Semua orang sedang bercakap mengenai pelakon berusia 18 tahun ini!
Mungkin sekali, fenomena yang pernah dicetuskan oleh pelakon baru drama sebelum ini seperti Alvin Chong dan Fikri Ibrahim sedang berlaku kepada diri Raja Muhammad Atiqullah atau lebih mesra dipanggil Atiq ini.
Sempena episod terakhir drama popular, Nur lebih kurang sejam saja dari sekarang, jom kenali Atiq dengan lebih dekat lagi. Siapa dia ni sebenarnya?
01
Mula Dari Usia 16 Tahun
Ya, lakonannya memang mendapat perhatian ramai melalui drama Nur sekarang ini. Watak Amirul yang dibawakan oleh Atiq bersebelahan dengan Syafiq Kyle, Amyra Rosli dan Nur Khiriah memang berkesan dan ‘punch’ di hati penonton.
Tetapi, Atiq sebenarnya mula berlakon sebagaipada usia 16 tahun. Pada waktu itu, Atiq sedang berniaga sotong goreng tepung di Cheras Kuala Lumpur. Bila ke sebuah set penggambaran berdekatan, barulah Atiq terasa untuk mencuba nasib ke sesi uji bakat dan diterima pula!
Antara telemovie lakonan Atiq terdahulu termasuklah Isteri Ku Cikgu Ku (TV3, bersama Syafiq Kyle), Petua Nenek (TV9) dan Sumpah Ibu (TV9).
Ya, sejak tular episod ‘sup bunjut’ dalam drama Nur, ramai yang mula tahu bahawa Atiq pernah memasuki Maahad Tahfiz Nurul Huda, Kuala Lumpur, Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, Terengganu dan Maahad Tahfiz Mustaqim. Semuanya gara-gara suara merdu Atiq mengalunkan ayat al-Quran dalam sebuah episod drama tersebut.
Teringat pula kami akan kisah seorang lagi pelakon baru, Ikmal Amry yang juga mempunyai background pelajaran mirip dengan Atiq.
Ads
Selepas Tingkatan 3, Atiq ambil keputusan untuk memasuki Sekolah Menengah Perimbun Cheras. Mungkin untuk memberi lebih perhatian kepada peperiksaan SPM.
03
Nyanyi Pun Sedap Juga
Selain bacaan ayat suci, Atiq pun gemar untuk memuat naik video cover lagu-lagu favourite korang seperti Di Matamu dan Pesan. Nak dengar sedap ke tak, cuba follow Atiq dan kawan band-nya Triover di Instagram.
Sebelum bergelar pelakon semua tu, Atiq terlebih dahulu aktif dengan video Vine. Aktif sampai berepisod tau video-video lakonannya, seperti drama ‘Dah Susah Baru Ingat Kawan’. Amboi tajuk! Boleh guna lagu Haqiem Rusli dah untuk soundtrack hehe. Atiq pun rajin untuk memuat naik video Musically.
Kalau korang rindu nak lihat muka Atiq selepas ini, bolehlah nantikan drama terbarunya, Maryam Eliana di TV1 selepas ini. Walaupun drama ini terlebih dahulu habis dilakonkan sebelum drama Nur, tapi ia keluar kemudian.
Sekarang pun korang boleh menonton Atiq di TV2 melalui drama Air Mata Di Bumi Matador lakonan Ben Amir, Nazrief Nazri dan Puteri Aishah.
Kami rasakan Raja Atiqullah memang mempunyai potensi untuk pergi jauh, bukan disebabkan oleh fenomena drama Nur sahaja. Tetapi disebabkan bakat dan personaliti yang ada padanya.
Tak sabar nak tengok projek Atiq seterusnya! Bagi korang di rumah itu, jangan lupa untuk menonton episod terakhir drama Nur 10 malam ini, di TV3.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon Mia Sara akhirnya tampil membuka mulut dan mengakui kekhilafan masa lalu selepas terlanjur menulis kenyataan yang disifatkan kedengaran negatif terhadap pelakon Puteri Balqis sebelum ini.
Mia Sara berkata dia sama sekali tidak menyalahkan Puteri Balqis atau Aqish apabila isu tersebut kembali dibangkitkan kerana menyedari kenyataannya sebelum ini telah meninggalkan kesan besar.
“Saya tak salahkan dia pun, sebab saya baca balik cara saya tulis pun memang ia sangat ‘mengundang’. Saya tak tahu apa yang saya cakap itu kedengaran seperti saya tengah menghina bagaimana dia dibesarkan.
“Perkara itu jadi sangat besar sehingga saya tidak tahu hendak berbuat apa,” katanya menerusi sebuah sedutan penampilannya dalam podcastKita Kita Aje kendalian Datuk Aznil Nawawi.
Pelakon filem Papa I Love You itu turut berkongsi bahawa insiden berkenaan membuatkan dirinya berada dalam keadaan panik sehingga terlintas untuk memohon maaf secara terbuka kepada Aqish.
Bagaimanapun, niat tersebut terbantut selepas dia dinasihati oleh bapanya agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kerana bimbang keadaan akan menjadi lebih keruh.
“Bapa cakap jangan tulis pasal isu itu, tak payah cakap apa-apa, saya tahu niat sebenar saya. Orang putar belit kata-kata saya atau apakah, saya tak perlu mempertahan diri sendiri.
