“Heartbreaking,” Gajah Maut Dibaling Tayar Terbakar Oleh Penduduk Kampung, Selebriti Bollywood Pakat Mengecam

Share

Haiwan juga makhluk Allah di muka bumi ini. Tapi sayang dimusim pandemik COVID-19 menganas di muka bumi dan mengorban ramai nyawa manusia, masih ada lagi yang sempat menganiaya haiwan yang tidak berdosa.

Sumber Gambar : Pexels

Sejak semalam viral kisah seekor gajah yang berusia 40 tahun maut disebabkan sikap tidak berperikemanusiaan penduduk perkampungan di Tamil Nadu, India.

Difahamkan, suspek membakar tayar buangan sebelum dibalingkan ke arah gajah yang berusia 40 tahun tersebut. Tayar yang sedang marak terbakar itu tersangkut pada telingga haiwan berkenaan.

Memang sedihkan kalau ada perangai manusia begini! Sanggup membunuh haiwan ini yang pastinya tiada dosa pada mereka.

Ramai yang mengecam tindakan perbuatan keji itu dan menganggap ia tindakan bodoh kerana menyeksa haiwan itu secara membakar dengan tayar. Turut mengecam tindakan ini ialah para selebriti popular Bollywood :

 

Randeep Hooda, “This is just terrible”.

 

Kamal Hassan

 

Koena Mitra , “Extinction of Humanity!”

 

Pranitha Subhash, “Heartbreaking,” and asked, “What happened to Humanity.”

 

Untuk info, kejadian tersebut berlaku di sebuah pusat penginapan persendirian itu ternyata mengundang kemarahan ramai termasuk beberapa selebriti India turut mengecam tindakan kejam tersebut.

Indiatimes melaporkan bahawa terdapat dua suspek telah ditahan pihak berkuasa.

” Allah SWT menyuruh manusia berbuat baik (ihsan) bukan sahaja kepada manusia, bahkan makhluk lain seperti maksud hadis: “Apabila kamu hendak menyembelih haiwan, maka sembelihlah dengan cara yang paling baik iaitu dengan menajamkan alat sembelihan dan hendaklah meletakkan haiwan dalam keadaan yang selesa.” (Riwayat Muslim).”

Sumber: IndiaTimes

IKLAN