Haqiem Rusli Buktikan Penyanyi BBNU Boleh Hasilkan Album Pada Zaman Ini

Share

 

Let’s face it, bukan mudah bagi mana-mana penyanyi untuk mengejar kutipan jualan album pada zaman ini.

 

Jika di peringkat antarabangsa sekalipun, penyanyi dan band terkenal lebih kerap mempromosikan single. Inikan lagi di pasaran Malaysia yang mana jauh lebih kecil.

REMAJA tak nafikan kredibiliti beberapa penyanyi Malaysia seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah dan Yuna yang mampu mengeluarkan album demi rekod perjalanan karier serta sebagai buah tangan terbaik untuk peminat setia mereka.

Namun di kalangan penyanyi baru, masih kurang kemunculan nama-nama popular yang tampil dengan album sulung dan disebabkan itulah, REMAJA teruja apabila Haqiem Rusli mengumumkan bakal mengeluarkan album keduanya pada tahun hadapan, pada malam ini.

 

Dengan caption, “Get Ready”, Haqiem menyenaraikan 8 tajuk yang bakal dimuatkan ke dalam album yang masih belum berjudul. Ini termasuklah trek ‘Selamat Tinggal Sayang’ yang sedikit kontroversi dek kerana konflik promosi pada tahun lalu.

Antaranya termasuklah Lembah Kesepian, What I Can Do For You, Seniman, Aku Punya Hati Dan Perasaan, Senyuman, 1998 Heart dan Bangkit.

 

 

Para peminat penyanyi berusia 21 tahun ini yang dikenali sebagai Qiemilio juga meluahkan keterujaan mereka dengan memberi semangat buat Haqiem untuk menyiapkan album tersebut.

Ada yang meminta Haqiem untuk menyiapkan klip video untuk kelapan-lapan lagu, ada yang tak sabar untuk mendengar beberapa buah lagu demo seperti Senyuman dan Aku Punya Hati Dan Perasaan.

 

 

Apa-apa pun, REMAJA doakan agar segala persiapan berjalan lancar ya!

 

IKLAN