Penyanyi bersuara lunak, Shila Amzah sekali lagi membanggakan Malaysia apabila wajah dan pencapaiannya dalam industri muzik terpampang di pameran berprestij World Expo Osaka 2025 yang berlangsung di Pulau Yumeshima, Jepun.
Menariknya, penyanyi lagu Patah Seribu itu sendiri tidak tahu mengenai perkara tersebut sehinggalah dia terlihat perkongsian daripada seorang pengguna di platform X (dahulunya Twitter).
“Sejujurnya, saya hanya menyedari wajah dan pencapaian terpampang di sebuah ekspo bertaraf dunia selepas terbaca dan terlihat perkongsian pengguna akaun X,” ujar Shila ketika ditemui media.
Bagi Shila, dipilih untuk ditampilkan di ekspo yang disertai ribuan pengunjung dari seluruh dunia memang sesuatu yang membanggakan. Namun, katanya, dia tidak pernah sesekali mahu mendabik dada.
“Bagi saya, apa sahaja perkara baik ditulis tidak kira di Malaysia mahupun luar negara amatlah saya hargai. Saya bekerja keras bukan sahaja untuk diri sendiri, tapi demi mengharumkan nama negara, jadi pastinya saya sangat bersyukur.
“Bagaimanapun saya enggan meninggi diri. Apabila kita sudah cukup berusaha dan doa, kemudian datangnya rezeki sebegini tentulah saya merasa sangat bangga,” katanya lagi.
Nama Shila menjadi antara kebanggaan negara apabila tersenarai sebagai wakil Malaysia dalam bidang hiburan di ekspo berkenaan, yang berlangsung selama enam bulan dari 13 April hingga 13 Oktober tahun ini.
Ads
World Expo Osaka 2025 kali ini menghimpunkan 160 negara dan wilayah yang mempamerkan keunikan teknologi, budaya dan kulinari masing-masing di bawah tema ‘Merangka Masyarakat Masa Depan untuk Kehidupan’.
Acara ini juga menandakan kali kedua Osaka menjadi tuan rumah selepas kali pertama pada tahun 1970, dan dianggarkan menerima kehadiran seramai 28 juta pengunjung dari seluruh dunia.
Shila menzahirkan rasa terima kasih kepada para peminat tanah air yang terus menyokong dan menghargai kerjaya seninya. Malah, ada peminat yang mencadangkan agar Shila diberikan pengiktirafan lebih tinggi di peringkat nasional.
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jadi selebriti ni bukan selalunya rich and famous!
Ada juga selebriti yang satu ketika dahulu berjaya namun disebabkan sesuatu yang tak dapat dielakkan, mereka jatuh muflis.
Remaja bawakan 6 selebriti yang berdepan dengan masalah kewangan dan jatuh muflis.
Michael Jackson
Dipercayai Michael berhutang sebanyak RM1.6 billion sebelum meninggal dunia. Malah rumah viral berbentuk Neverlandnya itu.
50 Cent
Rapper ini memfailkan dirinya muflis pada tahun 2015 lalu setelah terpaksa membayar pampasan kepada wanita yang dia muat naik video seksnya sebelum ini.
Nicolas Cage
Dia harus membayar RM 24.6 juta cukai kepada Internal Revenue Service (IRS) malah dia juga terpaksa menjual barang-barang peribadinya termasuklah komik berharga miliknya.
Pamela Anderson
Bintang Baywatch ini terpaksa menjual rumahnya di Malibu berjumlah RM28.7 juta untuk membayar cukai kepada IRS.
Floyd Mayweather
Bintang tinju ini dipercayai berhutang sebanyak RM82.2 juta kepada IRS.
Lindsay Lohan
Masalah kewangan yang dihadapi oleh pelakon dan penyanyi ini sememangnya diketahui media. Dipercayai, pelakon filem Freaky Friday ini berhutang sebanyak RM3.2 juta dan juga RM96.1 juta untuk cukai.
Sumber: Star Insider
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Orang kata, deria bau yang ada pada seseorang itu sudah cukup untuk membuatkan kita sukakannya atau menghindarinya. Betapa kuatnya peranan bau sehinggakan ramai lelaki yang ditinggalkan oleh pasangan masing-masing hanya disebabkan bau.
Sama ada bau badan/wangian korang tak disenangi oleh pasangan, ataupun pasangan lebih tertarik dengan bau badan/wangian lelaki lain, that is debatable.
Apa yang penting, wangian sebenarnya membantu seorang lelaki untuk meluahkan siapakah dirinya yang sebenar tanpa perlu berkata apa-apa.
Pada pelancaran koleksi David Beckham Fragrances baru-baru ini, penulis sempat bertanya kepada 4 orang selebriti lelaki Malaysia tentang wangian pilihan masing-masing. Antaranya termasuklah Azwan Kombos, Ryzal Jaafar, Ikmal Amry dan Faeez Fadhlillah.
Apakah wangian yang paling dekat dengan personaliti korang? Jom jawab kuiz ringkas di bawah.
Dah tahu?
Sekiranya korang rasa jawapan tersebut mirip dengan personaliti sendiri, whynot korang dapatkannya dan cuba sendiri.
Wangian EDT Instict dan EDT Homme dijual pada harga RM159.90 (75ml). Manakala wangian EDT Respect dan Classic dijual pada harga RM189.90 (90ml).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah melancarkan video muzik Let Me bulan lalu, Zayn Malik is on the roll dengan muzik video terbaru dan ia telahpun mencapai kedudukan nombor 41 dalam senarai Trending.
Entertainer merupakan single terbaru Zayn Malik dan ia dikeluarkan seiring dengan muzik video melalui akaun YouTube Vevo-nya. Sarat dengan adegan pendek yang dimuatkan ke dalam sebuah video, ramai yang memuji video tersebut – sama seperti respons mereka terhadap video-video sebelum ini.
Namun, satu perkara lagi yang SAMA di antara semua video muzik Zayn adalah penampilan model perempuannya yang – hhm – tak ubah seperti sosok wajah bekas kekasihnya, iaitu model Gigi Hadid.
Okay, okay, lets recap. Entertainer adalah video sequel kepada Let Me yang dilancarkan bulan lalu. Di dalam Let Me, model yang dimaksudkan iaitu Sofia Jamora membuat penampilan kali pertama. Sudah tentu jika namanya pun sequel, Sofia akan terlibat sama di dalam Entertainer, kan?
Sofia yang mirip dengan wajah Gigi membawa watak sebagai kekasih yang telah membohongi Zayn. Emosi tersebut turut jelas kedengaran pada lirik Entertainer.
When you lied to my face, I could see the truth.
Every step with the way I knew, how you fooled me, boo.
Sofia Jamora dan Gigi Hadid. Sama ke?
Adakah Zayn akan meneruskan sequel ‘percintaan curang oleh model berwajah seakan Gigi Hadid’ ini untuk video muzik seterusnya? Hhm, kenalah tunggu. Apapun, korang decide sendiri jika Sofia memang mirip Gigi?
Hubungan istimewa yang sekian lama menjadi teka-teki akhirnya terjawab! Pelakon popular, Bella Astillahdan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini selangkah lagi ke fasa baharu...