Sah! Kadar tambang bas ekspres menjelang musim perayaan Aidilfitri pada tahun akan dinaikkan hampir 10 peratus kepada 10.2 sen bagi setiap kilometer.
Kenaikan yang akan bermula pada hujung bulan ini itu adalah berdasarkan satu pekeliling yang dikeluarkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada 21 Mac lalu. Ia memaklumkan penguat kuasaan kenaikan kadar tambang bas ekspres sepanjang tempoh sah laku Lesen Perubahan Sementara (LPS).
Untuk pengetahuan, setiap kali tiba musim perayaan, normal bagi permintaan bas ekspres untuk meningkat. Lalu, kerajaan akan mengeluarkan LPS bagi membolehkan syarikat bas ekspres menyediakan bas ekspres tambahan bagi menampung permintaan tinggi daripada rakyat yang ingin pulang ke kampung.
Ads
Setiap kali LPS dikeluarkan, ia akan berserta dengan kenaikan kadar tambang sekitar 9.7 peratus. Kongsi APAD, amalan ini telah dilakukan sejak dahulu lagi. Ia juga tidak terhad kepada sambutan perayaan Aidilfitri sahaja tetapi juga sewaktu sambutan Tahun Baru Cina.
Namun tempoh sah laku LPS hanya akan berkekalan selama 10 hari saja (pada minggu sebelum dan selepas tarikh sambutan perayaan. Untuk tahun 2022, tempoh LPS tersebut bermula dari 29 April hingga 8 Mei 2022. Oleh itu, korang janganlah terkejut jika harga tiket bas untuk pulang ke kampung meningkat sedikit sepanjang tempoh itu.
Sementara itu, Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) memaklumkan bahawa tiket bas ekspres masih ada ketika ini untuk dibeli. Jika korang mendapati ada syarikat yang sudah kehabisan tiket, itu tidak bermakna syarikat bas lain juga habis juga. Yang penting, jangan tunggu hingga ke saat akhir untuk membuat pembelian.
Ads
Kongsi PMBOA lagi, seiring dengan musim endemik ini, penumpang juga dimohon untuk tiba awal ke stesen bas bagi memudahkan pelaksanaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini kecoh apabila MBSA menggantung kain rentang menyatakan peraturan yang mana masyarakat tidak dibenarkan untuk memberi makan kepada haiwan liar dan terbiar. Tindakan itu mendapat kecaman hebat masyarakat yang rata-rata menyatakan bahawa sepatutnya pihak MBSA mencari jalan yang lebih sesuai.
Mungkin kita boleh melupakan kisah ini dan mengambil teladan perkongsian dari hantaran Facebook Royal Office Selangor yang berkongsi, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menitahkan sekalian rakyat jelata khususnya di Negeri Selangor agar tidak mengabaikan tanggungjawab melindungi haiwan-haiwan terbiar (stray) khususnya kucing dan anjing.
Menurut Baginda berdua, sangat penting untuk kita semua memiliki sifat belas kasihan terhadap haiwan sebegini dan menjadi tanggungjawab bersama untuk memberi mereka makan dan perlindungan, sama ada ketika dalam peliharaan atau pun apabila mereka berada di dalam habitat sendiri.
Comelnya Snowy di samping Baginda yang sedang memunaikan solat.
KISAH SNOWY YANG COMEL
Baginda berdua memiliki beberapa ekor kucing peliharaan yang pada asalnya merupakan kucing terbiar (Stray) dan kesemua mereka telah dikasi dan diberi perlindungan yang baik. Ini termasuklah Snowy seekor kucing yang kira-kira empat tahun lalu berkeliaran di kediaman DYMM Tuanku Sultan untuk mencari makanan. Melihat keadaan Snowy, Baginda membuat keputusan untuk mengambil Snowy sebagai haiwan angkat. Kini Snowy merupakan haiwan peliharaan kesayangan dan menjadi peneman setia Baginda.
DYMM Tuanku Sultan juga menitahkan agar pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih pro-aktif dan bijak menangani isu haiwan terbiar ini secara holistik, dan bukan memberi gambaran buruk yang akhirnya akan menyebabkan haiwan-haiwan ini dikurung atau dibunuh.
