Hospital Playlist Musim Kedua Tangguhkan Penggambaran Akibat Peningkatan Kes COVID-19

Share

Musim kedua siri K-Drama, Hospital Playlist yang dijadualkan memulakan penggambaran pada bulan Disember ini nampaknya tidak kesampaian kerana pihak produksi telah pun mengambil keputusan untuk menangguhkan penggambaran akibat COVID-19.

Sebelum ini, desas-desus mengatakan bahawa team Hospital Playlist 2 akan memulakan penggambaran pada pertengahan Disember, namun disebabkan lonjakan kes COVID-19 di Korea Selatan baru-baru ini membuatkan tvN telah menjadualkan semula script reading

pelakon utama dan kru pada 6 Januari nanti.
Kredit foto: tvN/Netflix via kdramastars.co

Sekiranya jadual baru yang dikemaskini ini berjalan mengikut perancangan, penggambaran Hospital Playlist musim 2 akan bermula pada 11 Januari 2021.

Hospital Playlist mengisahkan tentang lima sahabat yang dilakonkan oleh Jo Jung Suk, Jung Kyung Ho, Yoo Yun Suk, Kim Dae Myung, and Jeon Mi Do, bersahabat sejak dibangku sekolah menengah sehinggalah belajar dalam bidang perubatan. Mereka juga merupakan rakan sekerja di hospital yang sama.

Kredit foto: sbs.com.au

Drama ni memang best kerana memaparkan kisah pesakit yang keluar masuk hospital, sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan tentang perubatan untuk penonton.

So guys, sama-sama kita nantikan Hospital Playlist musim kedua yang dijadualkan tayangannya pada tahun hadapan. Semoga segala penggambaran berjalan lancar.

Sumber: Allkpop

IKLAN