Harimau Malaya Diserang Botol Plastik & Batu Selepas Tewaskan Indonesia 3-2

Share

 

Bukan mudah untuk menewaskan pasukan Indonesia dalam perlawanan bola sepak, tetapi..

 

Pengalaman menewaskan Indonesia dengan keputusan penalti 3-2 semalam bertukar seram apabila skuad U-19 negara ‘diserang’ oleh penyokong Indonesia di Stadium Galora Delta Sidoarjo.

Malaysia dan Indonesia terikat 1-1 sehingga wisel penamat. Lalu, perlawanan berlarutan hingga penentuan sepakan penalti yang memihak Malaysia. Kejayaan ini membolehkan Harimau Malaya memasuki peringkat akhir Piala AFF Bawah 19 Tahun (AFF U-19) dan bakal bertemu Myanmar esok.

Bagaimanapun, kejayaan tersebut tidak dapat diraikan di atas padang selepas wisel penamat dek kerana balingan botol plastik malah batu oleh sebilangan daripada 26,000 penyokong Indonesia ke arah pemain dan pegawai pasukan Malaysia.

 

Situasi tegang memaksa skuad negara untuk segera berlari ke bilik persalinan atas faktor keselamatan. Menurut kenyataan jurulatih, Bojan Hodak kepada rakan media di Harian Metro, mereka bernasib baik kerana tiada siapa yang cedera semalam.

“Saya tidak tahu jika Persatuan Bola Sepak Malaysia akan menyerahkan bantahan kepada negara tuan rumah dan AFF. Saya personally amat kecewa kerana insiden seperti ini masih berlaku,” kata beliau.

Hampir sejam mereka terkurung di dalam stadium sebelum dibenarkan pulang ke hotel selepas kekecohan dapat dikawal pihak berkuasa.

 

Twitter

 

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Abdul Rahman telah memuat naik tweet

mengenai insiden ini dan telahpun dimaklumkan mengenainya. Beliau turut berkata akan terbang ke Indonesia hari ini untuk memastikan sekuriti pasukan bola sepak Malaysia berada dalam tahap terbaik semasa perlawanan akhir esok.

Wakil Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Joko Driyono juga telah meminta maaf atas insiden itu.

Dalam tempoh 9 hari ini, perlawanan Malaysia-Indonesia semalam merupakan perlawanan kelima melibatkan skuad U-19 tahun ini. Harapnya, mereka masih bertenaga serta bersemangat ketika menentang Myanmar.

 

Good luck boys!

 

IKLAN