
Hanya individu berkaca mata saja yang faham macam mana rasanya jika cermin mata mereka mula dipenuhi dengan cap jari dan kesan calar.
Bahagian cermin mata paling sensitif, kotor sikit saja mulalah pandangan si pemakai rasa tak selesa dan terganggu.

Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini dengan mudah, ada satu petua yang korang boleh cuba. Caranya mudah saja dan menggunakan bahan yang confirm ada di rumah juga, iaitu ubat gigi.

Ubat gigi boleh menghilangkan kotoran seperti cap jari dan kesan calar yang tidak serius.

Caranya mudah saja, sapukan ubat gigi secara perlahan-lahan pada cermin mata dan bilaskan dengan air.

Selain itu , baking soda juga boleh digunakan untuk menghilangkan kotoran pada cermin mata. Campurkan sedikit baking soda dengan air, dan sapukan hingga rata pada cermin mata.

Kemudian, bilas dengan air bersih.
Mudah je rupanya nak hilangkan kotoran pada cermin mata ni. Tak perlu guna modal yang banyak pun. Memang berbaloi!
Kalau nak tengok hasilnya, boleh tonton video ini..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Hayder Qhalish Baca Surah Ad-Dhuha Dengan Lancar, Netizen Tersentuh Lihat Keberanian Anak Eyra Hazali

Muhammad Hayder Qhalish, anak kepada pelakon Eyra Hazali dan penjaga gol Harimau Malaya Muhammad Haziq Nadzli, mencuri perhatian netizen apabila tampil membaca al-Quran dengan sangat lancar walaupun baru berusia enam tahun.
Momen tersebut menjadi perhatian ramai selepas satu video dimuat naik oleh KinderHive TTDI Jaya di Instagram. Dalam rakaman itu, Hayder dilihat membaca Surah Ad-Dhuha dengan penuh keyakinan bersempena sambutan Nuzul al-Quran yang diadakan di sekolahnya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pihak sekolah, Muhammad Hayder Qhalish dilihat duduk sambil bersila di hadapan kamera sebelum memulakan bacaan al-Quran.
Dengan nada yang tenang dan jelas, Hayder memperkenalkan dirinya terlebih dahulu sebelum membaca surah tersebut di hadapan semua yang hadir.
“Assalamualaikum, nama saya Muhammad Hayder Qhalish bin Muhammad Haziq. Saya di sekolah KinderHive dekat TTDI Jaya. Saya baca Surah Ad-Dhuha,” katanya dengan penuh yakin.
Selepas memperkenalkan diri, Muhammad Hayder Qhalish terus memulakan bacaan Surah Ad-Dhuha dengan lancar.
Program Hafazan Anjuran KinderHive
Program bersempena sambutan Nuzul al-Quran itu merupakan salah satu inisiatif yang dianjurkan oleh KinderHive bagi menggalakkan murid-murid di semua cawangan mereka untuk menghafaz surah-surah pilihan daripada al-Quran.
Melalui pendekatan ini, pihak sekolah berharap dapat menanam kecintaan terhadap kitab suci al-Quran dalam diri kanak-kanak sejak usia kecil lagi.
Menurut pihak sekolah, program tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan hafazan mereka, malah membantu meningkatkan keyakinan diri ketika membaca al-Quran di hadapan orang ramai.
Dalam perkongsian tersebut, pihak KinderHive turut menitipkan doa agar hafazan yang dipelajari oleh Muhammad Hayder Qhalish dan rakan-rakannya menjadi amal yang berpanjangan sepanjang hayat.

Netizen Teruja Lihat Keberanian Anak Eyra Hazali
Kelancaran bacaan Muhammad Hayder Qhalish bukan sahaja menarik perhatian warga sekolah, malah turut mendapat reaksi positif daripada netizen di media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum melihat keberanian kanak-kanak itu membaca al-Quran di hadapan orang ramai walaupun masih pada usia yang sangat muda.
Ada juga yang memuji cara didikan ibu bapanya yang memberi pendedahan awal kepada al-Quran. Ramai turut mendoakan agar Muhammad Hayder Qhalish terus membesar menjadi anak yang soleh serta sentiasa dekat dengan al-Quran.

Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa momen seperti ini memberi inspirasi kepada ibu bapa lain untuk memperkenalkan al-Quran kepada anak-anak mereka sejak kecil.
Perkongsian video tersebut secara tidak langsung memberi gambaran bahawa pendedahan awal kepada al-Quran mampu membentuk jiwa anak-anak dengan nilai yang baik.
Apabila kanak-kanak dididik untuk mengenal dan mencintai al-Quran sejak kecil, mereka bukan sahaja belajar membaca dan menghafaz, malah memahami kepentingan menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.
Bagi ramai ibu bapa, kisah Muhammad Hayder Qhalish ini menjadi inspirasi bahawa pendidikan agama yang bermula dari rumah dan disokong oleh sekolah mampu melahirkan generasi yang lebih dekat dengan ajaran Islam.
Momen ringkas yang dikongsikan itu akhirnya bukan sekadar video biasa, sebaliknya menjadi satu perkongsian yang menyentuh hati ramai serta mengingatkan masyarakat tentang pentingnya mendidik anak-anak mencintai al-Quran sejak usia muda.
Sumber : Instagram Eyra Hazali, kinderhivettdijaya
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Raikan Syawal Bersama Keluarga, Astro Tawar 190 Program Istimewa Sepanjang Aidilfitri Ini

Setiap kali Hari Raya Aidilfitri pastinya seisi keluarga meluangkan masa bersama dengan menonton tayangan menarik di kaca televisyen. Inilah masanya untuk kita berkumpul mengeratkan lagi silaturahim bersama sanak saudara yang lain.
Tahun ini Aidilfitri pastinya disambut lebih meriah kerana sudah dua tahun kita tidak dapat meraikannya bersama insan tersayang. Apa yang menariknya lagi, Astro juga menawarkan 190 program istimewa sepanjang Syawal ini untuk ditonton bersama keluarga.

Pengisian Syawal kali ini bakal dimeriahkan dengan himpunan rancangan televisyen terhebat merangkumi hiburan variasi ‘Raya Specials’, komedi muzikal, koleksi filem-filem blockbuster tempatan dan antarabangsa, drama bersiri popular, telefilem khas Aidilfitri yang menampilkan barisan selebriti popular tanah air.

Bagi peminat program ‘signature’ pula, program terbaharu ‘Mystery Ranking Show Malaysia’, iaitu program ‘Gameshow Misteri’ yang diadaptasi dari Korea Selatan akan memulakan siarannya mulai 20 mei 2022, setiap Jumaat pada pukul 9 malam di Astro WARNA.
Selain itu juga, jangan lepaskan peluang untuk menonton lakonan Hero Remaja 2022, Nadhir Nasar dalam filem pendek berdurasi 20 minit yang berjudul ‘Tujuh Hari Di Bawah Matahari’. Filem pendek ini berkisarkan tentang seorang anak muda yang terkesan dengan penangan pandemik yang kehilangan pekerjaan serta harta benda dan ia sarat dengan mesej yang cukup bermakna untuk dijadikan teladan bersama.

Nantikan tayangannya secara eksklusif di Astro GO menjelang Hari Raya pertama, 3 Mei 2022 pada pukul 8.30 malam serta di saluran-saluran televisyen Astro pada 3 Syawal, 5 Mei 2022 pada pukul 8.00 malam.
Sambutan perayaan Aidilfitri pastinya tidak lengkap tanpa diserikan dengan koleksi filem-filem terlaris tempatan dan telefilem khas Raya. Di Astro Ria, korang boleh mengikuti tayangan tiga buah filem pecah panggung seperti ‘Penunggang Agama 2’, ‘18 Puasa di Kampung Pisang’, ‘Kampung Pisang Muzikal’ dan enam buah telefilem istimewa Syawal, termasuklah ‘Raya Talak Satu’, ‘Peti Ais Mak’, ‘Menantu ke Isteri Untuk Abah’, ‘Nyanyuk’, ‘Angah’ dan ‘Jangan Masuk Rumahku’ yang akan bersiaran setiap hari dari 1 hingga 6 Syawal pada pukul 10 pagi.

