Baru-baru ini, penyanyi terkenal, G-Dragon telah menarik perhatian peminat apabila mendedahkan tentang bagaimana cara beliau menutup badan ketika berdepan isu berat badan.
Menerusi sebuah video episod terbaru yang dikongsikan dalam Youtube Zip Daesung sempena ulang tahun ke-19 kumpulan K-Pop ikonik , Big Bang. G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong (37) telah dijemput sebagai pengacara khas bersama dua lagi ahli kumpulan, Daesung dan Taeyang yang tampil sebagai tetamu.
Sebaik sahaja tiba, G-Dragon menerima lencana eksklusif Zip Daesung dan tidak dapat menyembunyikan keterujaannya.
“Akhirnya, saya dapat juga. Lucu betul sebab saya memang nak benda ni,” katanya sambil tersenyum.
Pada masa yang sama, G-Dragon turut terlihat beberapa rekaan lencana terbaru di atas meja yang diinspirasikan daripada imej dirinya dan Taeyang.
Ads
“Ini nampak macam saya, masa era promosi ‘POWER’. Dah lama juga saya tak pakai scarf atau bandana,” ujarnya berseloroh selepas melihat salah satu rekaan tersebut.
Menurut G-Dragon, sebelum ini beliau kerap memakai scarf atau bandana kerana ingin menutup bentuk badannya.
“Saya dulu selalu pakai scarf atau bandana untuk tutup bentuk badan sebab masa tu berat saya naik,” jelasnya.
Ads
Pendedahan itu telah mengejutkan ramai pihak termasuk anggota Big Bang sendiri kerana mereka tidak pernah melihat G-Dragon kelihatan berisi sepanjang tempoh itu (era POWER).
Sementara itu, hal tersebut telah meraih reaksi daripada peminat yang mempertahankan G-Dragon sekaligus menegaskan bahawa idola kesayangan mereka itu tetap kelihatan ramping dan berkarisma sepanjang promosi ‘POWER’ meskipun beliau merasakan sebaliknya.
Ads
Selain itu, ada juga yang mengimbas semula gaya fesyen unik G-Dragon pada ketika itu kerana scarf dan bandana yang dipakainya bukan sahaja menjadi simbol gaya peribadi, malah mencetuskan trend yang diikuti ramai peminat K-Pop di seluruh dunia.
Dalam pada itu, para peminat turut membandingkan penampilannya terkini yang kelihatan lebih kurus, khususnya selepas muncul dalam rancangan Yoo Byung Jae berjudul ‘No Laugh Birthday Party’ di mana perubahan fizikal tersebut telah menarik perhatian ramai dan melihat sisi berbeza idola legenda ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti media sosial terkenal antarabangsa, Kylie Jenner kehilangan sehingga lebih sejuta pengikut di platform Instagram gara-gara menyatakan sokongan terhadap kekejaman tentera Israel.
Menurut laporan media antarabangsa, Jenner yang juga usahawan muda itu yang memiliki sejumlah lebih 400 juta pengikut menerusi media sosial berkenaan telah mengalami penurunan pengikut menjadi 399 juta.
Ia terjadi selepas pemilik rangkaian jenama kosmetik, Kylie Cosmetic itu memuat naik hantaran menyuarakan sokongan terhadap Israel apabila mengutuk serangan 5,000 roket oleh kumpulan Hamas pada 8 Oktober lalu.
“Untuk hari ini dan selamanya, saya akan berdiri bersama Israel,” ujarnya.
Menyedari telah tersilap langkah, selebriti berusia 26 tahun itu telah memadam hantaran tersebut sejam kemudian.
Namun, tindakan adik kepada Kim Kardashian itu sudah terlambat apabila Instagram miliknya terus diserang warganet dan dibanjiri dengan komen ‘Free Palestine’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelik tapi benar. Ini yang berlaku kepada seorang pemuda berusia 32 tahun, Anthony Loffredo yang sanggup mengorbankan wajahnya semata-mata ingin melakukan pengubahsuaian untuk menjadi makhluk asing berwarna hitam.
