
Berita penceraian pasangan pempengaruh Aireena Sofia dan Haqiem Stopa akhirnya terjawab apabila Aireena sendiri mengesahkan bahawa mereka telah bercerai talak satu pada 13 Januari 2026.
Pengesahan itu dibuat menerusi satu hantaran di akaun Threads miliknya, apabila Aireena berkongsi gambar bersama peguam selepas selesai prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Darat, Rawang, Selangor pada pagi tadi.
Aireena memuat naik sekeping foto bersama peguam sambil meluahkan rasa syukur kerana segala urusan penceraian berjalan dengan lancar.
View on Threads
“Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. Saya telah berpisah dengan si dia, pada hari ini. 13.1.2026.”
Perkongsian ringkas itu pantas mencuri perhatian pengguna media sosial dan menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen yang mengikuti perkembangan kisah rumah tangga mereka.
Sebelum pengesahan Haqiem Stopa cerai ini dibuat, rumah tangga pasangan tersebut dilanda pelbagai konflik.
Aireena sebelum ini pernah membuat pendedahan bahawa penceraian berlaku susulan dakwaan kecurangan melibatkan kehadiran orang ketiga.
Lebih mengejutkan, Aireena turut mendakwa Haqiem mempunyai hubungan istimewa dengan seorang gadis berusia 18 tahun.
Dakwaan tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat, termasuk kecaman, simpati serta perdebatan hangat di ruangan komen.
Dalam beberapa perkongsian lain, Aireena turut memohon doa daripada orang ramai dan menegaskan bahawa fokus utamanya kini adalah kebajikan serta masa depan anak lelaki mereka, Hud.
“Saya tiada apa-apa ingin disampaikan. Doakan yang terbaik untuk saya dan Hud. Apa-apa pun, dia tetap ayah kepada Hud. Perbaiki diri dan teruskan melangkah ke depan demi masa depan anak ❤️.”
Kenyataan tersebut memperlihatkan kematangan Aireena dalam mengendalikan situasi walaupun berdepan ujian besar dalam kehidupan rumah tangganya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan kata-kata semangat dan sokongan moral buat Aireena.
Ramai mendoakan agar Aireena terus kuat, tabah dan diberi ketenangan dalam membesarkan anaknya selepas melalui episod penceraian ini.
Ada juga netizen yang memuji tindakan Aireena kerana memilih untuk tidak membuka aib secara berlebihan dan lebih menumpukan kepada kebajikan anak.
Penceraian ini sekali gus menjadi penutup kepada kisah cinta Haqiem Stopa dan Aireena Sofia yang pernah mencuri perhatian ramai.
Bagi sesetengah pihak, kisah Haqiem Stopa cerai ini menjadi pengajaran tentang pentingnya kejujuran, kepercayaan dan komunikasi dalam sesebuah perkahwinan.
Walaupun hubungan suami isteri telah berakhir, ramai berharap agar kedua-duanya dapat menjalani kehidupan baharu dengan lebih baik serta mengekalkan hubungan yang harmoni demi anak mereka.
Apa pun, ramai mendoakan agar segala urusan selepas penceraian ini terus dipermudahkan, selari dengan ungkapan yang dikongsikan sendiri oleh Aireena, “Allah permudahkan segala urusan.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.