Berita

Intan Najuwa Sambut Kelahiran Puteri Kedua, Kongsi Wajah Comel Imane Laudya

Share

Aktres popular, Datin Intan Najuwa kini bergelar ibu kepada dua cahaya mata selepas selamat melahirkan seorang bayi perempuan semalam.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Intan menerusi satu hantaran di akaun Instagram (IG) miliknya yang turut memperkenalkan nama puteri keduanya, Imane Laudya.

Luah Rasa Syukur Sambut Kelahiran Puteri Kedua

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama

Bunga Hati itu meluahkan rasa syukur atas kehadiran zuriat baharunya yang disifatkan sebagai satu anugerah paling istimewa dalam hidup.

“Selamat datang ke dunia, anak yang sangat berharga, Imane Laudya,” katanya dalam hantaran beberapa gambar di wad hospital.

Intan turut berkongsi beberapa foto menyentuh hati yang memaparkan wajah comel bayi perempuannya, sekali gus mengundang rasa teruja dalam kalangan peminat.

Hargai Kejutan Manis Daripada Suami

Dalam satu lagi perkongsian, Intan yang kini bergelar ibu kepada dua cahaya mata turut menzahirkan penghargaan kepada suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman atas kejutan romantis yang diterimanya.

“Terima kasih daddy (suami) untuk 100 kuntum mawar merah. Awak sentiasa tahu menggembirakan saya,” tulisnya.

Dibanjiri Ucapan Tahniah

Ruangan komen hantaran tersebut turut dihujani ucapan tahniah daripada peminat serta rakan-rakan selebriti yang sama-sama berkongsi kegembiraan atas kelahiran bayi itu.

Untuk rekod, Intan dan suaminya sebelum ini dikurniakan cahaya mata sulung, Imane Lunara pada 15 Disember 2024 yang kini berusia hampir dua tahun.

Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Datuk Ahmad Azraf Azman, 42, dalam sebuah majlis yang berlangsung di Desaru Coast, Johor pada 18 Ogos 2023.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath