Sejak awal tahun ini, kebanyakan netizen mengenali kewujudan karakter ‘Hidayah’ ini di media sosial.
Tak kira sama ada korang peminat dunia K-Pop dan K-Drama atau tidak, REMAJA gerenti mesti ada ahli keluarga atau kawan-kawan yang pernah share klip pendek yang menampilkan ‘Hidayah’ kepada korang.
Tapi, siapa ‘Hidayah’ ni sebenarnya?
Nama je Hidayah tapi mulut…
Hidayah atau nama sebenarnya, Lee Sae Young ialah seorang pelakon dan pelawak yang berasal dari Korea Selatan. Pernah menemui peminat K-Drama melalui drama Boyfriend Romantic, wajah Lee Sae Yong bagaimanapun bertukar menjadi viral di Malaysia kerana kemunculannya dalam video-video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook, DaebaKing.
Hasil kreativiti admin DaebaKing yang ingin dikenali oleh AJ, karakter ‘Hidayah’ muncul dalam format sarikata yang diubah semula oleh AJ sehingga menjadi bahan lawak netizen Malaysia.
Hoi, orang puji kau la Dayah.
Motifnya hanyalah satu, untuk menghilangkan stres netizen di tempat kerja dengan menerapkan elemen ‘culture’ Malaysia selain memberian nama-nama karakter berbangsa Melayu dalam sarikata yang diolah admin tersebut.
Ads
Hari ini, AJ telah bertemu dengan ‘Hidayah’ di Seoul Korea Selatan dan ada beberapa fakta menarik sebenarnya mengenai pelakon / pelawak itu sebenarnya.
01
Hidayah teringin untuk ke Kuala Lumpur tetapi dengan satu syarat. Peminat yang mengenalinya perlu menunggu kehadiran Hidayah di airport.
02
Hidayah ingin mencuba menjadi penyanyi juga, HANYA jika wajahnya lebih cantik sedikit. Jadi buat masa sekarang, dia selesa untuk menjadi seorang pelawak atau gag woman.
Ads
03
Pada tahun hadapan, Hidayah akan terus aktif untuk membintangi drama Korea, tetapi masih tidak mendedahkan tajuknya.
04
Hidayah mampu juga bertutur sedikit sebanyak dalam bahasa Malaysia. Tapi , REMAJA lebih terkesima dengan kebolehan AJ bertutur dalam bahasa Korea, memang Daebak!
05
Hidayah merasakan pengalaman berlakon bersama pelakon kacak yang juga merupakan idol dalam grup K-Pop sebagai cukup istimewa memandangkan mereka melayannya dengan sangat baik.
06
Hidayah berterima kasih kepada netizen Malaysia yang menyamakan dirinya dengan status Lee Kwang Soo. Aktor dan ahli rancangan popular, Running Man itu sememangnya cukup popular di kalangan peminat Korea di sini.
Ads
07
“I like durian!” Walaupun pada mulanya Hidayah tidak mengetahui apakah nama buah tersebut, namun setelah diberikan penjelasan terus dia mengatakan, “Ya, saya sukakan durian!” Bolehlah sesiapa bawa Hidayah untuk merasa ‘Musang King’ atau ‘Kunyit’ selepas ini.
08
Walaupun popular di kalangan ramai peminat lelaki, Hidayah mengatakan dirinya masih single!
Tak sabar pula rasanya nak tunggu drama terbaru lakonan Hidayah. Eh silap, Lee Sae Young. Agak-agak DaebaKing akan ubah lagi tak sarikatanya hehe.
Bagi korang yang ingin menonton video live penuh AJ bersama Lee Sae Young tadi, klik butang play di bawah okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh, Kasih Iris Leona menegaskan bahawa tidak wajar sekiranya orang ramai menyamakan pendapat ayahnya yang juga pelakon terkenal, Azhar Sulaiman dengan pendapatnya sendiri dalam banyak perkara.
Biarpun pasangan anak-beranak itu selalu kelihatan akrab di media sosial, Leona, 22 juga mempunyai pendiriannya yang tersendiri terutama dalam isu-isu serius seperti pergolakan yang sedang dihadapi oleh rakyat Palestin di Rafah, masa kini.
Kasih Iris Leona
Menerusi ciapan di platform X, Leona berkata dirinya tidak berkongsi pandangan sama seperti Azhar dan berharap agar warganet hentikan kecaman yang dihadapi bertalu-talu sejak hari Rabu.
“..Saya sangat menentang Israel berikutan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Palestin.
“Saya tidak mempunyai pendapat yang sama dengan ayah saya dan gagal memahami cara dia berfikir.
“Jadi jangan menganggap hanya kerana kami mempunyai pertalian darah, kami akan ada pandangan yang sama,” ciapnya.
Leona yang kini sedang melanjutkan pengajian sarjana muda dalam jurusan pengurusan di Universiti Bath, United Kingdom juga berkongsi pengalamannya sewaktu berkunjung ke Palestin dan melihat sendiri keadaan di sana dengan matanya sendiri biarpun di lokasi yang terkawal serta selamat.
“..Saya sedar kekejaman yang dilakukan Israel dan mengakui pembunuhan beramai-ramai itu telah bermula sebelum 7 Oktober (tahun lalu) lagi,” catatnya.
