Ikon Wanita Kelantan, Neelofa Dinobat Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith

Share

 

Jelas, Noor Neelofa Mohd Noor sering menjadi rujukan dan contoh seorang wanita berjaya di Malaysia.

Bukan sahaja memiliki raut wajah cantik, Dewi Remaja 2009/2010 ini juga dikagumi semua lapisan masyarakat dan dijadikan idola oleh remaja perempuan terutamanya.

Setelah menamatkan zaman bujang pada 27 Mac lalu, pengantin baru ini telah dianugerahkan sebagai Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith bagi kategori Tokoh Berpengaruh Mega atau influencer

oleh kerajaan Kelantan.

Sebagai usahawan berjaya, Neelofa menjadi salah seorang daripada 14 wanita yang menerima anugerah di majlis sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021.

Untuk info, anugerah HSK merupakan program tahunan yang diperkenalkan kerajaan Kelantan bagi merai, mengiktiraf peranan serta sumbangan wanita dalam pembangunan dalam negeri. Ia dianjurkan oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan.

Menariknya, ini bukanlah kali pertama Neelofa diiktiraf sebagini. Sebelum ini pelakon dan usahawan terkenal ini berjaya menggondol Anugerah Usahawan di Influencer Awards 2019 yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco.

Apapun, we have always loved her business-y vibes.

Sebagai contoh wanita yang sentiasa mahukan yang terbaik dalam kehidupan tidak kiralah dari sudut kerjaya mahupun rohani, kami pasti ramai yang terus terinspirasi dengan pencapaiannya. Tidak kisahlah lelaki atau perempuan boleh mencontohi nilai positif yang ditonjolkan wanita ini.

Sumber : Sinar Harian

IKLAN