Ini Cara Daftar Nama Untuk Dapatkan Suntikan Dos Penggalak Di PPV Swasta

Share

Suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 sedang giat diberikan kepada masyarakat bagi meningkatkan kembali kadar imuniti rendah selepas keberkesanan vaksin semakin menurun.

Dos penggalak dikatakan boleh menjadi benteng ketahanan imuniti badan daripada risiko jangkitan dan penularan COVID-19.

Individu yang layak menerima suntikan dos penggalak COVID-19 disaran untuk mendaftar nama dalam senarai menunggu di pusat pemberian vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta.

Antara individu yang diutamakan untuk mendapat dos penggalak adalah seperti berikut:

  • Petugas barisan hadapan
  • Individu berusia 40 tahun dan ke atas
  • Individu berusia 18 dan ke atas yang mempunyai komorbiditi
  • Penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang
  • Keperluan ke luar negara
  • Ibu mengandung

Pemberian dos penggalak ini diberikan kepada yang sudah menerima vaksin Pfizer 6 bulan sebelum atau yang menerima vaksin Sinovac 3 bulan sebelum.

Bagaimana untuk mendaftar?

ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth)

, syarikat di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan pendaftaran untuk senarai menunggu di PPV fasiliti kesihatan swasta di bawahnya adalah percuma dan hanya vaksin Corminaty (Pfizer-BioNTech) diberikan di PPV yang disenaraikan pada masa ini.

Berikut adalah cara-cara untuk mendaftar bagi mendapatkan dos penggalak COVID-19.

1. Layari laman web protecthealth.com.my dan klik Cari/Daftar di laman utama

2. Klik ‘Cari PPV’

3. Kemudian, isikan ruang ‘Negeri’ dan ‘Bandar’ dan teruskan carian

4. Senarai PPV swasta yang berdaftar akan disenaraikan. Boleh hubungi pusat yang disenaraikan untuk mendaftar. Klinik akan hubungi korang untuk temujanji dos penggalak

Selamat mencuba!

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

IKLAN