Ini Lagi Bantuan RM300 Untuk B40 @RM4300 Dari PPZ! Tak Kira Agama, Cepat Buat Permohonan

Share

Inilah dinamakan rezeki. Malah Allah menjanjikan rezeki bagi hambaNya yang redha dengan setiap ujian diberikan. Jika semalam begitu ramai yang mendaftar i-Akaun untuk mengeluarkan RM500 dari akaun 2 masing-masing, tak kurang juga yang menyerbu laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk Tabung Bantuan Prihatin yang dijanjikan oleh pihak kerajaan buat golongan B40 dan M40.

Hari ini pula sekali lagi rezeki buat golongan B40 apabila Pusat Pungutan Zakat melancarkan program  Musaadah Khaira Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang mana ia membuka ruang lebih luas kepada mana-mana individu yang layak termasuk bukan Islam untuk memohon bantuan khas koronavirus (Covid-19).

Program di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang menerima suntikan dana awal sebanyak RM1 juta itu menumpukan kepada golongan B40 dengan pendapatan isi rumah di bawah RM4,300 sebulan yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dana sebanyak RM1 Juta disalurkan ke Musaadah COVID-19 ini dan dibayar secara one off. Bagi orang bukan Islam, PNB ada salurkan dana RM300,000 untuk permulaan

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shukri Yusoff berkata, permohonan program bantuan wang tunai RM300 itu mula dibuka semalam dengan kaedah secara atas talian di pautan musaadahkhaira.zakat.com.my

.

“Pihak kami sasarkan untuk proses sekurang-kurangnya 1,000 permohonan sehari dengan tempoh pemprosesan kelayakan dalam tempoh tujuh hari,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Musaadah Khaira Covid-19 di Kompleks Islam Putrajaya semalam.

Perasmian itu disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Pada majlis sama, Presiden Permodalan Nasional Berhad (PNB), Jalil Rasheed turut menyumbang RM300,000 bagi Tabung Khaira PPZ bantuan khas Covid-19.

Dalam pada itu, Ahmad Shukri berkata, sumbangan badan korporat di bawah tanggungjawab sosial korporat itu akan digunakan untuk membantu pemohon bukan Islam, manakala dana terkumpul melalui sumber PPZ pula akan disalurkan kepada pemohon beragama Islam.

“Sumbangan ini adalah bersifat ‘one-off’ dan jumlah penerima itu adalah bergantung kepada kutipan sumbangan yang diperoleh untuk masa-masa akan datang,” katanya. Sumber : SINAR HARIAN

Kalau korang nak duit dari kami, REMAJA pun boleh, jangan lupa join contest REMAJA DENGAR KATA nie. Seminit jer buat video. Kalau terpilih dah dapat hadiah. Lagi pun boring-boring tu, join nie lagi seronok.

 

IKLAN