‘Haram’ Nombor Satu Di Carta iTunes Selepas 5 Hari Lancar, Hael Husaini Ucap Terima Kasih Kepada..

Share

Tak sia-sia Hael Husaini ‘melamar’ Dayang Nurfaizah untuk berduet sama.

 

Semalam secara rasminya, single terbaru Hae, Haram yang menampilkan vokal Dayang Nurfaizah berjaya merampas takhta lagu nombor satu di carta iTunes Malaysia. Satu pencapaian yang dikira mantap memandangkan terdapat beberapa lagu antarabangsa lain yang turut berada dalam senarai Top 10 carta tersebut.

Carta terkini iTunes Malaysia

 

Di nombor kedua adalah single paling hangat Sufian Suhaimi, Di Matamu dan ia diikuti dengan single Achey, Yang Terindah di kedudukan kelapan. Dua lagi lagu penyanyi Malaysia yang turut tersenarai dalam Top 10 ialah Tak Pernah Hilang nyanyian Amylea dan Kaer serta Sampai Jadi oleh Joe Flizzow ‘feat’ Alif.

Dalam posting di Instagram, Hael mengucapkan terima kasih kepada peminat yang membeli single terbarunya itu di iTunes dan berharap agar mereka terus menyokong Haram. Ia diikuti dengan ucapan tahniah oleh beratus-ratus peminat Hael semalam.

Strategi Hael dan Dayang untuk memberikan persembahan eksklusif pertama Haram di pentas Anugerah Meletop Era 2018 pada Ahad minggu lalu nampak berjaya menjadikan single tersebut siulan terbaru peminat. Malah, ia juga diputarkan dengan kerap di stesen radio tempatan.

Dalam temu bual bersama akhbar Berita Harian, Hael berkongsi rasa syukurnya apabila impian untuk berduet dengan penyanyi idolanya, Dayang Nurfaizah bertukar menjadi kenyataan selepas pengurusan Dayang bersetuju dengan cadangan tersebut.

“Walaupun berdepan kekangan masa, Dayang begitu profesional. Dia komited dalam menjayakan projek ini. Begitu juga ketika penggambaran video muzik, Dayang memberikan komitmen terbaik,” kata Hael.

Video muzik Haram telah dilancarkan serentak di YouTube Rocketfuel Network dan beberapa platform lain semalam. Setakat ini, ia telah mendapat hampir 165,000 jumlah tontonan dan angka itu dijangka akan terus meningkat dalam beberapa hari ini. Cuba tengok sendiri, best tak?

 

IKLAN