Dah berapa banyak grup whatsapp yang korang ada sekarang? Confirm lebih daripada 10 kan? Iya la, geng nak lepak mamak pun korang buat grup, belum masuk lagi untuk urusan-urusan penting seperti kerja dan hal-hal keluarga.
Sebenarnya, grup whatsapp ni memang ada kebaikannya. Korang pun tahu kan dengan wujudnya grup macam ni lebih mudah untuk berinteraksi dalam satu kumpulan. Semua dapat maklumat yang sama pada satu masa.
Namun begitu, kadang-kadang tak semua grup whatsapp yang ada memberi kepentingan buat kita. Kalau nak left grup tak sampai hati pula.
Jadi, apa yang korang boleh buat?
Baru-baru ini, Whatsapp sedang menguji ciri yang membolehkan korang menerima atau menolak invitation ke dalam sesuatu grup whatsapp.
Ads
Khabarnya, ciri-ciri ini sudah dilancarkan dan korang boleh menggunakannya tidak lama lagi.
Macam mana nak buat?
Mudah saja, pergi ke Settings > Account > Privacy > Groups. Seterusnya, korang boleh pilih antara Nobody, My Contacts atau Everyone, yang bermaksud korang kena approve dulu sebelum diinvite masuk ke dalam sebarang grup whatsapp.
Untuk My Contacts, hanya nombor telefon yang disimpan saja boleh memasukkan korang dalam grup pada bila-bila masa. Selain daripada kenalan, invitation ke dalam grup akan dihantar.
Ads
Bagi nobody pula, kenalan atau pengguna lain tidak boleh add korang ke dalam grup, hanya invitation akan diberikan dan untuk everyone, sesiapa saja boleh add korang boleh add korang dalam grup tu tanpa perlu menghantar invitation.
Tempoh 3 hari
Invitation grup akan dihantar dalam personal chat dan korang mempunyai masa 3 hari untuk menerima atau menolak invitation tersebut sebelum tamat tempoh.
Ads
Ciri-ciri ini dilihat dapat memberi privacy dan kawalan kepada pengguna sebelum dimasukkan ke dalam grup whatsapp yang mungkin mereka tidak mahu.
Hm, okay juga cara ni. Lepas ni tak ada la orang yang main add je dalam semua grup. Rimas juga kalau dimasukkan dalam grup yang tiada kaitan dengan kita kan?
Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai mengenali keluarga usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri, yang sering menjadi perhatian kerana gaya hidup mewah. Namun, anak sulungnya Amayan atau nama penuhnya Ammar Ahyan, membuktikan bahawa kejayaan bukan hanya diukur dengan harta, tetapi dengan ilmu dan usaha yang ikhlas.
Ilmu Adalah Aset Terbesar
Meskipun membesar dalam keluarga serba cukup, Amayan tidak pernah menjadikan status atau kemewahan sebagai tiket untuk hidup selesa. Sejak kecil, dia dididik bahawa ilmu adalah aset paling berharga.
“Abah selalu pesan, duit boleh dicari, tetapi akademik dan ilmu tidak boleh dibeli. Nasihat itulah yang mendorong saya untuk belajar bersungguh-sungguh,” jelasnya.
Sebagai anak sulung daripada enam beradik, Amayan menggalas tanggungjawab besar untuk menjadi contoh kepada adik-adiknya. Dia mahu membanggakan keluarga dengan pencapaian akademik dan tekad untuk meneruskan legasi yang dibina oleh ayahnya.
“Abah dan mama kerja kuat siang malam. Tiada erti rehat dalam hidup mereka. Sebab itu saya mahu balas jasa mereka dengan ilmu dan kejayaan,” tambahnya.
Impian Ke United Kingdom
Kini bergelar mahasiswa di Taylor’s Universiti, Amayan menyimpan hasrat besar untuk menyambung pelajaran ke United Kingdom (UK). Baginya, melanjutkan pengajian di luar negara adalah salah satu cara untuk menambah pengalaman, membuka minda dan menjadi insan yang lebih matang.
@shahidadherbs2 Anak sulong merangkap anak pertama , dalam kandungan Mama @Ammar Ahyan . Dah besar dan jadi anak bujang Mama. Walaupun Ammar dah 17 tahun tapi mama masih je anggap di kecil lagi. Tak boleh la tengok dia dah nak masuk remaja ni. Kalau boleh taknak dia besar😂😂. Mak mak macam ni la kan, tak boleh nak terima anak nak membesar. . Alhamdulillah Ammar dah nak masuk Taylor’s Foundation Programme. Program persediaan untuk menyambung pelajaran ke luar negara selepas ini. Semoga baik baik je la untuk anak mama ni 🤲 #i♬ bunyi asal – Nur Shahida Mohd Rashid
“Doakan saya habis foundation di Taylor’s, saya dapat teruskan pengajian di UK. Walaupun berat hati untuk berjauhan dengan keluarga, saya percaya inilah cara saya menghargai pengorbanan abah dan mama. Satu hari nanti, saya mahu pulang dan raikan kejayaan bersama mereka,” katanya penuh harapan.
