Happy Birthday Suho! Lihat Transformasinya Dari Kecil Sehingga Menjadi Oppa Kacak

Share

 

Ketua grup Korea, EXO iaitu Suho hari ini menyambut hari lahirnya yang ke 28 dan kami tak mahu lepaskan peluang mengimbas kembali imejnya sejak kecil hinggalah menjadi oppa yang kacak sekarang!

 

Dilihat sebagai salah seorang ketua grup yang paling beradab, tertib perlakuannya dan berkelakuan baik, Suho mudah untuk mengambil hati peminat EXO lain dan peminat barunya.

Setelah melebarkan sayap ke bidang lakonan pula, Suho tentunya merupakan antara selebriti Korea lelaki paling diminati terutamanya apabila dia diundi sebagai selebriti lelaki Korea kesembilan paling kacak pada tahun 2018.

Tapi macam mana agaknya rupa Suho semasa kecil? Jom tengok!

01

Dilahirkan sebagai Kim Junmyeon, Suho memang dilahirkan sebagai bayi yang sangat comel pada 22 Mei 1991.

 

02

Daripada kecil lagi sudah nampak bentuk jawline dan bentuk muka Suho yang runcing.

 

03

Masa tengah sibuk belajar pun helok juga ke? Eh! Hehe..

 

04

Pernah tak korang ada kawan yang mempunyai wajah yang lebih kurang sama je dari zaman sekolah sehinggalah dah besar panjang? Yes, Suho adalah salah seorang daripada golongan rare itu.

 

05

Percaya tak, ini wajah Suho 9 tahun lalu semasa hari konvokesyennya, pada zaman pre-debut.

 

06

Zaman trainee weh. Selepas memasuki program trainee pada tahun 2005 melalui S.M Entertainment, dia pernah berkawan rapat dengan Taemin dan mendiang Jonghyun daripada grup SHINee. Namun apabila mereka terlebih dahulu membuat kemunculan sebagai sebuah grup, Suho mengakui dia merasa keseorangan pada waktu tersebut.

 

08

Sebelum melakukan debut, Suho sudah rapat dengan ahli EXO lain di bawah syarikat yang sama seperti Chanyeol, Kai, Sehun dan Johnny dari NCT.

 

09

Setelah pencapaian menakjubkan EXO dengan single Growl sehingga menjadi salah satu grup lelaki Korea yang paling popular bagi generasinya, Suho juga kelihatan lebih yakin dengan penampilan diri sendiri. Ketua grup ini beralih daripada imej keanak-anakannya kepada imej yang lebih maskulin dan mengancam ramai peminat wanita!

 

10

Graf kerjaya Suho dilihat semakin menaik secara konsisten dengan pembabitannya di dalam bidang lakonan pula. Pertama melalui muzikal The Man Who Laughs, dan diikuti dengan lakonan sebagai CEO di dalam Rich Man, Poor Woman.

 

Apa pun, REMAJA ucapkan Happy 28th Birthday kepada Suho!

Harapnya Suho akan terus bertahan sebagai bintang lelaki baru dalam bidang nyanyian dan lakonan untuk jangka masa yang lama.

 

IKLAN