Terbaru, jaguh renang negara, Khiew Hoe Yean (22) membuktikan kelas tersendiri apabila berjaya membawa pulang pingat perak dalam acara 400 meter gaya bebas lelaki di pentas Sukan Universiti Dunia (WUG) 2025 yang berlangsung di Berlin, Jerman.

Dalam aksi akhir yang berlangsung di Schwimm-und Sprunghalle im Europasportpark, Hoe Yean berjaya memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri dengan catatan masa 3 minit 47.38 saat, memadamkan rekod lama iaitu 3:48.36 saat. Lebih menarik lagi, pencapaian luar biasa ini turut menjadi penyumbang pingat pertama buat kontinjen Malaysia pada edisi kali ini.

Pada masa yang sama, aksi mendebarkan itu turut menyaksikan Hoe Yean memberikan lonjakan dramatik pada 50 meter terakhir bagi memintas pencabarnya dari Amerika Syarikat, Ryan James Erisman Jr. yang terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa (3:47.52s), manakala emas dimenangi oleh perenang Atlet Neutral Individu, Nikolai Kolesnikov dengan masa 3:46.66 saat.

Hoe Yean Cipta Sejarah Tamatkan Kemarau 34 Tahun Negara, Raih Perak Di WUG 2025

Ads
Hoe Yean Cipta Sejarah Tamatkan Kemarau 34 Tahun Negara, Raih Perak Di WUG 2025
Kredit foto: Instagram @stevekhiew

Dalam pada itu, kejayaan tersebut juga mengakhiri penantian panjang 34 tahun buat Malaysia meraih pingat dalam acara renang di WUG. Kali terakhir negara mencatat pencapaian sedemikian adalah pada tahun 1991 menerusi Jeffrey Ong yang meraih pingat perak dalam acara 1,500m gaya bebas lelaki.

“Ia sungguh hebat. Selepas terlepas peluang ke final tiga tahun lepas, kini berdiri di atas podium satu pencapaian besar dan pengubat kekecewaan buat saya,” katanya.

Ads

“Saya sangat gembira, ini catatan (peribadi terbaik) dan juga rekod kebangsaan. Saya teruja untuk menghadapi aksi esok dan hari-hari seterusnya,” jelasnya lagi.

Hoe Yean Cipta Sejarah Tamatkan Kemarau 34 Tahun Negara, Raih Perak Di WUG 2025

Ads

Sementara itu, kemenangan ini bukan sahaja menambah warna kepada prestasi renang negara di peringkat antarabangsa, malah memperlihatkan perkembangan positif dan potensi besar atlet muda yang pernah memenangi dua pingat emas Sukan SEA pada sebelum ini.

Sekadar info, Hoe Yean dijadualkan akan kembali ke kolam renang esok bagi acara 200m gaya bebas lelaki dan akan meneruskan saingan dalam 200m kuak lentang pada Selasa hadapan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads