Ucapkan selamat tinggal kepada fungsi perkongsian foto, video dan teks yang bertahan selama 24 jam di profil Twitter korang ini.
That is right, fungsi Fleets di bahagian atas timeline aplikasi Twitter akan dipadamkan tidak lama lagi disebabkan oleh penggunaan yang amat rendah oleh pemilik akaun Twitter.
Selepas 8 bulan diperkenalkan demi mencabar fungsi Stories di Snapchat, Instagram dan Facebook serta fungsi status di WhatsApp, Twitter mengambil keputusan untuk tidak lagi meneruskannya bermula 3 Ogos ini. Pengumuman itu telah dilakukan oleh akaun Twitter sendiri di – well – Twitter sekitar jam 12 tengah malam tadi.
we’re removing Fleets on August 3, working on some new stuff
Akui Naib Presiden Produk di Twitter, Ilya Brown, “Kami pada awalnya berharap Fleets akan membantu pengguna untuk lebih selesa berkomunikasi di Twitter. Kami ingin pengguna lebih kerap menciap dan bukan sekadar membaca ciapan orang lain.
Ads
“Namun sejak memperkenalkan Fleets, kami tidak melihat sebarang kenaikan pada jumlah pengguna baharu dan dan jumlah ciapan harian.”
Namun, itu tidak bermakna bahagian atas Timeline korang akan kosong begitu saja. Korang masih akan dapat melihat fungsi Spaces iaitu ruang chat audio secara langsung di Twitter.
DAN, Twitter juga disebut akan memasukkan fungsi dalam Fleets seperti ‘text-formatting’ dan pelekat GIF yang yang boleh ditampal ke atas foto di kotak Tweet biasa.
Ads
Tambah Ilya, Twitter akan terus bereksperimentasi dengan fungsi baharu untuk menggalakan komunikasi pengguna dengan mendengar respon mereka dari semasa ke semasa.
*
Rata-rata pengguna Twitter bersetuju dengan keputusan ini kerana mereka beranggapan ia tidak membawa impak kepada komuniti di aplikasi media sosial itu.
Ads
Malah ada yang mencadangkan agar Twitter memperkenalkan butang ‘edit’ sekiranya mereka tersalah taip ciapan. Well :~
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi pengguna iPhone, perkara paling gerun adalah bila ada yang tak kena jadi pada handphone mereka.
Pernah tak iPhone korang mengalami masalah ‘stuck logo’ yang terlalu lama? Kalau bawa ke kedai confirm dikatakan yang motherboard iPhone korang rosak. Sudahnya, kenalah bayar beratus ringgit.
Kalau tak nak diperdaya oleh si tukang repair tu, apa kata korang cuba dulu step-step yang telah diajar oleh Afzan & Teams ini. Kalau pulih semula maknanya iPhone korang tak rosak, tapi kalau masih sama saja, mungkin memang ada yang tak kena dengan handphone tersebut.
Wajib ada laptop dan wifi
Syarat penting untuk ikut step ini adalah korang perlu ada laptop dan wifi. Download iTunes siap-siap untuk memudahkan kerja korang nanti.
Langkah-langkah:
1. Korang sambungkan cable terus daripada laptop ke iPhone yang stuck logo tu. Pastikan sebelum cucuk USB tu iPhone korang di switch off. Maknanya, tak ada logo Apple keluar.
2. Tekan power button & home button serentak. Tunggu sampai logo Apple keluar. Bila logo Apple dah keluar, korang lepaskan power button, home button tu tekan je, jangan lepas.
Tunggu sampai logo iTune keluar. Baru lepaskan home button.
3. Dekat laptop korang akan keluar macam ni
4. Kemudian, klik restored. Kalau keluar error tu maksudnya kena check board. Ada la tu yang tak kena dengan iPhone korang.
5. If tak keluar error, iTunes tu akan jalan macam biasa. Korang tunggu je dalam 20-30 minit. Perhatikan ada garisan biru tengah running. Tunggu sampai habis line biru tu.
iPhone korang akan on macam biasa. HELLO tu keluar, maksudnya iPhone korang dah selamat.