“Orang akan guna kesempatan itu untuk putar belit lagi kenyataan saya dan cuma akan memperbesarkan hal terbabit. Jadi, saya kunci mulut, diam,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 21 tahun itu turut mendedahkan bahawa keesokan harinya, Aqish telah memohon maaf kepadanya meskipun hakikatnya dia berada di pihak yang bersalah.
“Saya merasa lebih bersalah kerana saya yang tersalah, saya cakap salah, di mana saya tidak berniat apa-apa langsung,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon, Fattah Amin baru-baru ini mengesahkan sudah menerima notis tuntutan (LOD) daripada bekas isterinya, Nur Fazura berhubung kenyataan di mahkamah membabitkan isu kenderaan.
Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin (34) berkata, notis berkenaan sudah dibalas dan diserahkan kepada peguam yang dilantik untuk urusan selanjutnya.
“Ya, saya ada terima LOD rasanya sekitar bulan lalu iaitu sebelum saya mengerjakan umrah. Saya pun kurang pasti tarikh sebenar. Saya serahkan kepada peguam untuk memberi balasan. Notis jawapan balas sudah diserahkan mengikut tempoh ditetapkan iaitu tujuh hari bermula tarikh LOD diterima”
Kredit: Fattah Amin
“Setakat ini, itu sahaja yang saya boleh kongsikan. Perkara seterusnya saya cuma tunggu sahaja di mahkamah,” katanya ketika ditemui di majlis Sidang Media Entertainment yang berlangsung di restoran De. Wan 1958, Bangsar, semalam.
Walau bagaimanapun, Fattah enggan berkongsi secara terperinci mengenai kandungan surat yang diterima.
“Itu adalah urusan peribadi. Saya tak boleh kongsi, lebih baik saya simpan sendiri,” jelasnya.
Sebelumnya, isu kenderaan yang dihadiahkan Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin (41) kepada pelakon tersebut kembali menjadi bualan selepas difahamkan peguam bekas isterinya menyerahkan notis tuntutan yang disebutkan.
Ini kerana ketika sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada Oktober lalu, Fazura dalam satu kenyataan memberitahu dia menghadiahkan sebuah kereta untuk Fattah.
Membalas kenyataan tersebut, Fattah ketika itu menegaskan kereta itu bukan hadiah sebaliknya dia membayar ansuran bulanan menerusi potongan gaji.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.
Sumber: Astro Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saat yang ditunggu-tunggu oleh Blackjacks akhirnya tiba jua apabila Yang Hyun Suk dari YG Entertainment mengumumkan perancangan istimewa akan dibuat bagi menyambut ulang tahun ke-15 grup wanita popular, 2NE1.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik pada tengah malam 22 Julai, beliau mengumumkan bahawa “grup wanita pertama di bawah YG yang mengecap kegemilangan, 2NE1” akan kembali dengan jelajah konsert dunia bagi menyambut ulang tahun mereka sejak melakukan debut, 15 tahun lalu.
Jelajah tersebut dijangka bermula awal Oktober tahun ini di Seoul, Korea Selatan diikuti oleh Osaka serta Tokyo, Jepun; masing-masing pada bulan November dan bulan Disember. Menurut Hyun Suk, lokasi konsert berkenaan sudahpun ditempah oleh pihak syarikat.
Tambahnya lagi, jelajah konsert 2NE1 ini akan diteruskan sehingga ke tahun 2025 namun tidak pula mendedahkan lokasi mahupun tarikh konsert berikutnya.
“Ahli-ahli 2NE1 memaklumkan saya bahawa mereka ingin sekali mengadakan konsert sempena ulang tahun ke-15 mereka lalu kami bertemu semula dan berbincang bagaimana untuk memastikan ia berlangsung dalam tahun ini,” kongsinya.
Hyun Suk juga menjanjikan kelainan untuk jelajah kali ini dan ia akan mengambil kira betapa setianya para Blackjacks yang membesar dengan memori lagu-lagu popular 2NE1 dan terus memberikan sokongan mereka terhadap kesemua ahli selama ini.
Dalam pada itu, Sandara Park atau Dara menambah keterujaan peminat apabila pantas memuat naik semula hantaran pengumuman tersebut menerusi akaun media sosialnya.
Dalam perkembangan lain, Hyun Suk juga memaklumkan bahawa beberapa artis lain di bawah naungannya atau yang pernah berada di bawah naungannya juga akan melakukan ‘comeback’ besar-besaran tidak lama lagi.
Antaranya termasuklah kemunculan era baharu Blackpink berserta jelajah dunia terbaru mereka yang akan berlangsung pada tahun 2025. Turut tidak terkecuali adalah jelajah dua buah grup lain iaitu BabyMonster dan Treasure; juga pada tahun 2025.
Hyun Suk juga mengingatkan peminat Winner akan kepulangan semula dua ahli grup tersebut, Song Min Ho dan Kang Seung Yoon daripada latihan ketenteraan pada tahun hadapan; sekaligus memberi bayangan bahawa mereka juga akan kembali berada dalam radar dunia hiburan (dan mungkin juga fesyen) antarabangsa tidak lama lagi.
Tonton pengumuman penuh oleh Yang Hyun Suk menerusi pautan di bawah:
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!