Hollywood Bakal Terbitkan Filem Biopik James Brooke Bernilai…Wow!

Share

 

Siapa yang tak kenal dengan kisah bekas ahli tentera Inggeris yang satu ketika dahulu pernah berkuasa di Sawarak ini.

 

Nama Sir James Brooke selalu disebut-sebut dalam halaman buku teks subjek Sejarah di sekolah menengah. Ada sebab mengapa beliau merupakan Raja Putih Sarawak yang pertama dan mencipta satu dinasti pemerintahan oleh keluarga barat di negeri Sawarak.

Pada asalnya, Sarawak ialah sebuah tanah jajahan yang dimiliki sepenuhnya oleh Kesultanan Brunei. Tetapi James Brooke lah yang menerima tanah dan menjadikan Sarawak seluas sekarang.

Menariknya, team produksi di Hollywood kini sedang merancang untuk melancarkan sebuah filem mengenai beliau dengan judul Rajah.

Filem tersebut dilaporkan akan menelan belanja kira-kira RM48 juta dan akan diarahkan oleh calon pengarah terbaik Anugerah Akademi, Michael Haussman serta diterbitkan oleh Rob Allyn.

Bukan itu saja, pelakon Inggeris berbakat, Jonathan Rhys Meyers (Bend It Like Beckham, Mission Impossible III) juga dikhabarkan bakal membawa watak James Brooke.

Babak Jonathan Rhys Meyers dalam filem Bend It Like Beckham.

Manakala Dominic Monaghan (Lord of the Rings) akan melakonkan watak Colonel Arthur Crookshank yang merupakan saudara kepada James dan rakan sepasukan beliau.

Selain itu, beberapa pelakon tempatan yang dijangkakan akan terlibat dalam projek ini ialah Bront Palarae, Shaheizy Sam dan Datuk Rahim Razali.

Bront Palarae.

Filem Rajah ini bakal memulakan penggambaran pada akhir September ini. Sebelum ini, terdapat beberapa filem Hollywood yang memetik kisah yang berlaku di Malaysia. Antaranya termasuklah The Sleeping Dictionary (2003) dan Anna and the King (1999).

Industri seni negara juga pernah mengeluarkan filem bersejarah seperti Ola Bola, 1957: Hati Malaya, Tanda Putera dan Hanyut (2016).

 

IKLAN