada Dynabook Inc, perusahaan milik Sharp. Ia adalah baki kepada saham terkecil mereka selepas menjual sebahagian besarnya kepada Sharp pada tahun 2018.
“Dengan menjual baki saham terakhir ini, maka secara rasminya Dynabook adalah syarikat rasmi milik Sharp yang mengambil alih laptop jenama ini,” kata Toshiba dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan.


Sebelum ini, pada tahun 2018, Toshiba telah menjual 80.1 peratus saham bisnes PC dan laptopnya kepada Sharp pada nilai USD36juta. Sejak hari itulah, Sharp telah menggantikan bisnes ini menjadi Dynabook.
Dalam satu kenyataan rasmi, Toshiba mengataka Sharp telah menggunakan haknya untuk saham terkecil mereka sejak Jun lalu.
Apa pun berita Toshiba “menarik diri” dari bisnes laptop sangat mengejutkan ramai pihak. Ini kerana sepanjang tahun 1990-2000 an, Toshiba kerap menjadi salah satu vendor laptop yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai kerana kualitinya.

Malah Toshiba telah mengeluarkan laptop pertamanya iaitu siri T1100 pada tahun 1985 di Eropah denagn harga USD2000 dollar.
Siri T1100 adalah pendorong awal pertumbuhan industri laptip dengan sasaran jualan tahunan sebanyak 10,000 unit seperti dilaporkan oleh KompasTekno dari The Verge dua hari lalu.
Menurut Computer World, meski banyak laptop lain di pasaran, Toshiba sering menjadi vendor paling popular yang menjadi pilihan pengguna.
Pada 2015, Toshiba mengumumkan kerugian dengan nilai USD318 juta dollar. Kerugian itu antara faktor utama mengapa Toshiba tidak mahu meneruskan bisnes dalam bidang ini di pasaran Eropah pada tahun 2016. Bahkan pada tahun 2017, Toshiba juga mengalami kergian dengan hanya mampu menjual sebanyak 1.9 juta unit sahaja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
15 Senarai Smartphone Harga Bawah RM500

Handphone rosak dan nak beli yang baru dengan harga bawah RM500. Boleh ke dapat?
Kalau kita lihat dalam pasaran sekarang, harga smartphone boleh mencecah hingga ribuan ringgit. Tapi sebenarnya jika korang pandai memilih dan buat sedikit survey, memang ada smartphone yang dijual harga bawah daripada RM500.
Berikut merupakan senarai smartphone harga bawah RM500 yang boleh korang dapatkan di pasaran Malaysia.
1. Xiaomi Redmi 4X (RM459)

Processor: Octa-core 1.4 GHz Cortex-A53
RAM: 2GB
Internal storage: 16GB
Skrin: 5 inci, 720 x 1280 pixels, 294PPI
Bateri: 4100mAh
Kamera: 13MP f/20 + 5MP f/2.2, Video 1080p @ 30fps
2. Tp-Link Neffos X1 LITE (RM499)

Processor: Quad-core Cortex-A53 1.5 GHz + Quad-core Cortex-A53 1.0GHz
RAM: 2GB
Internal storage: 16GB
Skrin: 5 inci, HD (1280 x 720), 293.7PPI
Bateri: 2550mAh
Kamera: 13MP f/2.0 + 5MP f/2.0 PDAF, Video 1080p @ 30fps
3. Sharp Z2 (RM499)

Processor: Deca-core (2 x 2.3GHz Cortex-A72, 4 x 2.0GHz Cortex-A53, 4 x 1.4Ghz Cortex-A53)
RAM: 4GB
Internal storage: 32GB
Skrin: 5.5 inci, IPS LCD LTPS 1080 x 1920 pixels, 401PPI
Bateri: 3000mAh
Kamera: 16MP + 8MP, Video 1080p @30fps
4. Xiaomi Redmi 5A (RM399)

Processor: Quad-core 1.4 GHz Cortex-A53
RAM: 2GB
Internal storage: 16GB
Skrin: 5 inci, 720 x 1080 pixels, 255PPI
Bateri: 3000mAh
Kamera: 13 MP f/2.2 + 5MP f/2.0, Video 1080 @ 30fps
5. Huawei Honor 5C (RM439)

Processor: Octa-core (4 x 2.0 GHz Cortex-A53 & 4 x 1.7 GHz Cortex-A53)
RAM: 2GB
Internal storage: 16GB
Skrin: 5.2 inci, IPS 1080 x 1920 pixels, 424PPI
Bateri: 3000mAh
Kamera: 13MP f/2.0 28mm + 8MP f/2.0, Video 1080p @ 30fps
Network & Sim: 2G, 3G, 4G, Dual SIM
6. Nubia M2 LITE (RM499)

