
Cabaran mendaki Gunung Kinabalu, Sabah bukanlah mudah, apatah lagi lengkap berpakaian tradisional Melayu.
Namun, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, membuktikan bahawa semangat dan keazaman tidak mengenal batasan, apabila mereka kembali menyahut cabaran itu buat kali kedua.
Yang lebih mengagumkan, ekspedisi kali ini turut disertai putera sulung Bella, Ayden Adrean, yang baru berusia 8 tahun. Melalui beberapa video yang tular di media sosial, jelas kelihatan Ayden begitu teruja dan bersemangat menawan puncak.
Menerusi perkongsian Syed Saddiq di Threads, ramai netizen memuji semangat dan ketabahan Ayden.
Tidak kurang, pengguna media sosial lain turut kagum dengan pencapaian kanak-kanak ini.
“Hebat Ayden ikut jejak papa Saddiq,” tambah seorang lagi.
“Tahniah… Terbaik Ayden.. hebat dia. Teringat masa saya naik dulu, ada seorang anak porter umur 6 tahun, ikut ayahnya turun naik Gunung Kinabalu sehari sekali,” tulis seorang pengguna lain.
Perkongsian ini sendiri sudah meraih lebih 17,000 tanda suka dan 175 komen, membuktikan ramai terinspirasi oleh keberanian kecil ini.
Bagi Remaja, momen ini bukan sekadar tentang mendaki gunung, tetapi tentang menanam semangat, keberanian, dan inspirasi, bahawa usia bukan penghalang untuk mencuba sesuatu yang luar biasa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.