Sebelum ini telah tular berita tentang sebuah drama yang bakal dihasilkan berdasarkan perjalanan seni kumpulan Kpop popular BTS, iaitu BTS Universe.
Agensi Big Hit Entertainment sendiri telah mengumumkan sebelum ini dimana drama tersebt akan menceritakan tentang kisah 7 lelaki yang berjumpa buat pertama kalinya dalam BTS Universe.
Drama ini khabarnya telah pun mengesahkan 7 orang pelakon yang akan membawa watak sebagai ahli kumpulan BTS tersebut.
Drama yang berjudul ‘Youth’ ini dihasilkan oleh Kim Jae Hong, menceritakan tentang 7 orang anak muda yang pada awalnya berada dalam keadaan yang tidak menentu dan akhirnya berubah menjadi seorang individu yang berjaya.
Paling dinantikan adalah barisan pelakon yang bakal membintangi drama ini, seterusnya memegang watak penyanyi kesayangan ramai. Jom kita lihat siapa antara pelakon yang terpilih untuk bekerjasama dalam drama Youth ini.
Seo Ji Hoon akan memainkan peranan sebagai Jin, seorang anak lelaki yang terperangkap dalam bayangan ayahnya yang bekerja di National Assembly. Walaupun dia mempunyai visual yang sempurna, namun dia suka mengekspresikan emosinya. Dia harus hidup mengikut perancangan ayahnya dan bukan bukan apa yang dia mahukan.
Seo Ji Hoon sebelum ini turut membintangi karya-karya seperti Men are Men, Welcome, Flower Crew: Joseon Marriage Agency dan School 2017.
Ads
Watak Suga pula akan dimainkan oleh No Jong Hyun yang sebelum ini pernah membintangi drama Kkondae Intern, Life on Mars dan Because This Is My First Life.
Ahn Ji Jo akan memainkan peranan sebagai J-Hope, seorang pemuda yang bersiap positif tetapi telah ditinggalkan sendirian di taman hiburan sewaktu kecil. Ahn Ji Ho telah muncul dalam banyak filem dan antaranya termasuklah Inseparable Bros, The House of Us dan drama Nobody Knows.
Ads
Watak RM akan dipegang oleh Seo Yong Ju, merupakan seorang anak lelaki yang mempunyai impian untuk melalui kehidupan biasa.
Watak Jimin pula akan dibawa oleh Kim Yoon Woo, seorang budak lelaki yang menyembunyikan rahsia yang tidak dapat diungkap disebalik senyumannya yang manis. Kelebihan lelaki ini adalah dia menjadi pelindung buat keluarganya.
Ads
Jung Woo Jin akan memainkan peranan sebagai V, seorang budak lelaki yang penuh kedukaan ketika tinggal bersama ayahnya yang pemabuk. Namun V sering dihantui rasa bersalah dan berharap agar ibunya yang melarikan diri akan kembali kepangkuannya satu hari nanti.
Akhir sekali, Jeon Jin Seo akan membawa watak sebagai Jungkook, seorang budak lelaki yang ingin tahu tentang kewujudannya. Dia tidak merasakan kebahagiaan dengan kehidupan tidak stabil keluarganya dan berasa tidak peduli jika hidup atau mati.
Jeon Jin Seo mungkin antara yang paling dikenali dari semua barisan pelakon ini kerana dia memainkan peranan sebagai Lee Joon Young dalam drama hit The World of the Married. Mesti korang pun kenal kan? Hiks!
Drama ini dijangka akan ditayangkan pada tahun 2021 akan datang. Hm, mesti ramai yang dah tak sabar kan?
Daripada sitcom, ke layar Perak. Filem-filem yang diarahkan oleh allahyarham pengarah hebat tanah air, Mamat Khalid ni memang jarang mengecewakan.
Jarang ‘tayang’ anak dan keluarga di media sosial. Allahyarham meninggalkan isterinya dan lima cahaya mata iaitu Mohd Khalid Zaffa, Nor Sara, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Amen dan Nur Hassanah.
Buat yang tidak mengetahui, anak bongsunya kini melanjutkan pelajaran dalam jurusan ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan, University of East Anglia, Norwich, England.
Menurut laporan Gempak, isterinya iaitu Hasmah Hassan, mendedahkan anak perempuannya itu, satu-satu anak mereka yang tidak sempat menziarahi jenazah arwah suaminya.
Kata Hasmah, Ann yang turut mesra dengan panggilan Baby dalam kalangan keluarga kini sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom.
Bila dapat tahu, dia menangis terlalu kuat sampai semua orang sekeliling terkejut. Polis pun datang.
Ann atau nama sebenar Nuhassanah Mohamad yang baru sahaja lebih kurang setahun menyambung pelajaran di UK dan mendapat tahu berita tentang bapanya dari media sosial kerana sedang bekerja part time ketika dihubungi ibunya.
Genap berusia 21 tahun pada September yang lepas, ini wajah comel dan manis anak pengarah tersohor ini.
