Ini Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Hadir Di Sesi Uji Bakat Hero Remaja 2020

Share

Selepas lebih kurang dua tahun berlalu, kini Pencarian Hero Remaja 2019 bakal kembali menemui penonton tidak lama lagi.

Menyaksikan bintang-bintang baru seperti Alif Muhaimin,Farhan Asri, Harris Annuar, Ikmal Amry, Safwan Nazri dan ramai lagi, kemunculan mereka di kaca televisyen semakin mendapat perhatian oleh peminat drama tempatan.

Tidak hanya muncul di kaca TV, jenama-jenama besar juga sering menggunakan mereka untuk mempromosikan apa-apa acara dan barangan di media sosial.

Kejayaan ini juga boleh menjadi milik korang sekiranya berpeluang dipilih menjadi sebagai salah seorang finalis Hero Remaja 2020.

Jom beramai-ramai datang ke sesi uji bakat Hero Remaja yang bakal berlangsung bermula hujung minggu ini.

Berikut kami sediakan beberapa info penting buat korang yang ingin menyertai Hero Remaja tahun ini.

1. Apa yang perlu dibawa ke uji bakat Hero Remaja 2020

  • Majalah Remaja isu Oktober-Disember 2019
  • Gambar penuh berukuran 4R
  • Salinan kad pengenalan

2. Dimanakah dan bilakan uji bakat Hero Remaja 2020 akan diadakan?

Lokasi: Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam

Tarikh: 21, 22, 28, 29 Disember 2019

Masa: 9 pagi – 4 petang

3. Peserta uji bakat Hero Remaja 2020 wajib memakai:

  • Baju berwarna putih
  • Berseluar denim
  • Berkasut tutup

4. Had umur untuk sertai Hero Remaja 2020

Peserta uji bakat mestilah berumur dari 18 ke 24 tahun (pada 2020) sahaja

5. Sukar untuk dapatkan majalah Remaja isu Oktober-Disember 2019?

Jangan risau, ia turut dijual di lokasi uji bakat

6. Berapa peringkat proses uji bakat ini?

Stage 1: Pendaftaran borang bertulis dan borang digital

Stage 2: Uji bakat bersama juri

Stage 3: Lulus Stage 2 akan berdepan dengan juri lagi diperingkat ini

Stage 4: Lulus Stage 3, sesi interview bersama pihak produksi

*Sebelum ke Stage 4, bakal finalis perlu melakukan sesi photoshoot terlebih dahulu

7. Apakah kriteria yang dicari oleh juri uji bakat Hero Remaja 2020?

Ciri-ciri penting yang korang perlu ada, adalah seperti berikut:

  • Yakin
  • Bercita-cita tinggi
  • Mempunyai pengetahuan am yang baik
  • Berketerampilan menarik
  • Punya aura tersendiri
  • Positif
  • Berani
  • Komited

All the best guys, see you there!

IKLAN