Ha, biar betul?
Berasal dari Perancis, pemuda ini mendapatkan bantuan khidmat daripada individu dari Barcelona yang dikenali sebagai Oscar Marquez kerana aktiviti pengubahsuaian seperti ini tidak boleh dilakukan di negaranya.
Pakar bedah ekstrim telah melakukan prosedur yang dikenali sebagai “rhinotomy”, dimana Anthony memiliki lubang yang terbuka pada wajahnya.
Pemuda pelik itu turut memuat naik posting di Instagramnya dengan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Oscar Marques kerana telah merealisasikan impiannya.
Anthony juga telah melakukan pembedaan lain, termasuklah membuang kedua-dua telinganya, membelah lidah serta mencacah tatu pada bola mata walaupun berisiko menjadi buta.
Untuk mendapatkan penampilan yang luar biasa, lelaki ini juga melakukan implant kulit dan melakukan benjolan gaya reptilia di dahinya serta garis pahat di tulang pipi.
Fuh, dengar pun dah ngeri.
Menurutnya lagi, dia tidak pernah menyesal mengubah wajah asalnya kepada makhluk asing yang diidamkannya. Dia mendapat idea ini ketika menjadi pengawal keselamatan dan menyedari yang dirinya tidak menjalani hidup seperti yang dia mahu kan.
Hm, dah elok-elok jadi manusia, nak jadi alien pula. Pelik, memang pelik. Wajah asal lebih handsome kan? Hiks!
Kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool FC sememangnya layak dinobatkan sebagai juaran Liga Perdana untuk musim 2019-2020 setelah jelas mendahului liga dengan 18 mata di hadapan pasukan tangga kedua, Manchester City.
Skuad Jurgen Kloop itu mengecapi 99 mata sepanjang 38 perlawanan pada musim lepas, lantas merekodkan kutipan mata kedua terbanyak dalam sejarah penganjuran Liga Perdana Inggeris!
Bukan itu saja, Liverpool FC turut merampas gelaran juara Eropah dan Kejohanan Kelab Dunia.
Justeru pada hemat penulis, ini tentunya adalah masa terbaik untuk Liverpool mengeluarkan kit pasukan terbaru bagi musim akan datang. Yes, your call has been heard The Reds..
Liverpool FC dan Nike telah melancarkan kolaborasi pertama di antara dua jenama besar sukan tersebut untuk home kit kelab sepanjang musim 2020-2021. Tentunya, peminat Liverpool tidak sabar untuk mendapatkan jersi terbaru dengan penambahbaik rekaan, inovasi dan daya kreatif di antara Liverpool FC dan Nike.
Seperti tradisinya, home kit ini mengekalkan warna merah pada jersi, seluar dan stokin. Penggunaan tona warna merah yang sedikit cerah menyerlahkan keremajaan dan semangat pasukan semasa berada di atas padang.
Apa yang berbeza pada kali ini adalah warna putih dan biru muda (teal) pada bahagian leher dan lengan jersi.
Dari segi teknologi menurut Nike, ia cukup efektif untuk gerak daya pemain semasa perlawanan dan mengawal kelembapan daripada peluh badan dengan konsisten.
Malah, penggunaan bahan guna-semula pada fabrik poliyester yang diperbuat daripada botol plastik lama menambah lagi keunikan jersi ini.
Sementara itu, jersi penjaga golnya juga tidak kurang menarik dengan warna serba hitam dan paten lain daripada yang lain pada bahagian hadapan dan belakang.
Untuk pengetahuan korang yang berminat dengan kit terbaru Liverpool FC, ia boleh didapati seawal 6 Ogos ini di kesemua stor rasmi dan boleh didapatkan secara online di store.liverpoolfc.com.
Walaupun kami belum mengetahui harga rasmi jualannya, namun tinjauan kami di laman web untuk tempahan awal mendapati ia dijual sekitar harga RM350.
Tak sabarnya!
Oh BTW! Korang tahu tak bahawa Menteri Hal Ehwal Agama kita juga merupakan peminat tegar Liverpool FC?
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.