Ikut Jejak Bapa, Kecantikan Anak Dara Arjun Rampal Mula Curi Tumpuan

Share

Siapa saja tak kenal pelakon tampan Bollywood, Arjun Rampal? Terbaru, anak perempuannya Mahikaa Rampal pula kian menjadi perhatian lensa dan media Bollywood dek kejelitaannya.

Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi kan…

Baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 21 baru-baru ini, Mahikaa merupakan anak sulung perempuan pelakon tampan itu hasil perkongsian hidup Arjun bersama bekas isterinya Mehr Jesia. Kedua-duanya berkahwin pada 1998 dan berpisah 20 tahun kemudian pada 2018. Arjun Rampal juga mempunyai seorang anak lelaki bersama Gabriella Demetriades, teman wanitanya yang terkini diberinama Arik.

Baru-baru ini, Mahikaa Rampal mula curi tumpuan selepas gambarnya di sebuah parti tular di media sosial, apatah lagi Mahikaa dilihat berseronok dengan anak-anak selebriti lain seperti Ibrahim Ali Khan, anak kepada pelakon Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor.

Menurut sumber, Arjun Rampal turut memberikan sokongan penuh kepada Mahikaa untuk terjun dalam bidang seni dan menjadi pelakon Bollywood. Malah Mahikaa juga seorang yang bijak apabila sudah mula memasuki kolej untuk menyambung pelajaran, malah Mahikaa juga berbakat dalam bermain instrumen muzik seperti piano.

Malah Arjun Rampal juga seringkali memuatnaik gambar wajah anak-anak daranya, Mahikaa dan  seorang lagi anak Arjun, Myra dan menyatakan rasa bangga melihat kedua-dua anak daranya kini semakin membesar dan semakin cantik seiring dengan usia.

Untuk info, Arjun Rampal popular dengan dalam filemfilem seperti Aankhen (2002), Dil Hai Tumhaara (2002), Yakeen (2005) dan Ek Ajnabee (2005).

***

Kredit : Majalah Nona

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


IKLAN