
Jika korang ingin lari daripada kesibukan kota, tapi inginkan lokasi yang masih berhampiran Lembah Klang, kami ingin kongsikan sebuah restoran yang terletak di Ampang dengan persekitaran yang menarik.
Terletak kira-kira satu jam perjalanan dari bandar, Veg Fish Farm Thai Restaurant merupakan hidden spot yang berada di hutan Hulu Langat. Korang bukan hanya dikelilingi alam semula jadi, malah bakal menikmati tempat makan disebelah tasik besar di mana dapat melihat ikan yang berenang bebas.

Paling menarik apabila pelayan di restoran tersebut menaiki bot laju untuk menghidangkan makanan panas dari dapur yang terletak di seberang tasik.

Korang bakal disajikan dengan hidangan masakan Thailand, daripada street food sehinggalah makanan laut yang menyegarkan. Restoran ini juga mempunyai pilihan BBQ, di mana korang boleh memilih makanan laut untuk dipanggang.



Wah, hujung minggu ni bolehlah try makan di restoran ni sambal menghirup udara segar.
Sumber: KL Foodie
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih ‘Seksi’? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah..
![[KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih 'Seksi'? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah.. 12 [KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih 'Seksi'? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah..](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/07/5.-L-R-Azwan-Kombos-Ryzal-Jaafar-Ikmal-Amry-Faeez-Fadhililah-showcasing-the-4-distinct-fragrances-by-David-Beckham-Instinct-Homme-Respect-and-Classic.jpg)
Betul tak?
Orang kata, deria bau yang ada pada seseorang itu sudah cukup untuk membuatkan kita sukakannya atau menghindarinya. Betapa kuatnya peranan bau sehinggakan ramai lelaki yang ditinggalkan oleh pasangan masing-masing hanya disebabkan bau.
Sama ada bau badan/wangian korang tak disenangi oleh pasangan, ataupun pasangan lebih tertarik dengan bau badan/wangian lelaki lain, that is debatable.
![[KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih 'Seksi'? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah.. 13 [KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih ‘Seksi’? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah..](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/07/david-12.gif)
Apa yang penting, wangian sebenarnya membantu seorang lelaki untuk meluahkan siapakah dirinya yang sebenar tanpa perlu berkata apa-apa.
Pada pelancaran koleksi David Beckham Fragrances baru-baru ini, penulis sempat bertanya kepada 4 orang selebriti lelaki Malaysia tentang wangian pilihan masing-masing. Antaranya termasuklah Azwan Kombos, Ryzal Jaafar, Ikmal Amry dan Faeez Fadhlillah.
![[KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih 'Seksi'? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah.. 14 [KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih ‘Seksi’? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah..](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/07/6.-L-R-Azwan-Kombos-Ryzal-Jaafar-Ikmal-Amry-Faeez-Fadhililah-posing-with-their-David-Beckham-Fragrance-of-choice.jpg)
Apakah wangian yang paling dekat dengan personaliti korang? Jom jawab kuiz ringkas di bawah.
Dah tahu?
![[KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih 'Seksi'? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah.. 15 [KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih ‘Seksi’? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah..](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/07/david-11.gif)
Sekiranya korang rasa jawapan tersebut mirip dengan personaliti sendiri, why not korang dapatkannya dan cuba sendiri.
Wangian EDT Instict dan EDT Homme dijual pada harga RM159.90 (75ml). Manakala wangian EDT Respect dan Classic dijual pada harga RM189.90 (90ml).
![[KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih 'Seksi'? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah.. 16 [KUIZ] Perfume Buatkan Lelaki Lebih ‘Seksi’? Wangian Sesuai Untuk Kamu Ialah..](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/07/5.-L-R-Azwan-Kombos-Ryzal-Jaafar-Ikmal-Amry-Faeez-Fadhililah-showcasing-the-4-distinct-fragrances-by-David-Beckham-Instinct-Homme-Respect-and-Classic.jpg)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perlu Waktu Untuk Album Baru, Adele Umum Bakal Berehat Dari Dunia Muzik Buat Sementara Waktu

Selepas album berjudul 30 yang dilancarkan pada tahun 2021, penyanyi terkenal, Adele baru-baru ini mengumumkan bahawa dia akan berehat dari industri muzik.
Menurut Adele, buat masa ini dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghasilkan karya atau album baru dalam masa terdekat dan jika album tersebut dihasilkan, mungkin akan memerlukan beberapa waktu.
Penyanyi yang berusia 36 tahun itu juga berkata bahawa dia mahu berehat sementara daripada melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan muzik selepas persembahan residen di Las Vegas tahun ini tamat.

