Hina Pakaian Tradisi Kaum Iban, Kemada Buat Laporan Polis Terhadap Ryzal Ibrahim

Share

Kelab Kesenian dan Kebudayaan Dayak Sarawak (Kemada) telah membuat laporan polis pada hari ini terhadap seorang selebriti Instagram, Ryzal Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Durian Kimchi yang dikatakan telah memuatnaik sebuah video di laman Instagram milik beliau dan mempersendakan pakaian tradisional wanita Iban.

Pengerusi Kelab itu, Jackery Hillary Chukan, bersama lima ahli lain yang lengkap berpakaian tradisi pahlawan Iban telah membuat laporan polis pada tengahari tadi di Balai Polis Lanang di Sibu Sarawak.

Sumber: Malaysian Insight

Mengambil serius tentang isu ini, ramai juga warga netizen yang turut naik angin dengan tindakan beliau dimana didalam video tersebut Ryzal kelihatan sedang bergurau senda bersama isterinya Maryam. Ramai juga netizen di laman Twitter 

telah meluahkan rasa marah mereka terhadap selebriti Instagram ini..
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Namun begitu, Ryzal Ibrahim juga telah tampil dengan permohonan maaf kepada semua khalayak ramai di lama Instagram miliknya, terutama sekali kepada kaum Iban yang terkesan dengan posting 

beliau..
Sumber: Instagram @ryzalibrhm
Sumber: Instagram @ryzalibrhm

Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kejadian ini, dan selepas ini kita harus lebih berwaspada daripada berkata yang bukan-bukan..

IKLAN