Hilang Selama Dua Hari, Model Popular Ditemui Mati Dalam Sungai

Share

Model terkenal Thailand, Kullapat Pongprahab telah ditemui mati dalam Sungai Chao Phraya pada Khamis, 6 Januari 2021. Penemuan itu mengakhiri teka teki kehilangannya seperti yang dilaporkan keluarganya.

Penemuan mayatnya telah disahkan oleh pegawai dari Balai Polis Pak Klong San, Pol Col Yokin Benjapat. Pengesahan itu dibuat setelah orang awam menemui satu mayat lelaki berdekatan Jeti Ratchawong.

Dia antara model lelaki yang mendapat perhatian dalam industri fesyen.

Tatu pada badan dan juga dokumen pengenalan yang masih ada bersama mayat mengukuhkan lagi yang mangsa merupakan model terkenal itu.

Turut menjadi misteri, pihak polis dan penyelamat turut menjumpai satu mayat wanita berusia 20an yang disyaki telah meninggal selama dua hari. Namun identiti mayat tersebut belum dikenal pasti.

Sebelum kehilangannya pada selasa, seorang pembantu rumah yang bekerja di pangsapuri model itu dilaporkan berkata dia pernah melihat Kullapat duduk di bangku di luar apartmen dan dia kelihatan seperti tidak sihat.

Berusia 27 tahun pada 2022, Kullapat ada membuat hantaran terahir di laman Facebooknya pada 3 Januari, sehari sebelum kehilangannya. Dia memuat naik sebuah hantaran berbunyi, “Sudah tahun 2022. Orang yang memandang ke dalam arah saya boleh menggoda saya. Banyak sekarang. Ia bukan berkenaan orang yang saya berbual bersama. Saya berbicara soal umur.”

Dikenali sebagai Kendo oleh rakan industri fesyen dan hiburan, jejaka tinggi lampai ini  berketurunan Thailand kacukan Jepun. Oleh itu wajahnya yang kacak dan unik menjadi taruhan.

Sebagai seorang model, Kendo boleh dikira sebagai seorang model popular. Dia banyak menghiasi kempen-kempen fesyen selain selalu muncul dalam lembaran fesyen majalah antarabangsa seperti Elle Man, L’Officiel Hommes dan Vogue Thailand.

Rest In Peace Kendo!

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: The Bangkok Post & Thaiger , Kredit foto: Instagram @kenshishio

IKLAN