Menerusi satu temu bual, penyanyi asal United Kingdom ini juga memberi gambaran bahawa dia sudah lama tidak menulis atau menggubah sebarang lagu baharu.
“Saya langsung tiada perancangan untuk lagu baharu. Tangki saya kosong buat masa sekarang ini. Saya mahu merehat panjang dan melakukan perkara kreatif lain buat seketika”
Bukan itu sahaja, pelantun lagu Hello ini juga secara berseloroh mendedahkan dia sudah lama tidak berlatih menyanyi di rumah seperti kebiasaan dilakukan sebelum ini.
Sekadar info, Adele akan membuat persembahan istimewa eksklusif di Munich pada 2, 3, 9 & 10 Ogos dengan tambahan tarikh pada 14, 16, 23 dan 24 Ogos ini. Difahamkan arena persembahan tersebut boleh memuatkan 80,000 orang penonton dalam satu malam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bersedia Untuk Terpukau! Battleground Malaysia: Road To Gold Pamer Sukan Tarian ‘Street Dance’ September Ini

Di mana peminat dunia tarian?!
Ya, kini korang mempunyai sebuah lagi rancangan realiti terbitan Astro yang menampilkan sesuatu yang unik untuk ditonton pada setiap minggu.
Battleground Malaysia: Road to Gold (#BTGMY) merupakan sebuah pertandingan sukan tarian street dance terbesar di Malaysia yang menampilkan penari-penari unggul tempatan. Sebagai sebuah inisiatif bersama Kementerian Belia dan Sukan dan diperkasakan oleh Rakan Muda, #BTGMY merupakan satu nafas baharu terhadap pertandingan yang mengangkat gaya hidup Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik selari dengan kehendak remaja masa kini.
Bukan itu sahaja, KBS juga amat mementingkan aspek perpaduan dalam kalangan anak muda menerusi aktiviti gaya hidup aktif sebegini. Budaya tarian tidak mengenal kaum ataupun asal-usul kenegerian. Sebaliknya, budaya tarianlah yang memupuk semangat perpaduan bukan sahaja dalam kalangan peserta tetapi juga dalam kalangan mereka yang menonton di seluruh negara.
Biarpun setiap peserta #BTGMY mendambakan kejuaraan berpihak kepada pasukan mereka sendiri, sebagai pelapis budaya dan seni tarian di Malaysia; tentunya para peserta saling memahami minat mendalam dan pengorbanan yang dicurahkan oleh setiap seorang daripada mereka demi mengejar impian dalam bidang tarian.

Basically, para peserta #BTGMY akan disenarai pendek daripada ratusan belia dari seluruh Malaysia yang telahpun menghantarkan video tarian mereka tempoh hari. Bukan itu sahaja, peserta yang berjaya mengujakan para hakim ketika uji bakat on-ground di AEON Mall Shah Alam sekitar bulan Julai lalu juga ada yang terpilih tau!
#BTGMY kemudiannya akan memaparkan empat kapten tarian terkemuka yang ditugaskan memilih seramai sepuluh orang kru tarian ataupun peserta berdasarkan kebolehan menari mereka.
Kapten-kapten ini terdiri daripada pemenang pingat emas Sukan SEA acara Breaking; Lego Sam, wakil Malaysia ke Sukan SEA; Khenobu, ahli kumpulan muzik 3P (Three Production) Danny Lee dan juara Astro Battleground 2010 & 2011; Seven.
Mereka akan membentuk pasukan masing-masing dengan menguji kemahiran penari-penari dari pelbagai latar belakang untuk bertarung dengan gaya ‘street dance’ mereka dalam pelbagai cabaran yang diberikan. Hanya dalam kalangan yang terhandal akan kekal sehingga ke garisan akhir.

Menerusi sidang media yang dianjurkan itu, #BTGMY telahpun mengumumkan Sherry Alhadad, Dennis Yin dan Saint TFC sebagai hos utama rancangan sekaligus mengangkat tiga bahasa perantara sepanjang musim pertama ini berlangsung. Sementara itu, kemunculan pelakon dan pelawak popular Malaysia, Zizan Razak pula diberikan tugasan sebagai juri.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang hadir bagi melancarkan program, Breaking merupakan sukan terkini yang diperkenalkan di Sukan Olimpik Paris 2024 dan ia adalah salah satu bentuk sukan yang relevan dengan remaja sekarang.
“Dengan kerjasama Astro menerusi Battleground Malaysia: Road to Gold, kementerian amat komited untuk membantu para penari yang berbakat besar dengan memantapkan kemahiran mereka dalam bidang tarian serta mencungkil ramai lagi bakat yang boleh mewakili Malaysia di persada antarabangsa dalam sukan tarian termasuk di Sukan Olimpik kelak,” ulasnya.

Ternyata, KBS menerusi Hannah Yeoh ingin memberi peluang penyertaan agar anak muda dari seluruh negara dapat menyerlahkan lagi bakat ‘street dance’ terpendam mereka.
Haa siapa kata sukan, tarian dan hiburan tidak boleh digabungkan? Barulah kita semua sebagai penonton program #BTGMY pun bersemangat untuk memberikan sokongan tidak terhingga kepada bakal atlet Malaysia yang akan membawa harapan negara di Sukan Olimpik Paris 2024 selari dengan kempen Road To Goal.

Buat pengetahuan korang, acara grand finale #BTGMY bakal diadakan secara langsung pada 3 November 2023 di hadapan para juri antarabangsa.
Juara akan membawa pulang RM100,000 manakala naib juara akan menerima RM30,000. Selain itu, peserta-peserta daripada ahli kumpuran juara juga akan bersaing sesama sendiri untuk memenangi hadiah tambahan RM25,000.
*
Saksikan Battleground Malaysia: Road to Gold menerusi Astro RIA (saluran 104), Vinmeen (saluran 202) dan SHOWCASE (saluran 413) pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam bermula 29 September. Ia juga ditayangkan di Astro AEC (Saluran 306) pada setiap Sabtu, jam 11 malam bermula 30 September.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: ASTRO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

