Impian Melancong Ke Korea Lebur, Selepas 7 Jam Disoal Siasat Lelaki Ini Dihantar Pulang Ke Malaysia

Share

Kisah pelancong dihantar pulang dari Korea semakin menjadi bualan netizen di laman sosial. Terbaru, kisah Muhammad Shaifuddin mendapat perhatian apabila dia berkongsi pengalamannya menerusi laman Facebook Road To Korea kerana terpaksa pulang ke tanah air gara-gara butirannya yang ditanya oleh pihak imigresen Korea tidak lengkap.

Sampai saja di lapangan terbang Incheon, Muhammad Shaifuddin dan dua orang lagi rakannya terus ke imigresen untuk pemeriksaan keselamatan dan mendapatkan cop passport

.

“Imigresen ade 7lane (2 untuk fast lane) selalunya fast lane jarang dibuka melainkan ade masalah atau pertanyaan panjang untuk pelancong . Jadi ramai yang beratur. Kami bertiga beratur di lane ke 5 , tetiba lane ke 6 dan 7 dibuka dan terus panggil kami berdua(mungkin dye curious dng kami berdua) Dye terus ambik pasport dan tanye datang dgn sape , nk pergi mane bla3. Lepas tuh dia tanye return tiket dan intenari. Silapnya di sini , semua return tiket dan inteneri ade dalam phone. Nak tunjuk dekat officer , officer dye dah tak layan”


Menurut Harian Metro, seorang lagi rakan Shaifuddin dilepaskan, hanya dua orang daripada mereka terpaksa berhadapan selama 7 jam untuk sesi soal jawab bersama pihak imigresen di bilik kuarintin.

Walaupun berusaha membela diri kerana tidak bersalah, mereka akhirnya terpaksa akur apabila diarahkan pulang ke Malaysia.

Impiannya untuk ke Korea Selatan sejak 2010 lagi kerana suka menonton rancangan realiti Running Man terkubur begitu saja.

Nasihatnya kepada orang lain jika ingin ke Korea, sediakan dokumen lengkap dan berpakaian kemas. Bagi lelaki, rambut tu biar kemas. Jangan bagi officer tu syak yang bukan-bukan.

Mungkin belum rezeki bro ni lagi untuk menjelajah Korea. InsyaAllah, satu hari nanti kami doakan agar korang boleh melancong di Korea lagi.

IKLAN