Hotel Kapsul Pilihan Backpackers, Lebih Murah & Berbaloi

Share

Kewujudan hotel kapsul menarik perhatian traveller, lebih-lebih lagi pada individu backpackers yang selalunya bergerak secara solo ketika melancong. Lebih kecil dan murah, tidak hairanlah jika hotel kapsul kini menjadi antara pilihan buat si kaki travel. Berikut Remaja ingin senaraikan antara lima hotel kapsul yang ada di Malaysia.

1. Tubotel, Langkawi

Tubotel adalah sebuah penginapan yang diperbuat daripada batang pembentung simen dan mempunyai 17 buah bilik. Ia mempunyai dua jenis pemandangan berbeza, iaitu menghadap laut dan juga kawasan taman. Terletak berhampiran dengan lapangan terbang, hotel kapsul ini memang sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan disini.

2. Container Hotel, Kuala Lumpur

Merupakan sebuah hotel yang dibuat daripada kontena dan direka semula dalam bentuk moden dan berwarna-warni. Hotel ini menyediakan tiga jenis bilik, iaitu bilik Outgoing berkonsepkan asrama, Adventure iaitu bilik dalam tube dan Conservative, bilik biasa. Kesemua harga bilik ini mempunyai harga yang berlainan bermula dari RM110 semalam.

3. Time Capsule Retreat, Pahang

Time Capsule Retreat mempunyai lapan paip pembentung konkrit yang dipanggil bilik sapsul dan setiap bilik disediakan katil bersaiz Queen, lampu, soket, pemandangan yang sangat indah. Penginapan ini sesuai bagi mereka yang sukakan alam sekitar dan ingin menenangkan fikiran.

4. Capsule Hotel, KLIA 2

Bagi individu yang ingin mengejar penerbangan atau sekadar mahu menyegarkan diri sebelum meneruskan perjalanan, Capsule di KLIA 2 adalah pilihan terbaik untuk pelancong. Terletak di Level 1 KLIA 2, pelanggan boleh memilih sama ada mahu menggunakan kapsul ini selama tiga, enam atau 12 jam sebelum meneruskan perjalanan seterusnya. Terdapat kemudahan bilik mandi bagi mereka yang mahu kembali segar.

5. Capsule Town Hotel, Kuala Lumpur

Jika kamu berada di Kuala Lumpur, lokasi hotel ini boleh dilewati dengan menaiki LRT atau MRT terdekat di Pasar Seni dan berjalan kaki sekitar 10 minit sebelum sampai ke hotel tersebut. Selain daripada bilik kapsul, hotel ini juga menawarkan bilik biasa mengikut kemampuan dan bajet pelancong.

IKLAN