Ini 6 Fungsi Telegram Bot Yang Korang Boleh Cari Untuk Kegunaan Harian

Share

Telegram merupakan antara aplikasi yang menjadi pilihan orang ramai kerana fungsinya yang menarik, bukan hanya untuk menghantar teks sahaja, malah sebenarnya ia mempunyai banyak lagi kelebihan mesra pengguna.

Selain dijadikan sebagai platform menonton filem atau drama secara haram (hiks!), ada banyak lagi fungsi telegram yang mungkin ramai tidak tahu.

Berikut adalah antara yang dikongsi oleh Mh Fauzie tentang fungsi lain bagi aplikasi ini.

1. PandaiBot

Korang search sahaja PandaiBot di telegram, boleh track parcel untuk semua kurier, check weather forecast, waktu solat, request quotes, cari link untuk menderma dan banyak lagi.

2. Quran Bot

Bacaan al-Quran bersama reciter

3. Jawigram

Masukkan perkataan dalam bahasa Melayu, bot ini akan auto generate dalam tulisan jawi

4. Office2pdf

Boleh convert ke pdf file

5. PDF Bot

Pdf bot untuk gabungkan pdf files menjadi satu file

6. VKM Bot

Boleh cari lagu, search sahaja tajuk lagu dan penyanyi

Sebenarnya ada banyak lagi robot telegram yang korang boleh search di Google dengan pelbagai fungsi lain. Ini antara beberapa contoh sahaja yang kami kongsikan.

Selamat mencuba guys!

Sumber: Twitter @littlesya via Mh Fauzie

IKLAN