
Hujan lebat yang mula melanda negara akhir-akhir ini membawa kepada tragedi apabila berlaku kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan sebuah hotel yang terletak di kawasan gunung iaitu Banjaran Hot Spring, Tambun, Perak runtuh tengah malam tadi.
Dalam kejadian jam 1.28 pagi tadi, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian menimpa dua mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan yang menginap di hotel tersebut.
"Kami segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bagi kerja menyelamat sebaik menerima panggilan mengenai kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.





Dalam usaha mencari itu, pasukan penyelamat turut menemukan dua pasang kasut sukan dipercayai milik kedua-dua mangsa di kawasan kejadian.
Beliau berkata sehingga kini pasukan bomba masih giat menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa manakala maklumat lanjut mengenai mangsa belum dikenal pasti. Sumber : BERNAMA / Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Remaja Rusia 17 Tahun Dibunuh Rakan Sekelas Kerana ‘Bangga Dengan Kecantikan Sendiri’

Di Rusia, jika seseorang itu terlalu cantik dan ‘mengancam’ pelajar perempuan lain kerana bangga dengan kecantikannya, dia mungkin sekali akan dibunuh.
Err..
2 orang remaja perempuan ditangkap di Rusia atas siasatan pembunuhan seorang rakan karib dan bekas rakan sekelas mereka disebabkan dia “terlalu cantik”.
Mayat mangsa, Viktoria Averina, 17 yang lebih dikenali sebagai Vika menjadi bahan bualan media Rusia setelah dia ditemui di sebuah bangunan tinggalan di Arkhangelsk, Rusia.

Apa yang menyedihkan adalah rupa mayat yang teruk dihancurkan. Wajahnya hampir tidak boleh dikenal pasti selepas ia terkoyak dengan kesan kaca pecah. Mangsa juga dipercayai teruk diseksa sebelum dicekik hingga mati.
Pada awalnya, pihak polis Rusia mengesyaki pembunuhan ini adalah perbuatan lelaki gila yang menyukai Vika. Namun lain pula cerita selepas siasatan dilakukan.
Suspek dikenali sebagai Lina dan Irina iaitu rakan sekelas Vika. Lebih mengejutkan apabila mereka mengaku melakukan jenayah kejam itu.


Menurut Lina dan Irina, Vika sering bongkak dengan rupa paras dan kulit cerahnya. Dia sering merasakan dirinya lebih bagus daripada pelajar lain dan nampaknya, Lina serta Irina tidak menyukai sifat bongkak tersebut.
Kedua-dua suspek ‘memancing’ Vika ke sebuah bangunan tinggalan dan di situlah lokasi jenayah akhir. Salah seorang daripada mereka memegang Vika manakala seorang lagi menyerahkan objek tajam dan berbahaya kepada si pembunuh.
Mereka memecahkan botol kaca pada kepala mangsa dan menghiris kaca ke muka mangsa.
Okay, ngeri!


Laporan berkata Vika sempat menghantar mesej kepada seorang rakannya untuk meminta dia memasukkan baki kredit ke telefon Vika kerana dia ingin menelefon ibu sebelum dibunuh.
Berbeza dengan kes pembunuhan di Malaysia, jika Lina dan Irina didapati bersalah, mereka hanya akan dipenjara selama 15 tahun dan tidak berdepan dengan hukuman gantung sampai mati.
*
Bagi penulis, kes ini mengajar kita untuk sentiasa berhati-hati dengan kawan di sekeliling. Mungkin mereka nampak ramah dan mesra, tetapi dalam diam mereka memendam rasa tak puas hati sehingga bertindak gila.
Sumber: Daily Mail
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Empat PPV Dibuka Secara Walk In Untuk Terima Dos Penggalak Bermula Hari Ini

Suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 sedang giat diberikan kepada masyarakat bagi meningkatkan kembali kadar imuniti rendah selepas keberkesanan vaksin semakin menurun.
Dos penggalak dikatakan boleh menjadi benteng ketahanan imuniti badan daripada risiko jangkitan dan penularan COVID-19.

Antara individu yang diutamakan untuk mendapat dos penggalak adalah seperti berikut:
- Petugas barisan hadapan
- Individu berusia 40 tahun dan ke atas
- Individu berusia 18 dan ke atas yang mempunyai komorbiditi
- Penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang
- Keperluan ke luar negara
- Ibu mengandung
Bagi yang belum mendapatkan dos penggalak ini, sebanyak empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang menawarkan perkhidmatan vaksinasi dos penggalak secara walk in kepada golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas bermula hari ini.
Empat PPV tersebut adalah termasuk PPV World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur, PPV Axiata Arena, Bukit Jalil, PPV Ideal Convention Centre, Shah Alam dan PPV Dewan Sokka Gakkai, Klang.

