“If you are having the worst day ever, just remember better days are coming..” – Cupcake Aisyah
Tiada apa yang membuatkan kami lebih gembira melainkan apabila melihat remaja dari Malaysia berjaya dalam bidang masing-masing. Tanpa mengira usia, minat, bakat dan latar belakang, jika korang tahu apa yang ingin dilakukan untuk masa depan – quoting NIKE here ( this is not a sponsored ad ) – just DO IT bermula sekarang!
Salah seorang remaja yang mudah disukai ramai ialah Vlogger, Cupcake Aisyah. Menerusi akaun YouTube dan media sosial, netizen pantas tertarik dan terpikat dengan idea video yang dimuat naik olehnya serta cara Aisyah melayan followers serta
Aisyah bersama Johanis Sani (kiri) semasa menerima anugerah Instafamous 2017.
Sempena hari lahir ke-18 minggu ini, we feel that it is perfectly timely untuk kami senaraikan 5 video Aisyah yang paling kami gemari.
Of course, ini bukanlah mengenai video mana yang paling popular. Cuma kami rasakan inilah video yang wajib kamu tonton.
05
Kesemua Video Room Tour
Aisyah sinonim dengan video Room Tour. Setiap tahun pasti akan ada video Room Tour atau House Tour baharu sehinggakan kami pun tak dapat memilih mana yang paling best.
Jadi, kami compile-kan kesemuanya di tangga kelima. Antara yang paling kami gemar menonton semula beberapa kali ialah video Room Tour 2017. Mungkin kerana pada waktu itu, dia cuma berbekal sebulan saja sebelum ‘terbang’ ke United Kingdom bagi menyambung pelajaran.
Ads
04
Video Influence Asia 2017
Untuk pertama kalinya, Aisyah dicalonkan untuk anugerah Influence Asia bagi kategori Top Lifestyle Influencer (Malaysia – tahun 2017).
Bertempat di KLCC, kami masih ingat sewaktu Aisyah menaiki pentas bagi menerima anugerah tersebut. Walaupun tak mengharapkan akan menang, Aisyah buktikan dia mempunyai jumlah peminat yang cukup ramai.
“OMG, there is so banyak orang. Hi!” What a classic Aisyah moment.
Lewat tahun lalu pula, Aisyah sekali lagi membawa pulang satu lagi anugerah dari Anugerah Instafamous 2017.
Ads
03
Kesemua Video London Haul
Sama seperti koleksi video Room Tour, Aisyah juga pasti akan memuat naik video London Haul pada setiap tahun.
Apabila berkunjung ke sana bersama keluarga, Aisyah akan mencuri masa untuk shopping. Dah ada dekat sana, mestilah kena grab barang murah dan jenama yang tiada di sini! Jeans, baju, dress, moisturizer, mekap, buku nota, botol air, sneakers dan macam-macam lagi barangan comel akan dibawa pulang olehnya.
Setelah empat tahun tidak ke Jepun, Aisyah kembali melancong ke sana selama 6 hari pada bulan ini. Salah satu video kegemaran kami adalah semasa dia ke Universal Studios Japan. Selain dapat melihat rides yang dinaiki bersama mama dan Kenny, Aisyah juga membuatkan kami teringin untuk ke USJ, soon insyaAllah!
To be honest, kami terlebih dahulu menonton video best friend Aisyah iaitu Jo Sani ketika dia ke sana. Dan disebabkan video tersebutlah, kami tak sabar menanti giliran Aisyah and it is worth waiting.
See, korang pun boleh have fun dengan mama di taman tema.
01
Video Sebelum Ke UK
Say what you want, tapi bukan mudah okay untuk belajar ke luar negara seorang diri.
Video ini adalah antara video paling pendek yang pernah dimuat naik olehnya, tetapi kami suka melihat keakraban Aisyah dengan ahli keluarga dan kucingnya, Percy.
Happy Birthday sis!
Okay, video mana paling korang gemari selain 5 video ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Episod pertama program realiti baharu yang juga merupakan yang pertama seakannya di Asia Tenggara iaitu All Together Now Malaysia telah mencetuskan viraliti sejak ia mula ditayangkan Ahad lalu.
Rata-rata penonton mempunyai pendapat masing-masing terhadap program yang menggabungkan 50 orang selebriti pelbagai lapisan sebagai juri. Ada yang merasakan peserta yang dipilih berkualiti, ada yang tidak berpuas hati dengan pihak juri.
Namun salah satu perkara yang paling hangat diperkatakan adalah soal Prosedur Operasi Standard (SOP) yang didakwa warganet terang-terangan dilanggar biarpun program itu telah dirakamkan terlebih dahulu sekitar bulan April lalu sewaktu Wilayah Persekutuan Putrajaya masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Ya, 50 orang juri yang ditempatkan di platform bertingkat itu duduk pada jarak 1 meter di antara satu sama lain. Bagaimanapun, mereka sama sekali tidak menyarungkan pelitup muka sebagai langkah pencegahan berkesan mengatasi penyebaran wabak COVID-19
Dek kerana laporan yang diterima daripada orang ramai ini, satu portal tempatan pagi tadi melaporkan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan dakwaan pelanggaran SOP sepanjang rakaman program berkenaan.
Neeta Manisha yang juga merupakan salah seorang juri All Together Now Malaysia yang mengambil langkah berjaga-jaga memakai face shield sebelum menanggalkannya semasa proses rakaman.
Dan sebentar tadi, pihak penerbitan rancangan All Together Now Malaysia (ATNM) telahpun mengambil keputusan untuk menghentikan tayangan program tersebut sehingga selesai siasatan dakwaan berlakunya pelanggaran SOP.
