Pasti ramai yang dah tak sabar nak menonton Avengers: Endgame yang katanya bakal ditayangkan pada 24 April ini.
Trailer filem ini sudah mendapat tontonan 81 juta tontonan dalam hanya masa dua minggu saja lalu membuktikan bahawa filem ini antara yang dinanti-nantikan.
Bulan lepas baru saja ditayangkan filem Captain Marvel dan menerusi trailer Avengers: Endgame ini juga dapat dilihat kemunculan superhero wanita ini.
Mesti ramai dah tak sabar nak lihat apakah yang akan terjadi dengan watak-watak yang masih selamat. Sama-sama kita tunggu tayangan Avengers: Endgame akhir bulan ini.
Ads
Nah, mungkin juga ada diantara korang yang tertinggal dan tidak mengikuti filem-filem Marvel ini, jangan risau kerana berikut kami senaraikan kesemua filem mengikut urutan kronologi.
Ads
1. Captain America: The First Avenger
2. Captain Marvel
3. Iron Man
4. The Incredible Hulk
5. Iron Man 2
6. Thor
7. The Avengers
8. Iron Man 3
9. Thor: The Dark World
10. Captain America: The Winter Soldier
11. Guardians of The Galaxy Vol. 1
12. Guardians of The Galaxy Vol. 2
13. Avengers: Age of Ultron
14. Ant-Man
15. Captain America: Civil War
16. Doctor Strange
17. Spider-Man: Homecoming
18. Thor: Ragnarok
19. Black Panther
20. Ant-Man and The Wasp
21. Avengers: Infinity War
Ads
Akhir sekali ialah Avengers: Endgame yang dilaporkan ialah filem terakhir yang menyaksikan adiwira kegemaran korang bekerjasama untuk menyelamatkan bumi.
Dengan kehilangan Captain Marvel hampir 20 tahun daripada bumi, kehadirannya semula mungkin adalah kunci kepada kejayaan mereka semua.
Menurut pageSmallzy, korang bakal menghabiskan masa selama 45 jam 15 minit untuk menonton kesemua filem ini. Apa lagi, weekend ni boleh pulun! Selamat menonton.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas bertahun menjadi tanda tanya dan penantian panjang peminat, BTS akhirnya mengesahkan kemunculan semula mereka sebagai tujuh anggota lengkap menerusi pengumuman BTS World Tour 2026/2027, yang disifatkan sebagai jelajah terbesar dalam karier kumpulan itu.
Lebih mengujakan, Kuala Lumpur secara rasmi disenaraikan sebagai salah satu destinasi utama dengan dua malam konsert berturut-turut, sekali gus mencetuskan keterujaan luar biasa dalam kalangan ARMY Malaysia yang sudah lama menantikan detik bersejarah ini.
1. Pengumuman Rasmi Tamatkan Fasa Hiatus
Pengumuman tersebut dibuat menerusi laman rasmi BTSOFFICIAL dan menandakan berakhirnya fasa hiatus kumpulan berkenaan sejak tahun 2022. Sepanjang tempoh itu, kesemua ahli memberi tumpuan kepada projek solo masing-masing serta menunaikan latihan ketenteraan wajib.
Kini, BTS kembali bersatu sebagai satu kumpulan lengkap, bersedia membuka lembaran baharu dengan skala jelajah yang jauh lebih besar, matang dan berimpak global berbanding sebelum ini.
2. Kuala Lumpur Terpilih Untuk Dua Malam Konsert
Malaysia bukan sekadar persinggahan biasa dalam BTS World Tour 2026/2027. Kuala Lumpur diumumkan bakal menjadi tuan rumah konsert BTS selama dua malam berturut-turut pada 12 dan 13 Disember 2026.
Pemilihan dua tarikh ini dilihat sebagai pengiktirafan terhadap sokongan padu ARMY tempatan yang sentiasa memenuhi venue setiap kali BTS mengadakan konsert di Malaysia.
3. World Tour Terbesar Sepanjang Karier BTS
Jelajah dunia kali ini direkodkan sebagai yang terbesar pernah dilakukan BTS, melibatkan puluhan konsert merentasi Asia, Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan serta Australia.
Skala besar BTS World Tour 2026/2027 ini sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan BTS sebagai kumpulan K-pop paling berpengaruh di dunia, dengan keupayaan menarik jutaan peminat dari pelbagai latar belakang dan budaya.
Menariknya, BTS bakal tampil dengan konsep pentas 360 darjah, di mana pentas utama diletakkan di tengah venue dan penonton mengelilingi mereka sepenuhnya.
Konsep ini bukan sahaja memberi pengalaman menonton yang lebih dekat kepada peminat, malah menjanjikan persembahan lebih interaktif, dinamik dan bertenaga, sejajar dengan reputasi BTS sebagai penghibur pentas bertaraf dunia.
5. Kemunculan Semula Paling Dinanti ARMY
Kemunculan semula tujuh anggota lengkap selepas hampir empat tahun menjadi antara faktor utama mengapa BTS World Tour 2026/2027 begitu dinanti-nantikan.
