Aduh, orang lain buat squat untuk bersenam. Lain pula ceritanya apabila seorang pelajar sekolah vokasional di Sichuan, China alami kecacatan kekal akibat melakukan lompatan squat sebanyak 150 kali.
Hanya disebabkan ada snek makanan di katil, pelajar malang tersebut diarahkan oleh ketua pelajar melakukan ketuk ketampi sebanyak 300 kali.
Foto Kredit: AsiaWire
Namun, mangsa menafikan makanan itu adalah miliknya dan memaklumkan bahawa dia pernah mengalami kecederaan kaki pada April 2020. Tidak menghiraukan pelajar tersebut, ketua pelajar itu didakwa tetap berkeras menyuruh mangsa meneruskan ketuk ketampi di bawah pemantauan seorang guru yang didakwa tidak menghentikan kekerasan berkenaan.
Ads
Akibat dari insiden tersebut, mangsa dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan serius pada kaki selain diberitahu akan mengalami cacat kekal dan sekarang perlu menggunakan tongkat untuk berjalan.
Memetik The Sun, ibu mangsa menyatakan insiden berlaku pada tarikh 10 Jun lepas. Malah, pelajar perempuan ini turut disahkan mengalami depresi susulan peristiwa itu serta perlu berjalan menggunakan topang.
Ads
Foto Kredit: AsiaWire
Pihak sekolah mengakui bersalah dan ingin bertanggungjawab di atas tragedi itu dengan menawarkan RMB 109,774 (kira-kira RM71,236) kepada keluarga mangsa namun ditolak, tulis portal itu. Sementara itu, guru yang terlibat dilaporkan telah dipecat pada 14 Julai lalu manakala siasatan masih berjalan.
Ads
Aduh, teringat pula cikgu penulis dulu selalu rotan kalau buat kesalahan tapi tidaklah sampai cedera.
Ekoran daripada penangguhan pendaftaran fizikal kepada pelajar IPT baru-baru ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan memberikan RM100 melalui inisiatif UiTM Prihatin kepada penuntut yang terpaksa berpatah balik ke kampung selepas mendaftar di institusi tersebut.
Bantuan yang sama turut diberikan kepada penuntut yang sudah mendaftar dan terus tinggal di kolej kediaman serta di luar kolej kediaman UiTM Shah Alam dan kampus cawangan ketika ini. Pengurusan tertinggi universiti juga bersetuju memberi pengecualian bayaran kolej bagi bulan ini kepada semua penuntut yang memilih untuk terus tinggal di kolej kediaman UiTM Shah Alam dan kampus cawangan.
Gambar hiasan
Terdapat 3,252 penuntut yang direkodkan datang mendaftar secara fizikal pada Khamis hingga Sabtu lalu dengan 940 memilih untuk terus kekal di kolej kediaman UiTM.
Naib Canselornya, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim turut berkata inisiatif dan insentif yang dilaksanakan itu selari dengan saranan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad supaya IPT memahami kesulitan dan kekangan yang dihadapi penuntut.
Selain itu juga, pihak UiTM memberi jaminan kebajikan dan keselamatan penuntut akan sentiasa dipantau dan diberikan keutamaan. Diharap dengan inisiatif yang dilakukan ini dapat memberikan semangat untuk pelajar lebih tenang dan tabah dalam meneruskan pengajian mereka.
Setelah berjaya mencipta sejarah dengan mencatatkan angka jualan lebih RM1 juta dalam tempoh 3 minit 39 saat, pempengaruh media sosial terkenal Khairul Aming kini kembali menjadi bualan ramai.
Hal ini bermula menerusi perkongsian video di TikTok oleh @kedaiemassriindah_ yang menunjukkan Khairul Aming bersama ibunya datang ke kedai berkenaan untuk membeli barangan kemas.
Difahamkan, Khairul Aming menghadiahkan ibu tersayangnya beberapa bentuk barangan kemas.
“Hey, whats up guys. Tak dapat beli dendeng berapi pun tidak mengapa lah, dapat tengok founder dendeng berapi walk in kedai pun jadilah. Thank you @Khairulaming beli emas buat ibu tersayang,” tulis pemilik akaun TikTok itu.
Namun apa yang mencuit hati adalah apabila ruangan komen video tersebut dibanjiri hasrat dan permintaan dari kaum wanita yang ingin menjadi menantu kepada ibu usahawan Sambal Nyet tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Khairul Aming
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat rakyat Malaysia, kit ujian kendiri COVID-19 kini boleh didapati dengan hanya harga serendah RM6.90 seunit di pasar raya, rangkaian kedai serbaneka dan stesen minyak tertentu.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia susulan langkah perluasan penjualan kit ujian kendiri itu secara berperingkat termasuk di pasaraya, rangkaian kedai serbaneka dan stesen minyak.
Walaupun KPDNHEP dimaklumkan harga yang ditawarkan adalah serendah RM6.90, namun ada yang menjualnya pada harga lebih rendah seperti rangkaian kedai serbaneka KK Supermarket yang menawarkannya pada RM6.60 seunit.
Sebelum ini, kit ujian kendiri COVID-19 yang menerima kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dijual di klinik dan premis farmasi yang terpilih. Kerajaan menetapkan harga runcit maksimum bagi kit berkenaan pada harga RM19.90 dan harga borong RM16.00 seunit, berkuat kuasa 5 Sept lepas.
Boleh dikatakan hampir RM10 harga dikurangkan daripada harga sebenar kit ujian kendiri. Dengan pengurangan harga ini, diharap ia tidak lagi menjadi beban buat masyarakat untuk mendapatkan kit ujian kendiri bagi melakukan saringan COVID-19 di rumah.