Mahu Ubah Persepsi Masyarakat
Bukan sekadar untuk diri dan keluarga, Amayan turut menyimpan cita-cita besar untuk membantu masyarakat. Dia mahu mengubah mentaliti sesetengah pihak yang menjadikan kemiskinan sebagai bahan jenaka.
“Saya mahu lihat masyarakat kita lebih positif. Semua orang mampu berjaya jika ada usaha. Saya mahu bantu mereka tingkatkan taraf hidup, bukan dipandang rendah,” jelasnya tegas.
Kekal Rendah Diri Walaupun Popular
Walaupun sudah dikenali di media sosial kerana status keluarganya, Amayan tetap bersikap sederhana dan merendah diri. Malah, dia mengakui masih kekok dengan dunia hiburan.
“Ia bukan dunia saya. Tapi demi abah, saya belajar juga. Banyak pengalaman yang saya dapat daripada beliau,” kongsinya.
Inspirasi Untuk Remaja
Kisah Amayan membuktikan bahawa kejayaan sebenar bukanlah tentang harta atau populariti, sebaliknya datang daripada ilmu, usaha gigih dan pengorbanan keluarga.
Buat remaja lain, Amayan adalah inspirasi bahawa walaupun dilahirkan dalam kemewahan, seseorang tetap boleh memilih untuk membina identiti sendiri dengan ilmu.
Dah masuk bulan Ramadan ni, macam-macam pula harga promosi yang ditawarkan yang membuatkan kita rasa ‘gila’ nak membeli.
Berita baik untuk korang yang suka minuman bubble tea, Tealive dan Touch n Go eWallet telah pun bekerjasama untuk Kempen Raya dengan memberikan pelbagai promosi dan diskaun minuman terpilih jika bayaran dibuat menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet ini.
Bermula 5 Mei hingga 15 Jun 2019, korang boleh mendapatkan minuman Tealive pada harga RM2.50 saja dengan syarat kena bayar guna Touch n Go eWallet.
Walau bagaimanapun, tawaran ini hanyalah untuk minuman yang berharga RM6.50 dan terhad kepada satu pembelian untuk satu transaction.
Apa-apa pun, korang memang boleh jimat banyak dengan menggunakan aplikasi tersebut. Lagi-lagi di bulan puasa ni, cuaca panas mesti tekak pun haus gila kan?
Jadi apa lagi, sebelum berbuka tu singgah dululah ke cawangan Tealive yang berdekatan. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang ibu, Wan Hasmiza Wan Ismail merayu agar saksi kejadian yang melihat kemalangan maut melibatkan anak sulungnya Nor Hafiz Hafizan Raja Nor Azuan, 19 tahun di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran susur keluar ke Lebuhraya Persekutuan tampil dengan segera bagi meredakan pertanyaan yang membelenggu jiwa raganya.
Mengidap kanser limfoma tahap dua a (bahagian limpa), Wan Hasmiza yang perlu menjalani kemoterapi saban minggu berkata, sejak kejadian menimpa anak sulungnya itu, dia selalu menangis.
“Hati saya tertanya-tanya. Kalau ada saksi kejadian, tolonglah tampil ke balai polis berdekatan untuk menjawap semua pertanyaan di hati saya ini,” katanya yang menangis tatkala dihubungi REMAJA.
“Siapa akan jaga Mama time Mama kemoterapi nanti, itulah pertanyaan Wan Hasmiza selepas pemergian anak sulungnya ini
Menurut wanita berusia 40 tahun yang terpaksa berhenti kerja Februari lalu berikutan kesihatannya semakin melemah kerana kanser, dia begitu terkilan kerana tidak sempat untuk menyambut ulang tahun ke 19 anak sulungnya itu.
“Semuanya sudah saya sediakan termasuk membeli makanan, penyediaan permainan malah pemilihan tema baju yang bakal disambut Ahad ini. Saya ingatkan untuk maklumkan pada anak hari Jumaat itu tetapi Allah lebih sayangkan dirinya,” katanya mengesahkan anaknya ditemui maut di Lebuhraya LDP itu malah orang awam datang ke rumah mencarinya bagi memaklumkan kejadian tersebut Khamis lalu.
Kata Wan Hasmiza, sekitar jam 11 lebih, pihak polis memaklumkan kepadanya bahawa anaknya kemalangan di Jalan Klang Lama dan kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Saya sudah hampir masuk tidur ketika itu ditambah rasa tidak sihat akibat kanser. Bila ketukan di pintu, pihak polis memaklumkan kejadian ini. Awalnya saya menyangka bahawa anak kemalangan biasa sahaja.