Walau bagaimanapun, once korang punya iPhone mengalami masalah stuck logo ni, semua data akan hilang. Cara yang ditunjukkan ni memang akan buat iPhone korang terus jadi kosong.
Buat masa sekarang, inilah antara cara yang korang boleh buat sebelum terus hantar ke kedai. Kalau dah tak boleh juga tu, barulah rujuk pada yang pakar ya?
Setelah menemui pasaran pada pertengahan Januari lalu, siri telefon pintar Samsung Galaxy S21 telahpun menjadi kegemaran ramai pengguna di seluruh dunia.
Jujurnya, kami tidaklah terkejut apabila ramai memuji kualiti foto yang dihasilkan oleh telefon pintar ini. Samsung kot, tentulah fungsi lensa kameranya amat dititikberatkan oleh jenama dari Korea Selatan ini.
Sejak 10 tahun lalu, Samsung telahpun mencipta legasi siri-siri telefon pintar dengan teknologi kamera terbaik dari semasa ke semasa bagi membolehkan pengguna mendapatkan foto sempurna – tidak kiralah jika mereka merupakan seorang jurufoto profesional ataupun tidak.
Namun Samsung Galaxy S21 Ultra ini sedikit berbeza apabila ia meneruskan fungsi AI yang sebelum ini pernah diperkenalkan pada Galaxy Note9.
Dengan adanya fungsi AI ini, foto selfie korang umpamanya akan tampil lebih dan tajam. Ini kerana kamera selfie AI-nya akan mengesan wajah dan membezakannya dengan latar belakang terlebih dahulu.
Kemudian secara automatik, ia akan menghasilkan ‘natural enhancement’ dalam masa yang singkat. Di sini, paparan cahaya white balance pada rambut, mata dan raut wajah subjek akan diperbaiki bagi mendapatkan efek tona kulit yang lebih natural.
Selain format selfie ini, Remaja turut menggemari Samsung Galaxy S21 disebabkan oleh mod Portrait yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Live Focus. Potrait mode ini mengesan subjek 3D secara lebih dekat dan dengan efek yang lebih dramatik.
Semasa menangkap foto dengan Potrait mode ini, korang boleh memilih efek tertentu seperti Blur, Studio, High-key Mono, Low-key Mono, Backdrop atau Colorpoint mengikut keperluan korang sendiri.
Sekali lagi Samsung Galaxy S21 akan membezakan dahulu subjek dengan latar belakangnya menerusi langkah seed map, tri map dan matte map.
Ya, info in mungkin sedikit teknikal untuk korang. Namun hasilnya memang menakjubkan! Detail sekecil helaian rambut yang berterbangan juga boleh dikesan agar ia dapat dibezakan daripada latar belakang.
Satu lagi perkara yang kami gemari mengenai Galaxy S21 ini adalah ia merupakan telefon pintar pertama Samsung yang didatangkan dengan 2 lensa telephoto!
Kedua-duanya berteknologi dual-pixel dengan ketajaman 10MP. Satu dengan optical zoom 3x dan satu lagi dengan optical zoom 10x. Pergh, korang boleh zoom sehingga 100x maksimum!
Setiap vlogger, content creator dan influencer akan menggemari 3 fungsi baru dalam Galaxy S21 ini!
Ia mempunyai fungsi Director View di mana korang boleh melihat frame setiap lensa kamera semasa merekodkan video dan boleh menukar frame tanpa perlu berhenti merekod. Jika korang ingin mengubah dari lensa ultra-widde ke telephoto, korang boleh melakukannya.
Vlogger View pula membolehkan korang merekod menggunakan kamera bahagian hadapan dan belakang pada masa yang sama agar penonton kelak boleh melihat reaksi ‘on-the-spot’ vlogger.