Processor: Octa-core (4 x 1.5GHz Cortex-A53 x 1.0Ghz Cortex-A53)
RAM: 3GB
Internal storage: 64GB
Skrin: 5.5 inci, TFT 1280 x 720 pixels, 267PPI
Bateri: 3000mAh
Kamera: 13MP f/2.2 + 16MP f/2.0, Video 720 @ 30fps
7. TP-Link Neffos C5 Max (RM499)

Processor: Octa-ocre 1.3 GHz Cortex-A53
RAM: 2GB
Internal storage: 16GB
Skrin:5.5 inci, FHD (1920 x 1080), 403.4PPI
Bateri: 3045mAh
Kamera: 13MP f/2.0 + 5MP f/2.0, Video 1080p @ 30fps
8. Alcatel Onetouch Flash 2 (RM459)

Processor: Octa-core 1.3 GHz Cortex-A53
RAM: 2GB
Internal storage: 16GB
Skrin: 5 inci, IPS 720 x 1280 pixels, 294PPI
Bateri: 3000mAh
Kamera: 13MP f/2.0 + 5MP f/2.2, Video 1080p @ 30fps
Network & Sim: 2G, 3G, 4G, Dual SIM
9. ZTE Blade A610 (RM378)

Processor: Quad-core 1.3 GHz Cortex-A53
RAM: 2GB
Internal storage: 16GB
Skrin: 5 inci, IPS 1080 x 1920 pixels, 294PPI
Bateri: 4000mAh
Kamera: 8MP + 5MP + Video 1080 @ 30fps
Network & Sim: 2G, 3G, 4G, Dual SIM
10. Asus Zenfone 2 Laser ZE550KL (RM489)

Processor: Quad-core 1.2 GHz Cortex-A53
RAM: 2GB
Internal storage: 32GB
Skrin: 5 inci, 720 x 1280 pixels, 294PPI
Bateri: 2400mAh
Kamera: 13MP f/2.0 + 5MP f/2.0, Video 1080 @ 30fps
Network & Sim: 2G, 3G, 4G, Dual SIM
11. Nokia 3 (RM499)

Processor: Quad-core 1.4 GHz Cortex-A53
RAM: 2GB
Internal storage: 16GB
Skrin: 5 inci, IPS 720 x 1280 pixels, 294PPI
Bateri: 2630mAh
Kamera: 8MP f/2.0 + 8MP f/2.0, Video 720p @ 30fps
Network & Sim: 2G, 3G, 4G, Dual SIM
12. Asus Zenfone Go 5.0 (RM389)

Processor: Quad-core 1.0 GHz Cortex-A53
RAM: 2GB
Internal storage: 16GB
Skrin: 5.5 inci, IPS 720 x 1280 pixels, 294PPI
Bateri: 2600mAh
Kamera: 13MP f/2.0 + 5MP f/2.0, Video 720p @ 30fps
Network & Sim: 2G, 3G, 4G, Dual SIM
13. ZTE Blade V7 LITE (RM399)

Processor: Quad-core 1.0 GHz Cortex-A53
RAM: 2GB
Internal storage: 16GB
Skrin: 5 inci, IPS 720 x 1280 pixels, 294PPI
Bateri: 2500mAh
Kamera: 13MP + 8MP, Video 1080p @ 30fps
Network & Sim: 2G, 3G, 4G, Dual SIM
14. Huawei Honor 5A (RM475)

Processor: Quad-core 1.0 GHz Cortex-A53
RAM: 2GB
Internal storage: 16GB
Skrin: 5 inci, IPS 720 x 1280, 294PPI
Bateri: 2200mAh
Kamera: 13MP f/2.0 28mm + 5MP, Video 1080p @ 30fps
15. Lenovo A6600 Plus (RM329)

Processor: Quad-core 1.0 GHz Cortex-A53
RAM: 2GB
Internal storage: 16GB
Skrin: 5 inci, 720 x 1280 pixels LCD IPS, 294PPI
Bateri: 2300mAh
Kamera: 8MP + 2MP, Video 720p @ 30fps
Network & Sim: 2G, 3G, 4G, Dual SIM
Harga-harga yang disenaraikan ini adalah daripada rujukan produk. Mungkin saja ia berubah bergantung kepada promosi dan diskaun yang akan diberikan.
Walau bagaimanapun, kalau korang mempunyai bajet lebih daripada RM500, pastikan smartphone yang dipilih mempunyai spesifikasi yang lebih baik daripada produk-produk yang disenaraikan ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