Bagi ARMY, konsert ini bukan sekadar hiburan, tetapi simbol penyatuan semula sebuah kumpulan yang membesar bersama peminat sejak lebih sedekad lalu. Malaysia bertuah kerana menjadi antara negara terpilih untuk menyaksikan fasa ‘rebirth’ BTS ini secara langsung.
6. Hadir Bersama Album Kumpulan Baharu
Jelajah mega ini turut dilancarkan seiring dengan album kumpulan baharu BTS yang dijadualkan keluar pada Mac 2026. Album ini bakal menjadi album berkumpulan pertama sejak BE yang diterbitkan pada tahun 2020.
Gabungan lagu baharu bersama karya ikonik dijangka menjadi kekuatan utama persembahan BTS dalam BTS World Tour 2026/2027, sekali gus mencipta pengalaman konsert yang emosional dan bermakna buat peminat.
7. Potensi Cipta Sejarah Di Malaysia
Dengan dua malam konsert di Kuala Lumpur, kemunculan semula tujuh anggota lengkap, konsep pentas 360 darjah serta pelancaran album baharu, BTS World Tour 2026/2027 berpotensi mencipta sejarah sebagai antara konsert K-pop terbesar pernah dianjurkan di Malaysia.
ARMY Malaysia kini hanya perlu menanda kalendar dan bersedia sepenuhnya, detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. 💜
Pelakon berkaliber, Reen Rahim menyifatkan kesalahan yang dilakukan pelakon dan pengacara, Sweet Qismina ketika mengacarakan di pertandingan akhir Bintang Kecil 2023 sebagai perkara biasa yang dilalui seorang hos baharu.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Reen berkata untuk menjadi seorang pengacara yang hebat perlu melalui fasa jatuh bangun terlebih dahulu, selain dia yakin Sweet akan menjadi seorang pengacara yang disegani suatu hari nanti.
“Tak pernah la netizen ini nak bagi peluang kan. Kau ingat semua keluar perut terus pandai ke?
“Nak jadi hebat kena lalui fasa ini (jatuh). Percayalah selepas dia (Sweet) lalui fasa ini dia akan kembali kuat dan hebat selepas ini,” katanya.
Dalam hantaran sama, Reen berharap isteri kepada pelakon Adam Lee itu tidak mengambil kata pusing dan ‘persetankan’ kata-kata warganet yang mengkritik dirinya.
“Sweet, tolong persetankan mereka yang mengkritik kau. Mereka yang cakap negatif ini sebenarnya mereka yang teruk.
“Yang dah berjaya pasti nampak kekuatan awak dan akan sentiasa beri sokongan. Terus melangkah dan sentiasa ceria okey,” coretnya lagi.
Terdahulu, tular video yang memaparkan kesilapan pengumuman juara dan naib juara pertandingan Bintang Kecil 2023 yang diadakan secara langsung di Arena Gemilang, DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak, pada Ahad.
Tidak sekadar itu, acara tersebut turut dikejutkan dengan insiden kesilapan pengumuman pemenang peserta terbaik yang disifatkan sebagai satu gimik oleh pengacara.
Program Bintang Kecil 2023 dihoskan oleh Azam Pitt dan Sweet Qismina.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bagi menjawab tanda tanya dan persoalan netizen, selaku juri tetap The Hardest Singing Show, Edry Abdul Halim tampil menjelaskan mengapa vokalis kumpulan Madam, Putera Muhammad raih tempat kelima.
Ia kerana, di laman X semalam ramai netizen yang bagaikan berasa kecewa apabila peserta lelaki tersebut tidak mendapat kedudukan yang tertinggi, selari dengan persembahannya yang hebat, pada malam semalam.
Menurut Edry, Putera telah pun menampilkan konsep yang sama seperti minggu sebelum ini selain para juri juga tidak dapat melihat dengan begitu jelas untuk dirinya menjuarai program bagi musim pertama itu.
“Tak adil untuk saya highlight kelebihan dan kelemahan setiap peserta kerana keputusan juri juga biarlah ada privasi. Bagi Putera Muhammad, saya nampak dia banyak potensi. Tapi, pesona untuk ke hadapan dan menjuarai itu mungkin kami tak nampak begitu jelas.
“Berbalik kepada tema, konsep yang disampaikan Putera cantik. Tapi jangan lakukan persembahan yang kami sudah lihat sebelum ini,” katanya.
Dalam pada itu, Edry yang pernah popular dengan kumpulan KRU itu juga memaklumkan agak sukar juga buat para juri untuk memilih siapa yang layak digelar sebagai juara kerana kesemua peserta telah melakukan yang terbaik.
“Jika hendak jujur, kita juga pernah lihat persembahan Zizi Kirana yang sebelum ini dengan memanah. Begitu juga Putera.
“Penonton di luar nak peserta mereka menang, tapi kami di sini untuk membuat keputusan bagi mengangkat siapa yang layak bergelar juara juga adalah berat. Ini adat pertandingan, jika boleh semua saya nak jadikan juara,” tuturnya.
Sekadar info, Putera Muhammad menduduki tempat kelima bagi The Hardest Singing Show musim pertama yang berlangsung di Pusat Dagangan CIDB.
Dia sekali gus berjaya membawa pulang RM5,000 pakej pelayaran dan trofi sumbangan Astro.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!