Di samping itu, kelima-lima lensa termasuklah lensa kamera hadapan menyokong video yang direkod pada kualiti 4k 60 frames/saat. Justeru, kualiti video korang tidak akan berubah tidak kiralah korang menggunakan mana-mana bahagian kamera.
S-Pen
Jika sebelum ini, hanya rangkaian Galaxy Note saja yang mempunyai S-Pen sendiri. Kali ini, siri Galaxy S pula menyokong penggunaan S-Pen.
Walaupun ia perlu dibeli secara berasingan, S-Pen ini adalah penambahan yang berguna baggi kebanyakan pengguna telefon pintar Samsung. Sekiranya korang pernah mempunyai S-Pen sendiri daripada rangkaian telefon pintar Samsung yang lepas, pen itu juga boleh digunakan dengan Galaxy S21 Ultra ini.
SmartTag
Selalunya, barang kesayangan kita yang paling penting seperti telefon pintar mempunyai ‘kakinya sendiri’ dan akan hilang dari radar.
Nasib baiklah, Samsung Electronics telah melancarkan Galaxy SmartTag di mana korang boleh menyangkutnya bersama kunci, beg atau apa-apa barangan lain agar korang mudah untuk menjejaki telefon yang hilang itu.
Tapi pastikan ia disambungkan kepada telefon dengan fungsi ‘locate smartphone with Tag’ sentiasa. Walaupun telefon diletakkan dalam mod senyap, ia akan mengeluarkan bunyi beeping.
Jadi, kalau korang berminat untuk mendapatkan Samsung Galaxy S21 (as you should) sekarang, korang boleh mendapatkan model Galaxy S21 5G bermula harga RM3,699, Galaxy S21+ 5G bermula harga RM4,299 atau Galaxy S21 Ultra 5G bermula harga RM5,299 secara atas talian DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika kamu merupakan peminat tegar dunia gajet, sudah pasti ura-ura mengenai penggabungan dua syarikat gergasi telko di Malaysia iaitu Axiata Group Berhad dan Norwegian Telenor Group telah hinggap di telinga korang.
Ya, mereka disahkan sedang berbincang untuk menyatukan operasi masing-masing di benua Asia. Perbincangan itu juga melibatkan beberapa pegangan saham dan rangkaian yang ditawarkan baik oleh Axiata atau Telenor di negara selain Malaysia seperti Indonesia, Thailand, Kemboja dan Sri Lanka.
Seperti yang korang tahu, Axiata merupakan ‘ibu’ kepada perkhidmatan Celcom manakala Telenor pula merupakan pemilik Digi.
Jika (and that is a BIG if) gabungan ini akan terjalin, ia akan melibatkan lebih 300 juta pengguna kedua-dua jenama di Asia termasuklah korang yang memegang pelan data Celcom serta Digi. Jadi, apa yang bakal terjadi dengan nasib korang?
Pertama, harga pakej pelan data yang akan {jenama baru} tawarkan pasti akan menarik perhatian korang kerana mereka pasti bersifat berdaya saing berbanding syarikat telko lain terutamanya dengan kehadiran rangkaian internet 5G tak lama lagi.
Kedua, tentunya jenama telko lain akan amat ‘terpukul’ dengan gabungan yang dikatakan bernilai hampir RM50 bilion ini. Siapa saja yang ada aset sebanyak itu? Ia tentu akan digunakan baik untuk menjadikan {jenama baru} ini lebih mesra pengguna, dekat dengan hati korang dan paling penting, kekal sebagai operator terbesar telefon pintar di Malaysia
Sebagai contoh, akan ada lebih banyak roadshow atau promosi yang lebih kerap bagi menarik perhatian ramai orang.
Jadi untuk pengguna pelan data Celcom dan Digi, korang tak perlu risau pun sebenarnya. Akan ada banyak perkara yang bagus terhasil daripada gabungan ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hubungan istimewa yang sekian lama menjadi teka-teki akhirnya terjawab! Pelakon popular, Bella Astillahdan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini selangkah lagi ke fasa baharu...