Haramkan Acara Pengebumian, China Arahkan Mayat Mangsa Koronavirus Dibakar!

Share

Kemunculan wabak virus korona 2019-nCoV yang menyerang secara tiba-tiba di bandar Wuhan mengejutkan ramai pihak.

Yang membimbangkan saban hari mangsa yang dijangkiti makin meningkat dan terkini angka kematian koronavirus di wilayah Hubei, China melonjak kepada 425 dengan lebih 20,000 kes positif dilaporkan pada semalam.

Serius la ramai yang dah mati angkara virus ni!

Jadi dalam usaha membasmi penularan wabak koronavirus yang melanda, kerajaan China secara rasmi telah mengumumkan pengharaman acara pengebumian untuk mangsa yang maut akibat daripada wabak tersebut.

Arahan yang dikeluarkan Sabtu lalu melalui Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (UHC) memberitahu mayat-mayat mangsa akan dibakar dengan menggunakan kemudahan yang terdekat.

Ahli keluarga serta kenalan mangsa yang maut juga dihalang daripada melawat mayat dan menghadiri upacara berkenaan namun dibenarkan untuk mengambil abu selepas upacara pembakaran mayat selesai dan didokumenkan.

So, korang jangan la  pandang remeh terhadap virus yang mula merebak di Wuhan ini kerana virus ini mudah tersebar jika kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga. Ish risau pula penulis!

Sumber: NZ Herald

IKLAN