Ramai yang meluahkan rasa bimbang jika ada penjual yang menaikkan harga face mask gara-gara masyarakat sudah diwajibkan untuk memakai pelitup muka sejak 1 Ogos yang lalu.
Namun begitu, khabarnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menurunkan harga siling penutup muka lebih rendah daripada RM1.20 melalui Dewan Rakyat hari ini.
Menterinya Alexander Nanta Linggi berkata harga siling pelitup muka tiga ply (lapis) akan diturunkan daripada RM1.50 seunit kepada RM1.20.
Menurutnya lagi, melihatkan kepada maklum balas umum, mereka sudah berbincang dan mungkin akan menurunkan lagi harga bawah daripada RM1.20.
Ads
Kenyataan ini dibuat bagi menjawab persoalan daripada Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT), bagi mengetahui apakah langkah yang diambil oleh KPDNHEP untuk memastikan harga pelitup muka diturunkan.
Ads
Pada 23 Julai lalu, Nanta mengumumkan harga siling pelitup muka diturunkan kepada RM1.20 daripada RM1.50 seunit bermula 15 Ogos, manakala harga borong bahan itu yang ketika ini RM1.45 seunit juga diturunkan kepada RM1.15 bermula pada tarikh sama.
Ads
Diharap agar harga face mask ini diturunkan lagi harga kerana tidak semua mampu untuk membelinya. Mana tidaknya, bila harus dipakai setiap hari sudah tentu ia memerlukan kuantiti yang banyak. Bagi yang mampu mungkin tidak ada masalah, tetapi bagaimana pula mereka yang tidak mampu?
Kami rasa usaha yang dilakukan ini adalah tindakan yang bijak untuk mengurangkan sedikit beban golongan yang tidak berkemampuan.
Kematian seorang pekerja pemotong rumput warga Myanmar, Cinglowpa yang berusia 20 tahun setelah dia dirempuh oleh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu secara tanpa lesen orang seorang remaja berusia 16 tahun akan terbela.
Ia susulan kenyataan Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong yang berkata tindakan tegas akan diambil ke atas remaja tersebut DAN tindakan sama juga akan dikenakan terhadap pemilik MPV yang membenarkan kenderaan itu dipandu oleh remaja berkenaan hingga menyebabkan kematian serta kecederaan.
Mangsa, Cinglowpa dan rakan senegaranya yang berusia 33 tahun dilaporkan sedang berehat di bahu jalan. Mangsa khabarnya sedang duduk di atas rumput manakala rakannya pula berada di atas motosikal yang diletakkan di bahu jalan.
Secara tiba-tiba, sebuah kenderaan MPV datang dan merempuh mereka sehingga mengakibatkan mangsa maut akibat parah di kepala. Manakala, rakannya itu patah bahu kanan.
Kata Wee kepada pemberita sewaktu ditemui di rumah terbuka Perdana Menteri, walaupun kes di Sungai Petani, Kedah ini berlaku disebabkan kecuaian, ia masih akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Mereka membiarkan anak mereka tanpa lesen. Tiada perlindingan bawa memandu kereta.
“Kedua, sekiranya menyebabkan kecederaan mana-mana pihak, sama ada syarikat atau sesiapa yang bersabit akan dikenakan tindakan keras.
“Macam mana boleh bawa kereta? Undang-undang kita menjaga perlindungan pengguna jalan raya di luar sana” katanya.
*
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Kuala Muda Zaidy Che Hassan, berkata bapa remaja itu tiada di rumah kerana menghadiri majlis perkahwinan. Lalu, kunci kenderaan yang ditinggalkan di rumah diambil olehnya untuk memandu tanpa pengetahuan bapanya.
Usia muda bukanlah alasan untuk kita tidak bertindak secara bertanggungjawab. Apatah lagi apabila ia membabitkan nyawa seseorang yang tidak kita kenali.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Industri seni Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian pelakon dan pengacara veteran, Jaafar Onn, pada Rabu sekitar jam 11 pagi.
Menerusi laporan media tempatan, pemergian pelakon drama bersiri remaja Cili Padi ini disahkan rakan baiknya iaitu Haiza Hanafi selepas dimaklumkan anak angkat Allahyarham iaitu Hanif.
Menurut anak angkatnya itu, urusan proses pengurusan jenazah dan pengebumian masih dalam perbincangan bersama keluarga arwah.
Sebelum itu, dia memberitahu, Jaafar ditahan di wad Hospital Sultan Idris Shah Serdang sejak kelmarin akibat berlaku pendarahan semasa membuang air besar.
Allahyarham Jaafar Onn dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang pada usia 73 tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER:BH Online.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kebelakangan ini, negara panas dengan isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW. Beratus laporan polis dibuat kerana wujudnya “Salman Rushdie” kecil yang cuba mencetuskan provokasi.