Selain Snowy, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Penaung Diraja kepada program Stray Free Selangor (SFS) kendalian Society for The Prevention of Cruelty Animals (SPCA Selangor) telah menyelamatkan lebih 100 ekor kucing terbiar di mana kira-kira 30 ekor daripadanya dipelihara oleh Baginda sendiri, manakala selebihnya diberi sebagai haiwan angkat. Sejak Mac 2017 sehingga Disember 2020, sejumlah 7,117 ekor kucing dan anjing terbiar telah dikasi di bawah program SFS yang diselia oleh SPCA Selangor.
Trend ini bukanlah tentang memelihara haiwan atau tanaman, tetapi tentang memelihara batu. Ya, batu. Mungkin terdengar aneh, tetapi ramai anak muda di Korea Selatan telah mendapati ketenangan dan kepuasan dalam mengumpul dan menjaga batu sebagai hobi.
Foto: Weverse Jeonghan SEVENTEEN
Seperti yang dilaporkan oleh South China Morning Post, separuh daripada penduduk Korea Selatan tinggal bersendirian dan menghabiskan masa dengan bekerja sepanjang hari.
Kesepian telah mendorong anak muda untuk mencari ‘kawan’ dalam bentuk yang berbeza. Namun, berbeza dengan memelihara haiwan seperti anjing dan kucing yang memerlukan banyak perhatian daripada pemilik, sesetengah daripada mereka memilih untuk menyimpan batu.
Batu peliharaan ini bukan sekadar disimpan atau digunakan sebagai hiasan, tetapi diberi nama, diajak berbicara, malah dipakaikan pakaian seperti makhluk hidup. Beberapa pemilik batu bahkan meletakkan batu tersebut di atas katil untuk tidur bersama mereka.
Dalam satu video yang viral di TikTok, batu tersebut boleh dilihat dibalut dengan tuala, dilapisi dengan foundation, disapu dengan solek kening, atau dipasang mata dan bibir palsu.
Doljjong ialah batu peliharaan Jeonghan SEVENTEEN. Dia rajin mencucinya untuk menyediakan rumah yang selesa untuk batu itu
Trend ini bukan sahaja popular dalam kalangan masyarakat umum tetapi juga di kalangan selebriti termasuk ahli kumpulan idola seperti Seventeen dan Enhypen. Ahli Seventeen, Jeonghan adalah salah seorang yang menyertai trend ini, dan menamakan batu kesayangannya ‘Doljjong’.
Menurut laporan Korea JoongAng Daily pada Julai 2023, pandemik virus corona juga telah mendorong kepopularan batu peliharaan ini. Malah, beberapa idola K-Pop juga secara terbuka mengakui bahawa mereka turut mengikuti tren tersebut.
Adui, macam-macam la dorang ni, dah kenapa bela batu. hiks
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dari gelanggang bola keranjang ke dunia streetwear, Superstar terus jadi simbol gaya setiap generasi.
Selepas kempen global “The Original”, adidas Originals kini bawakan bab seterusnya dengan mengetengahkan pengaruh besar Superstar dalam budaya pop.
Kempen global ini menampilkan ikon-ikon legend seperti Samuel L. Jackson, Missy Elliott, Mark Gonzales, Anthony Edwards, GloRilla, JENNIE dan Gabbriette. Tapi jangan risau, penggemar tempatan pun tak ketinggalan!
Di Malaysia, Joe Flizzow jadi wajah rasmi kempen ini, sambil bekerjasama dengan bakat-bakat tempatan seperti Ismail Izzani, DOLLA, Lil J, Julia Duclos, Elva Suyan dan Aziz Harun.
Selain tengok koleksi terbaru Superstar dan Firebird Tracksuit, pengunjung boleh sertai aktiviti menarik macam Superstar Soundbooth, basketball shootout, Dance Dance Revolution dan banyak lagi.
Best lagi, kalau beli kasut Superstar atau set Firebird, korang akan dapat kopi percuma dan kit kustomisasi eksklusif.
Sejak 90-an, Superstar dah jadi pilihan artis, pemuzik dan skater yang nak push batas kreativiti. Dengan rekaan lebih selesa dan Firebird Tracksuit ikonik yang masih digilai sejak 1967, ini memang pengalaman wajib untuk semua peminat budaya jalanan dan sneakers!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.