Sumber Gambar : Instagram Ann KhalidSumber Gambar : Instagram Ann KhalidSumber Gambar : Instagram Ann KhalidSumber Gambar : Instagram Ann Khalid
Sebelum ini, Mamat Khalid, 58 itu rebah selepas bermain keyboard di kafe miliknya Sarang Art Hub, Tanjung Malim dan menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak, jam 12.30 tengah Sabtu lalu.
Hmm…siapa tak sedih kehilangan ayah dan tidak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir kan…Buat Ann, moga terus tabah menerima dugaan ini.
Konsert Gegar Vaganza (GV11) minggu keenam baru-baru ini penuh kejutan apabila menyaksikan penyingkiran dua (2) orang peserta sekaligus iaitu Reshmonu dan Illa Sabry pada malam Ahad, semalam.
Menerusi tema Horror-Horror: Pentas Seram Penuh Misteri, Reshmonu (57.30%) membawakan lagu Getaran Jiwa sementara Illa (55.70%) dengan lagu berjudul Bunga nyanyian asal Ara Johari gagal menambat hati juri dan berada di kedudukan markah tercorot.
Dalam pada itu, Reshmonu dan Illa sempat berterima kasih kepada juri dan peminat sebelum meninggalkan pentas sejurus selepas kedua penyanyi itu diumumkan tersingkir.
“Saya sangat berterima kasih kepada juri dan semua peminat atas peluang ini. Saya gembira dan akan terus berkarya,” kata Reshmonu.
“Terima kasih kepada semua juri, penyokong dan Gegar Vaganza kerana bagi saya peluang ini,” tambah Illa.
Sementara itu, Liza Aziz dinobatkan sebagai juara bagi minggu keenam dengan markah 76.50% membawakan lagu Jauh Di Sudut Hati penyanyi asal Datuk Sudirman.
Manakala, Dyrga Dadali (71.50%) menerusi lagu Alasanmu nyanyian Exists berada di tempat kedua dan Sheila Abdull (69.50%) di tempat ketiga selepas menyampaikan lagu Fauziah Latiff iaitu Setia Ku Korbankan.
Selain itu, Fairuz Selamat pula diumumkan sebagai pemenang Ikon Super Lit CelcomDigi manakala Dadali Dyrga dipilih menjadi Bintang Cuckoo Paling Gempak mengikut undian peminat.
Gegar Vaganza 11 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad, 9 malam.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam kemelut kita melawan wabak Covid-19 daripada terus merebak, ada beberapa perkara positif yang terjadi akibat arahan kuarantin di kebanyakan negara.
Seperti di Malaysia, kita sendiri dapat meluangkan masa dengan efektif bersama ahli keluarga di rumah. Malah, keadaan langit kita dilihat lebih jelas. Penulis sendiri dapat melihat bandaraya Shah Alam dengan jelas dari Subang Jaya!
Begitu jugalah keadaan di bandaraya Utama seluruh dunia. Kawasan tumpuan pelancong seperti Times Square New York bertukar menjadi ‘ghost town’. Kafe-kafe di pesisir jalan raya di Milan juga sudah tidak berpenghuni pada awal pagi.
Kesemua itu dibidik dalam bentuk foto oleh jurugambar yang dilantik oleh The New York Times di serata dunia. Ada yang beranggapan imej berikut kelihatan seperti dalam filem. Ada juga yang merindui ‘human interaction’ apabila melihatnya.
Cer tengok beberapa imej yang kami pilih.
LONDON
Kosong pada waktu puncak, ini bukan lagi London yang kita kenali.
Foto: Andrew Testa
MUNICH
Stesen subway kini tanpa penumpang.
Foto: Laetitia Vancon
MOSCOW
Persembahan masih diteruskan untuk tontonan online.
Foto: Sergey Ponomarev
LOS ANGELAS
Pantai di Santa Monica yang selalunya sibuk dengan pengunjung walaupun pada hari bekerja kini kosong.
Foto: Phillip Cheung
NEW YORK
Ini bukanlah bangunan yang baru siap dibina. Hub pengangkutan Utama di New York tidak pernah kelihatan sekosong ini.
Foto: Victor J. Blue
SRINAGAR INDIA
Kawasan ini begitu popular di kalangan pelancong kerana pemandangannya yang indah. Kini, hanya pengusaha bot saja yang tinggal.
Foto: Atul Loke
ROME
Itali merupakan antara negara yang kini teruk dilanda wabak Covid-19. Lihat sajalah pemandangan bandaraya Roma dari Spanish Steps ini.
Foto: Alessandro Penso.
SYDNEY
Tiada lagi tawa gembira daripada pelancong yang selalunya mengerumuni kawasan anak tangga di Sydney Opera House.
Foto: Matthew Abbott.
HONG KONG
Hanya persembahan lampu saja yang membuatkan Hong Kong ‘hidup’ pada waktu malam.
Foto: Lam Yik Fei
*
Apa pendapat korang, mengerikan atau menawan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!