Dunia mungkin belum melupakan Salman Rushdie selepas mencatat nama sebagai musuh terbesar umat Islam apabila menghasilkan novel The Satanic Verses yang menghina Nabi Muhammad SAW. Selepas kemarahan umat Islam merebak pada tahun 1988, pemimpin Iran terdahulu, Ayatollah Ruhollah Khomeini telah mengeluarkan fatwa bunuh dan mengatakan darahnya halal pada 1989.
Salman Rushdie pasti diingati oleh seluruh umat Islam atas penghasilan novelnya, The Satanic Verses. Darahnya dikatakan halal bagi umat Islam termasuk wang tunai ditawarkan untuk membunuhnya suatu ketika dahulu
Kisah-kisah penghinaan terhadap junjungan Nabi Muhammad dan Islam tidak pernah putus. Ini termasuklah penulisan novel berjudul Lajja yang ditulis oleh Nasrin yang mengisahkan keluarga Hindu diserang oleh orang Islam.
Masa yang sama, penghinaan terhadap Nabi ini membuatkan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) memutuskan bahawa adalah menjadi satu kesalahan memfitnah Nabi Muhammad SAW.
Dunia juga mungkin tidak boleh melupakan penerbit filem dari Belanda, Arnoud Van Doorn yang turut mencetuskan kontroversi pada tahun 2012.
Satu dunia memprotes filem FITNA yang dikatakan memfitnah umat islan pada tahun 2012 dahulu
Ternyata hidayah itu milik Allah. Dari sebuah filem FITNA yang anti Islam, akibat kebenciannya terhadap Islam dari rasa takut yang timbul, Allah akhirnya mencampakkan hidayah di hatinya.
Dalam satu temubual dengan media, Arnoud Van Doorn berkata, dirinya malu dengan tindakan menerbitkan filem Fitna.
“Saya berharap semoga Allah menerima taubat saya di atas perbuatan saya ini, Saya amat berharap agar tangisan penyesalan saya ini akan dapat membasuh dosa-dosa saya terhadap Islam selama ini. Saya berasa amat malu ketika menziarahi makam Rasulullah,” katanya yang berpeluang mengerjakan haji beberapa tahun lalu.
Kongsi Van Doorn, ketika penghasilan filem Fitna, dia sudah lama melancarkan propaganda anti Islam. Sebagai ahli politik parti bebas pimpinan Geert Wilders di Belanda, hatinya terbuka memeluk Islam hanya selepas setahun mengkaji tentang ajaran Islam.
Van Doorn bersama imam masjid selepas pengislamannya
Menurut Van Doorn, terlalu banyak cerita negatif mengenai Islam sehinggalah dirinya membuat penyelidikan sendiri.
“Hati saya memilih Islam sebagai cara hidup setelah menerima layanan yang baik daripada para jemaah semasa mengunjungi sebuah masjid di The Hague, Belanda.
“Ketika berada di Masjid As-Sunnah, masjid terbesar di The Hague saya dapati layanan cukup baik dari jemaah termasuk mendapat penerangan lengkap dari imam masjid di sana,”katanya mengakui sebelum ini hatinya menolak untuk ke masjid kerana takut dibunuh.
Namun bila mendapati ia tidak seperti disangkanya, Van Doorn terus menafikan Islam itu teruk, jahat dan ganas seperti mana dimomokkan sebelum ini oleh media Barat bahawa Islam itu teruk.
“Saya benar-benar terkejut kerana orang di masjid itu begitu ramah dengan saya. Imam datang dan berjabat tangan dengan saya sambil mengucapkan selamat datang.
“Saya melihat ke dalam matanya, saya melihat kejujuran dan keikhlasan dalam diri mereka. Sejujurnya, ia satu saat yang begitu emosional buat saya pada ketika itu,” jelasnya.
Pengislaman Van Doorn mengejutkan dunia tetapi hidayah itu milik Allah. Selepas ke masjid dan berbual serta menerima layanan baik dai jemaah sedangkan dia menyangka dirinya akan dibunuh, hatinya tertarik memeluk islam
Mengimbas bagaimana hatinya tertarik pada Islam, kata Van Doorn hatinya terdetik seelepas melihat bagaimana 1.2 bilion umat Islam begitu gembira menjadi orang Islam.
“Sejak itu saya mengkaji dan pemikiran mula berubah. Tiada lagi islamfobia seperti mana difikirkan,” katanya mengaku pernah mempunyai ketakutan terhadap Islam suatu ketika dahulu.
Kesimpulannya, sebegitu banyak yang mula menghina Nabi Muhammad SAW adalah kerana mereka tidak memahami betapa indahnya Islam itu.
Jadi adalah menjadi tugas kita sebagai khalifah dilahirkan di dunia untuk menunjukkan yang baik-baik kepada bukan Islam untuk hati mereka menerima Islam satu hari nanti.
Apa pun, di REMAJA kami cukup mengharapkan tiada lagi provokasi agama demi kehormonian kaum. Islam itu agama syumul dan penuh kasih sayaing. Untuk tidak mempedulikan apa terjadi juga tidak patut kerana kita harus mempertahankan Rasul kita, Nabi Muhammad dari terus dihina.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!