Hanya 45 Minit Perjalanan, Kereta Api Laju Jakarta-Bandung Dijangka Siap Tahun Depan

Share

Jika sebelum ini masyarakat Malaysia kagum dengan kereta api laju yang terdapat di Jepun, kini tak perlu pergi jauh, negara jiran kita Indonesia bakal melancarkan perkhidmatan pengangkutan awam itu dengan menghubungkan dua kota favorite rakyat Malaysia, Jakarta dan Bandung.

Khabarnya, Projek Kereta Cepat Indonesia (KCID) sedang dalam fasa pembangunan dan bakal memiliki landasan sepanjang 142.3 kilometer yang membolehkan kelajuan perjalanan sehingga 350 km/j.

Ia secara tidak langsung dapat memendekkan jangka masa perjalanan dari 3 jam menerusi keretapi biasa menjadi 45 minit sahaja dengan kereta api laju ini.
Wow, menarik kan?

Indonesia juga menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mempunyai landasan sepanjang 142.3 kilometer dengan kelajuan mencecah sehingga 400 km/j, menggunakan model kereta api peluru CR400AF yang diperoleh daripada CRRC.

Kereta api laju ini terdiri daripada lapan gerabak sepanjang 209 meter dan berupaya membawa sehingga 556 orang penumpang pada satu masa. Ia juga mempunyai kemudahan lain antaranya seperti tempat duduk VIP dan kelas pertama, ruang makan, tandas dan mesra OKU. Projek kereta api laju ini dijangka siap menjelang tahun hadapan.


Ha, mesti ramai yang dah tak sabar dan berharap agar sempadan negara dibuka kan? Marilah sama-sama kita berdoa agar wabak pandemik COVID-19 ini tidak terus menular.

Sumber: (1), (2)

IKLAN