Hal ini bertujuan untuk mempertingkan kadar pengambilan dos penggalak selain memastikan lebih ramai penduduk di Lembah Klang mendapat perlindungan imuniti yang optimum terhadap jangkitan COVID-19, termasuk ancaman varian Omicron.
Vaksin yang akan diberikan di PPV Lembah Klang adalah AstraZeneca. Namun, vaksin Pfizer juga akan dibekalkan bagi individu tertentu seperti ibu hamil yang telah menerima janji temu atau individu yang mempunyai kontraindikasi terhadap AstraZeneca.


So guys, sekiranya korang masih belum mendapatkan dos penggalak, boleh terus walk in ke empat PPV ini okay? Semoga kita berjaya mengekang virus ini dari terus menular.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
8 Fakta Yang Mungkin Korang Tak Tahu Tentang Tommy Thomas, Peguam Negara

Kecoh baru-baru ini tentang perlantikan Peguam Negara yang mendapat bantahan masyarakat terutamanya umat Islam kerana bimbang hak mereka terancam bila jawatan itu bakal diserahkan kepada individu bukan Islam.
Walau bagaimanapun, pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara telah pun mendapat perkenan dari Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Berikut kami sertakan 7 fakta yang mungkin korang tak tahu tentang Tommy Thomas.

1. Graduan dari University of Manchester & London School of Economics
Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 1952, Tommy Thomas pernah bersekolah di Pasar Road English School dan Victoria Institution.
Beliau menamatkan pelajaran di University of Manchester pada 1973 dan menjadi seorang peguam (Middle Temple) pada tahun berikutnya. Pada 1975, beliau menuntut di London School of Economics seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana (Masters).
2. Mempunyai Firma Undang-Undang- Penasihat & Peguamcara Tommy Thomas
Memulakan kerjaya di Skrine & Co. dan menjadi rakan kongsi pada 1982. Seterusnya, pada tahun 2000, Tommy Thomas telah menubuhkan firma guaman yang melakukan perkara-perkara litigasi secara eksklusif di England.

3. Menjadi peguam selama lebih 40 tahun
Sepanjang berkhidmat lebih daripada 40 tahun sebagai peguam, Thomas telah berhadapan dengan lebih daripada 150 kes yang dilaporkan dan tidak dilaporkan.
Beliau telah dipilih secara konsisten sebagai salah satu penasihat undang-undang di Malaysia penerbitan antarabangsa bebas seperti The Asia Pacific Legal 500, Which Lawyer, Who’s Who Legal (The International Who’s Who of Business Lawyers) dan Commercial Litigation Lawyers of Asia and Chambers Asia.
4. Pernah berkhidmat dalam Majlis Peguam
Thomas berkhidmat dalam Majlis Peguam (The Malaysian Bar Council) dari 1984 hingga 1988 dan dari 1993 hingga 2001. Beliau telah dipilih sebagai Setiausaha dari 1995 hingga 1997. Thomas juga menjadi ahli (Prosiding Tatatertib) Jawatankuasa Kajian di bawah Pengerusi Tun Hussein Onn dan menulis Reports pada tahun 1998.

5. Penulis buku undang-undang terkenal
Selain menjadi seorang peguam, Thomas juga pernah menulis dua buah buku yang bertajuk Anything But The Law dan Abuse of Power yang menyentuh tentang perlembagaan, ekonomi dan politik.
6. Peguam untuk MH 370 dan MH 17
Thomas mewakili keluarga kepada 76 penumpang MH370 yang menfailkan tuntutan terhadap Malaysia Airlines di atas kehilangan pesawat tersebut pada 2014.
7. Antara peguam terbaik Malaysia
Beliau antara peguam yang menjalankan tugas-tugasnya dengan baik sehingga ada yang menggelarkannya sebagai peguam terbaik Malaysia.

Tak kiralah siapa pun yang dipilih untuk menjadi Peguam Negara, rakyat Malaysia berharap agar tanggungjawab ini digalas sebaiknya dan semoga keadilan dapat ditegakkan.
Sumber: thecoverage.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

