
Tahun 2026 dijangka membawa berita yang cukup menggembirakan buat pelajar di seluruh Malaysia apabila cuti sekolah penggal pertama bakal bertembung dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026!
Bayangkan bukan sahaja dapat beraya lama di kampung, malah pelajar dan remaja boleh menikmati waktu rehat yang panjang selepas beberapa bulan sibuk dengan rutin persekolahan.
Raya Dalam Cuti Sekolah, Rezeki Tak Disangka!
Berdasarkan Kalendar Akademik 2026 yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Hari Raya Aidilfitri 2026 dijangka jatuh pada 21 dan 22 Mac 2026, iaitu dalam tempoh cuti pertengahan penggal pertama bagi semua sekolah.

✨ Kumpulan A (Kedah, Kelantan, Terengganu):
Cuti sekolah dari 20 hingga 28 Mac 2026
✨ Kumpulan B (Selangor, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya):
Cuti sekolah dari 21 hingga 29 Mac 2026
Menariknya, KPM juga memperuntukkan cuti tambahan khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 bagi beberapa negeri menjadikan tempoh cuti keseluruhan melebihi seminggu!

Rancang Awal, Raya Pun Lebih Seronok!
Bila tarikh raya dan cuti dah selari, tak ada lagi alasan untuk tak rancang awal. Ini masa terbaik untuk buat checklist raya daripada baju, tiket balik kampung, sampul duit raya hingga bajet perbelanjaan.
Bagi pelajar universiti dan sekolah menengah, cuti panjang ni juga peluang untuk reset minda, bantu keluarga buat persiapan raya, dan paling penting, luangkan masa dengan ahli keluarga yang mungkin jarang dapat jumpa.
Selain itu, pertembungan tarikh ini dijangka mengurangkan tekanan dan kesesakan jalan raya yang biasa berlaku setiap kali musim perayaan. Bila semuanya dirancang awal, perjalanan pulang ke kampung pasti lebih lancar dan selesa.
Aidilfitri 2026: Lebih Damai, Lebih Bermakna
Dengan jadual akademik yang semakin tersusun, pelajar kini boleh menikmati sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 tanpa risau tentang tugasan, peperiksaan atau aktiviti sekolah yang bertindih.
Aidilfitri kali ini bukan sekadar cuti panjang ia peluang untuk muhasabah diri, menghargai keluarga dan menikmati momen rehat yang benar-benar berharga sebelum menyambung semula perjuangan akademik.
Bagi remaja dan pelajar seluruh Malaysia, Hari Raya Aidilfitri 2026 bakal menjadi antara perayaan paling dinantikan dengan penuh makna, lebih santai dan pastinya lebih meriah.
Sumber: Kosmo
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

