iPhone SE Sudah Boleh Didapati Melalui Laman Web Rasmi Apple, Harga Bermula RM1999

Share

Berita baik buat korang yang sedang mencari telefon pintar baru, Apple telah pun mengumumkan bahawa iPhone SE sudah boleh mula ditempah melalui laman rasmi Apple bermula 11 Mei 2020.

Selain tempahan melalui lawan web Apple, korang juga boleh membuat tempahan melalui pengedar rasmi Apple dan syarikat telekomunikasi terpilih.

iPhone SE hadir dengan skrin 4.7-inci Retina HD, dilengkapi pengimbas cap jari Touch ID, dijana cip Apple A13 Bionic, dan menggunakan satu kamera dibelakang. Ia turut hadir dengan sokongan kalis air IP67.

Ha, mesti korang dah tak sabar nak tahu harga telefon pintar ini kan?

Bagi model 64Gb dijual pada harga RM1999, 128GB RM2199 dan 256Gb pada harga RM2699.

Amacam, berminat tak?

Sumber: amanz.my

IKLAN