Hati-Hati Guys, Kedai Di Sunway Pyramid Ditutup Rupanya Staff Positif COVID-19

Share

Sejak kebelakangan ini, angka kes positif pandemik COVID-19 di negara semakin hari semakin meningkat hingga kadang-kala mencecah ratusan kes dalam sehari.

Walaupun sebelum ini, banyak kes yang dikesan di Sabah memandangkan banyak kluster yang wujud di sana tapi korang yang berada di luar Sabah jangan terlalu yakin tidak dijangkiti.

Terbaru, satu posting dilaman facebook pusat membeli belah popular Sunway Piramid mengejutkan semua apabila dalam satu kenyataannya berkata, satu kedai peralatan sukan  telah ditutup pada minggu lepas selepas seorang kakitangannya yang mempunyai rekod perjalanan ke tempat lain disahkan positif COVID-19.

Untuk info, individu yang terbabit sudah dikuarantin selari dengan garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menerusi komen di laman sosial tersebut pihak pengurusan komplek membeli belah ini menyatakan kedai peralatan sukan yang dimaksudkan ialah kedai jenama NIke.


.

“KKM juga telah mengenal pasti beberapa individu lain yang mempunyai kontak rapat dengan kakitangan berkenaan dan sudah menjalankan proses saringan serta kuarantin.

“Pihak pengurusan pusat beli belah juga telah mengambil langkah proaktif termasuk menjalankan proses nyah kuman dan pembersihan di premis yang terlibat,”

Rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang dan takut kes Covid-19 ini akan meningkat.

Apapun, penulis harap korang diluar sana mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19.

IKLAN