Terdahulu, Azhar Sulaiman dikecam teruk setelah mengeluarkan kenyataan kontroversi berkenaan rakan selebriti tempatan yang menunjukkan sokongan mereka terhadap Palestin.
Pelakon berusia 52 tahun itumencabar selebriti-selebriti terbabit agar berpindah ke Gaza, Palestin untuk membantu saudara seagama yang sedang berdepan serangan di sana.
Malah, beliau menggesa agar gerakan boikot tidak perlu dilakukan jika seseorang itu masih berada dalam keadaan gembira di Malaysia.
Begitupun, hantaran-hantaran beliau di Instagram itu telahpun dipadamkan olehnya setelah ruangan komen dihujani kecaman netizen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi berbakat besar, Aisha Retno menzahirkan rasa terkilan dan kecewa apabila wujud rakan selebriti yang kurang senang dengan pencapaian menerusi karier seninya.
Menurut penyanyi lagu popular Sutera itu, dia berbangga dengan setiap pencapaian yang diraih tetapi dalam masa sama kecewa kerana terasa dianiaya rakan seindustri.
“Memang rasa tekanan bila orang sudah meletakkan harapan yang tinggi. Perkara itu bukan sahaja saya rasa daripada netizen tetapi juga individu dalam industri muzik yang ada cubaan menunjukkan sisi kedengkian mereka.
“Lama-kelamaan perkara itu semakin ketara sedangkan saya hanya pamer kemampuan diri, tetapi rupa-rupanya ada pula yang tak puas hati,” katanya.
Tambah Aisha lagi, perkara tersebut sememangnya menganggu fikirannya termasuk sepanjang bertanding dalam rancangan realiti ini. Dia bagaimanapun enggan meletakkan sebarang justifikasi sama ada diganggu dengan ilmu hitam atau sebaliknya.
“Benda ini memang agak kacau mental saya sepanjang bertanding di THSS. Ganggu bukan secara terang-terangan tetapi mereka ada misi. Saya tak berani nak beritahu sama ada mereka cuba jatuhkan atau apa tetapi antara caranya ialah menjauhkan diri.
“Apabila ada benda begitu muncul, memang kacau. Saya pula memang jenis yang tak suka drama begini. Apa yang saya alami ialah kesakitan mental dan fizikal tetapi mungkin juga disebabkan keletihan tetapi memang ada berlaku perubahan dalam diri,” tuturnya lagi.
Katanya, sifat dengki sedemikian membuatkan dirinya berasa terkilan tetapi dalam masa sama terkejut kerana individu tersebut pernah menjadi idolanya sebelum ini.
“Saya terkilan dan kecewa sebab saya pernah mengidolakan mereka ketika mula masuk industri. Agak terkejut sebab tidak semua orang baik. Saya sedih bila berlaku begini sebab tak sangka industri muzik Malaysia yang kecil begini pun ada perkara sebegini.
“Syukur saya dipagari dengan ibu bapa yang ada ilmu agama, minta dijauhkan perkara sebegitu (sihir). Apa pun saya akan ‘jalan terus’ dan beri tenaga yang maksima untuk kerjaya seni sebab ini sumber pendapatab saya,” ujarnya lagi.
Menerusi THSS akhir semalam menyaksikan, Aisha salah seorang peserta yang diumumkan sebagai pemenang tempat keempat.
Kemenangan tersebut memberinya wang tunai RM5,000, pakej pelayaran dan trofi sumbangan Astro.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak kepada jutawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah El Zahra, baru-baru ini telah melancarkan lagu raya bersama tiga penyanyi lain iaitu Alyssa Dezek, Ara Aziz, dan Cik B, yang berjudul Raya Gen Z.
Namun, Qadejah mengakui merasa tercabar dengan tindakan bapanya yang turut mengeluarkan lagu raya berjudul Raya Ya Ya bersama penyanyi Iman Troye.
Menurut Qadejah, persaingan ini secara tidak langsung dapat memberi peluang positif untuknya terus memajukan diri dalam industri muzik.
“Saya rasa tercabar, tetapi persaingan adalah benda yang baik sebab akan buatkan kita untuk sentiasa memajukan diri,” katanya kepada Remaja.
Lebih menarik lagi, Qadejah mendedahkan bahawa kedua-dua lagu tersebut kebetulan siap pada hari yang sama.
“Abah ada keluar lagu Raya Ya Ya dan lagunya siap pada hari yang sama dengan lagu raya saya, Raya Gen Z.
“Kami sekeluarga memang akan makan bersama. Jadi, di meja makan, kami pandang satu sama lain dan bertanya mengenai lagu masing-masing. Kemudian, kami perdengarkan.
“Saya rasa, lagu saya lebih sedap sebab saya tak faham lagu abah,” tuturnya lagi.
Terdahulu, lagu Raya Gen Z mendapat pelbagai kritikan kurang enak dari netizen. Namun, Qadejah melihat kritikan tersebut sebagai peluang untuk dirinya memperbaiki kekurangan.
“Hentaman untuk lagu kami, saya rasa adalah benda yang baik juga sebab ia akan bawa kami menjadi orang yang lebih baik.
“Setiap kritikan yang diberikan, akan saya gunakan untuk perbaiki diri,” jelasnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!