“Tapi selepas pihak polis pulang, saya ternampak seorang lelaki seperti mencari-cari rumah seseorang. Saya tegur dia, katanya dia mencari rumah Nor Hafiz. Bila saya kata saya emak Along, dia maklumkan anak kemalangan di Lebuhraya LDP tu dan mayatnya ada di lokasi kejadian.
“Mulanya saya tak percaya kerana pihak polis baru maklumkan lain tapi dia cakap dia bawa bukti iaitu kad pengenalan anak, ketika itulah saya mula rebah sehingga perlu dipapah. Kami bergegas ke lokasi kejadian dan benar Along sudah terbujur kaku,’ katanya terus menangis.
Pelajar Politeknik Shah Alam ini bercita-cita mahu mati syahid dalam melaksanakan tanggungjawab pada keluarganya
Jelas Wan Hasmiza lagi, dari cakap penunggang motosikal, mereka mengakui sudah mengalihkan motosikal Along dari lorong tengah ke tepi sementara mayat anak masih berada di lorong laju.
“Kalau diikutkan dari keadaan motosikalnya, ada besar kemungkinan dilanggar dari belakang. Siapa saksinya tolonglah tampil kerana ia memberi besar ertinya kepada saya,’ katanya lagi.
Menjelaskan kematian anaknya akibat kecederaan dalaman akibat langgaran, Wan Hasmiza menjelaskan bahagian kepala anaknya cuma ada sedikit luka. Tak ada patah di bahagian tubuhnya.
“Saya tak tahu sama ada anak terbabas atau dilanggar dari arah belakang. Saya mahukan sebuah jawapan. Kalau betul arwah terbabas tolonglah datang ke balai polis ceritakan situasi itu. Sementara kalau arwah dilanggar lari juga, tolonglah tampil. Ada saksi-saksi yang membantu berkata, mereka cuma nampak arwah anak terbaring di lorong laju sahaja dan mereka cuma menolong mengalihkan motosikalnya. Itu saja maklumat saya dapat,” katanya.
Tambah ibu empat anak ini lagi, arwah anaknya kini berada di Semester 3, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (bahagian pembungkusan) di Politeknik Shah Alam.
Dahulu arwah anaknya itu tinggal di asrama namun sejak dia perlu menjalani rawatan kemoterapi, Along meminta izin untuk duduk luar demi menjaga saya.
“Dialah yang masak di rumah bila saya tak sihat terutama lepas kemoterapi. Dialah sidaikan baju malah anak juga bekerja part time di Giant Kelana Jaya demi membantu kewangan keluarga kami kerana suami hanya bekerja kilang dengan pendapatan RM1500 sebulan.
“Kalau hari biasa Along kerja di Giant tapi hujung minggu arwah kerja tukang bancuh air di PKNS demi membantu saya,” katanya yang sehingga hari ini tidak mampu menjamah nasi kerana berasa kehilangan selain rasa terkilan.
“Hari kejadian, saya masakkan kari, lauk kesukaannya. Biasa lepas balik dari Politeknik, arwah akan makan nasi dahulu tapi pada hari itu, dia solat dulu. Makan pun tak sempat sebelum bergegas ke tempat kerja. Sebab itulah saya begitu terkilan kerana anak tak sempat jamah makanannya,” katanya memaklumkan, selepas kematian anaknya itu, barulah dia dapat tahu bahawa anaknya disayangi ramai termasuk bergiat aktif dalam kerja dakwah dan kebajikan islam malah menjadi naib presidennya.
“Arwah selalu buat kerja-kerja dakwah selain sampaikan bantuan. Saya ingat lagi dia minta adiknya belikan cakera kosong untuknya. Malah dia minta adiknya bawa turun laptop, cd dan chargernya untuk dia siapkan perbentangan projek itu.Bila dia meninggal, barulah kawan-kawannya bercerita. Allah, mulianya hatimu nak!
Ibu empat anak ini diuji dengan kanser limfoma tahap dua dan perlu jalani kemoterapi
Jelas Wan Hasmiza lagi, anaknya itu selalu mengucapkan ingin mati syahid dalam mempertahankan keluarga ternyata menjadi kenyatan kerana anaknya itu pergi meninggalkan dirinya sekeluarga selepas selesai membuat kerja part time. Malah apa yang membuatkan hatinya bertambah sedih, anak yang rapat dengan arwah iaitu Syakirah selalu menyebut dan bertanya di mana abang kesayangannya itu.
Bagi anda yang ada melihat kejadian kemalangan pada 18 Oktober lalu di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berdekatan susur ke Lebuhraya Persekutuan, boleh hubungi Wan Hasmiza sendiri di talian 018-4675768. Bantulah ibu ini kerana dia mahukan sebuah kepastian.
Baca juga luahan hati Wan Hasmiza di fbnya:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.