Nah, ada banyak lagi program menarik yang ditayangkan di Astro Syawal ini untuk korang tonton. Sambil beraya, jangan lupa berhibur dengan tayangan-tayangan yang disediakan okay? Selamat Hari Raya guys!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memukau Dengan ‘Best Dressed’ Di Cannes. Janhvi Kapoor Anak Pelakon Selebriti Legenda Bollywood!

Kalau korang minat Bollywood atau suka tengok filem India, mesti dah tak asing dengan nama Janhvi Kapoor.
Tampil pertama kali di Cannes jadi bukti yang Janhvi semakin dikenali bukan saja dalam industri filem India, tapi juga di peringkat antarabangsa, terutama dalam dunia fesyen dan hiburan.

Dengan gabungan glamor Bollywood dan sentuhan fesyen antarabangsa yang trendy. Janhvi Kapoor mempamerkan rangkaian siluet yang elegan. Janhvi Kapoor betul-betul memukau semua orang.
Tiada satu pun penampilannya yang kelam, kesemua busana mega dan cantik sempurna. Tak percaya, tengok ni:
Tarun Tahiliani
Anamika Khanna
Untuk tayangan perdana filemnya Homebound, Janhvi tiba dengan memakai gaun rekaan khas Anamika Khanna. Gaun itu menampilkan bahagian atas bersulam emas dengan skirt hijau pudina. Bahagian belakang dibiarkan terdedah dengan rantai khas terhasil daripada gabungan permata tradisional India yang dicampur dengan ciptaan jed dan jadao. Padanan aksesori jhumka aksen hijau pudina dan gelang menambah lagi seri.
YSL dan Anamika Khanna
Penampilan ini merupakan penghormatan penggaya Rhea Kapoor kepada YSL, yang menampilkan koleksi Rive Gauche – khususnya topi piring dari YSL 1987, dan jaket baldu dari 1989. Melengkapkan penampilan dengan padanan skirt sifon sutera diaphanous ilham era puitis Yves antara tahun 1987 dan 1991, yang dibuat oleh Anamika Khanna.
Di Petsa
Menampilkan gaya ‘wet sari’, Janhvi membawa nostalgia Bollywood ke Perancis. Penampilan basah signature pereka fesyen itu digabungkan dengan imaginasi kontemporari sari.
Jom kenali 5 fakta menarik tentang pelakon muda yang tengah menjadi idola ramai remaja ini!
1. Anak Selebriti Legenda
Janhvi adalah anak kepada arwah Sridevi, pelakon lagenda Bollywood yang sangat dihormati, dan Boney Kapoor, penerbit filem terkenal. Jadi, bakat lakonan dia memang ada ‘darah seni’!
2. Debut Hebat dengan Filem Dhadak
Filem pertama Janhvi ialah Dhadak (2018) yang terus buat dia dikenali ramai. Filem ni adaptasi dari filem Marathi popular dan berjaya raih perhatian penonton muda.
3. Pelakon Muda Dengan Pelbagai Genre
Janhvi tak takut cuba watak berbeza — dari romantik dalam Dhadak sampai ke biografi hero wanita dalam Gunjan Saxena: The Kargil Girl. Dia suka cabar diri untuk improve skill lakonan.
4. Ikon Fesyen Remaja
Selain berlakon, Janhvi juga terkenal dengan gaya fesyennya yang chic dan santai. Dia selalu jadi pilihan jenama dan muncul dalam majalah fesyen popular.
5. Aktif Di Media Sosial
Janhvi sangat dekat dengan peminatnya di Instagram dan platform lain. Dia suka kongsi momen harian, behind-the-scenes shooting, dan juga inspirasi positif untuk para remaja.
BACA LAGI : Kucing Paling Huru-Hara, 5 Keunikan OYEN Berbeza Si Bulus Lain!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