Kata Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro iaitu saudara Raqim Ahmad, rakaman ATNM dilakukan pada Mac hingga April lalu di sebuah pusat konvensyen antarabangsa di Putrajaya sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 disusuli dengan perintah fasa pertama ‘Total Lockdown’.
Memetik kenyataan Raqim, “Kru penerbitan telah menjalankan ujian calitan COVID-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula dan mereka yang berstatus negatif saja dibenarkan mengendalikan rakaman.
“Set yang dibina juga telah mengambil kira penjarakan fizikal di antara juri dan diletakkan penghadang lutsinar di antara mereka,” ujarnya.
Siri animasi legenda Malaysia yang amat popular sejak lebih dua dekad lalu dilaporkan bakal diangkat ke layar perak.
Justeru, Studio filem, Astro Shaw Sdn. Bhd akan mengadakan satu sesi ujibakat bagi mencari watak lelaki utama untuk filem live-action animasi legenda tanah air, Keluang Man.
Pengumuman berkenaan dibuat menerusi platform Instagram rasmi Astro Shaw.
“Adakah anda KELUANG MAN yang kami cari? Jom join ujibakat sebelum 13 Ogos 2023 untuk watak utama bagi membintangi filem akan datang terbaru kami, KELUANG MAN!
“Untuk maklumat lanjut, sila tekan link yang tertera di bio Astro Shaw!” kongsinya.
Hantaran terbabit telah disertai sekeping poster yang memuatkan kriteria-kriteria watak utama yang dicari-cari.
Antaranya, peserta mestilah seorang lelaki, berusia dalam lingkungan 21 tahun hingga 40 tahun, fasih berbahasa Melayu dan berbadan tegap.
Selain itu, memiliki asas mempertahankan diri juga merupakan satu nilai tambah bagi peserta-perseta yang ingin mencuba nasib.
Bagi menyertai ujibakat tersebut, peserta perlu menghantar video pengenalan diri dengan durasi maksimum tiga minit menerusi kod QR yang terpampang pada poster ujibakat.
Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sesi ujibakat ini, anda boleh layari laman web rasmi Keluang Man.
Calon yang terpilih dalam senarai pendek akan mendapat notifikasi dari pihak produksi. Mereka akan diberikan penerangan tentang ciri-ciri karakter untuk proses uji bakat fasa kedua secara fizikal di Kuala Lumpur/Selangor.
Seramai 10 individu yang memiliki bakat terbaik akan dipilih untuk saringan fasa ketiga sebelum pihak produksi mendedahkan siapa yang berjaya membawa watak Keluang Man.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon dan pelawak terkenal, Jim Carrey atau pemilik nama sebenar James Eugene Carrey baru-baru ini kembali mencuri perhatian ramai apabila tampil menepis dakwaan liar yang mendakwa dirinya digantikan ‘penyamar’ ketika menghadiri Anugerah Cesar 2026 di Paris pada 26 Februari lalu.
Hal itu susulan kehadirannya ke majlis berprestij berkenaan bagi menerima Anugerah Cesar Kehormat yang sepatutnya menjadi momen penghargaan terhadap legasi seninya, namun bertukar kecoh apabila wujud teori konspirasi di media sosial mendakwa individu di atas pentas bukan dirinya yang sebenar.
Dalam pada itu, bagi menjernihkan keadaan, wakil publisiti beliau, Marleah Leslie, mengeluarkan kenyataan rasmi kepada media hiburan antarabangsa seperti Rolling Stone dan Page Six.
“Jim Carrey menghadiri Anugerah Cesar, di mana beliau menerima Anugerah Cesar Kehormat,” katanya.
Kenyataan ringkas namun jelas itu sekaligus menafikan dakwaan kononnya pelakon berusia 64 tahun itu digantikan individu lain, memakai topeng prostetik atau lebih ekstrem lagi, ‘diklon’ seperti yang tular di media sosial.
Menurut Ketua Delegasi Umum Anugerah Cesar, Gregory Caulier turut menyifatkan spekulasi tersebut sebagai tidak berasas dan tidak sepatutnya menenggelamkan kepentingan majlis berkenaan. Tambah beliau, kehadiran Carrey telah dirancang sejak musim panas tahun lalu dan pelakon itu mengambil masa berbulan-bulan membuat persediaan termasuk berlatih menyampaikan ucapan dalam bahasa Perancis.
Jelasnya, Carrey hadir bersama keluarga dan rakan terdekat termasuk pengarah Michel Gondry, sekaligus mengukuhkan bahawa individu di pentas itu sememangnya beliau. Selain itu, usahanya menyampaikan ucapan penuh dalam bahasa Perancis turut menerima pujian daripada pihak penganjur.
Spekulasi berkenaan tercetus apabila segelintir pengguna media sosial mendakwa perubahan pada wajah, ekspresi serta tona suaranya kelihatan berbeza. Faktor beliau jarang muncul di khalayak umum selain gaya lebih tenang dan formal berbanding persona komedinya sebelum ini turut menyumbang kepada persepsi tersebut.
Pada masa yang sama, perkongsian artis transformasi, Alexis Stone, yang memuat naik kandungan menyerupai wajah Carrey juga dilihat lebih mengeruhkan keadaan.
Walau bagaimanapun, di sebalik kontroversi itu, Carrey tetap diraikan dalam suasana penuh emosi apabila beliau menyentuh tentang susur galur keturunannya dari Saint-Malo serta memberikan penghormatan kepada mendiang bapanya.
Penganjur juga menyifatkan kemunculannya sebagai detik bersejarah yang menutup mulut spekulasi dan mengangkat kembali fokus kepada sumbangan besarnya dalam industri perfileman antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!