Indonesia Mansuh Keperluan Kuarantin Bagi Semua Penggembara

Share

Berita baik buat traveller yang sudah rindu nak ke Indonesia, negara jiran kita telah memansuhkan keperluan kuarantin bagi semua penggembara yang tiba di negara itu. Menteri Pelancongan Indonesia, Sandiaga Uno mengumumkan perkara tersebut sebagai sebahagian kelonggaran daripada prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di Indonesia.

Foto: nizar kauzar

Keputusan tersebut akan berkuatkuasa serta merta dan keputusan itu juga dibuat susulan tiada keperluan kuarantin dilaksanakan bulan ini terhadap mereka yang telah divaksinasi di Kepulauan Bali, Batam dan Bintan.

Foto: Darren Lawrence

Walau bagaimanapun, dengan pemansuhan itu ujian saringan masih perlu dilakukan. Langkah sama diumumkan oleh negara serantau seperti Thailand, Filipina, Vietnam dan Kemboja baru-baru ini. Sandiaga turut memaklumkan perincian lanjut terbaharu itu akan diterbitkan dan pada masa yang sama pihaknya optimis sasaran 1.8 juta hingga 3.6 juta pelancong tahun ini akan tercapai.

Foto: Yulia Agnis

Wah, mesti ramai yang dah tak sabar nak ke sana kan, lebih-lebih lagi pintu sempadan negara akan dibuka pada 1 April ini. Apa-apa pun SOP tetap perlu diikuti kerana kita masih belum bebas dari virus COVID-19 ini.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

IKLAN