Fuh, ingatkan teknologi GGi di Malaysia je yang semakin hebat.
Rupa-rupanya, skil solekan untuk filem dan drama tempatan pun memang terbaik!
Buktinya adalah solekan yang dilakukan untuk watak hantu perempuan yang korang tonton di dalam filem Munafik 2. Siapa sangka di sebalik kostum dan solekan hantu itu, pelakonnya iaitu Shahidan Izwan Mohd Ali atau Iwang Ali sebenarnya ‘helok’ korang… *drools*
Pengarah Munafik 2 dikatakan memang mencari pelakon yang mampu membawakan watak hantu sejak filem Munafik 1 lagi. Bila Syamsul terserempak dengan Iwang semasa dia menemankan kawan di set penggambaran, terus pengarah itu menawarkan watak hantu tersebut kerana fizikal Iwang yang tinggi.
Kiranya, Iwang telah bawakan watak tersebut sejak Munafik 1 lagi. Cuma kita je yang tak nampak rupa sebenar dia sebab telah dimekap tebal. Mesti kena ambil masa yang lama kan di bilik mekap?
“Saya kena habiskan masa berjam-jam untuk mekap saja! Tapi cabaran sebenar adalah semasa berlakon kerana semua orang datang ke pawagam untuk menonton sama ada wakak seramnya menakutkan atau tak.
“Antara babak paling mencabar adalah semasa saya perlu menyelam dan mencekik abang Syamsul di dalam sungai. Dah lah sejuk, sungai pun dalam. Saya cepat-cepat nak habiskan babak itu, dan nasib baik abang Syamsul puas hati dengan performance saya pada masa itu, katanya yang kini bertugas di radio Era sebagai salah seorang ahli pasukan ‘Dak Dak Era’.
Pelakon muda berdarah kacukan Malbarri dan Melayu ini juga berkata dia teringin untuk membawa watak lain kalau diberi kesempatan. Iyalah, tak kan nak jadi hantu sampai bila-bila Hehe..
Apapun, good job Iwang!
Meremang jugalah kami dalam pawagam semasa menonton Munafik 2.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Betullah kata pepatah anak-anak merupakan gambaran serta acuan yang diberikan oleh ibu bapa.
Sebagaimana kita tahu, Nana dilihat sering mengenakan fesyen oversized yang menarik perhatian netizen namun masih menjaga aurat sebagai seorang wanita muslimah. Dia juga bijak berfesyen dengan imejnya sekarang.
Hal ini sama seperti yang dilalui pengacara popular, Nana Mahazan yang terkejut apabila puteri sulungnya, Althea Raqeem Brian yang berusia 12 tahun mahu memakai tudung.
Menurut laporan, dia tidak mengambil serius tentang keinginan Althea ebelum ini, tetapi bersyukur anaknya yang berusia 12 tahun itu sudah empat bulan memakai tudung.
“Dia membuat keputusan itu tanpa sebarang paksaan. Pada awalnya dia bertanya kepada saya adakah setiap wanita perlu memakai tudung selepas datang haid.
“Saya pun menjawab pertanyaannya itu dan memberitahu pemakaian tudung ini adalah wajib bagi wanita untuk menutup aurat. Tapi saya maklumkan padanya yang saya pun mula pakai tudung sejak tahun lalu.
“Ketika saya belum bertudung, dia tidak pernah bertanya mengenai perkara ini. Tapi mungkin selepas melihat saya sudah mula bertudung…
“…dan rakan-rakan sekolahnya pun sama membuatkan banyak persoalan bermain dalam fikirannya,” kata pengacara berusia 39 tahun itu.
Nana yang juga seorang usahawan berkata, dia gembira dan teruja dengan tindakan dilakukan puteri kesayangan dan berharap Althea kekal istiqamah.
“Mestilah saya seronok apabila anak nak buat perkara baik. Bayangkan saya beli 14 helai tudung apabila dapat tahu dia nak bertudung.
“Malah saya juga sanggup keluarkan tudung edisi khas sempena nama anak saya kerana dia minat warna-warna yang lebih selamat untuk kegunaan harianya. Apapun keputusannya saya nak dia tahu yang saya sentiasa menyokong dan sanggup buat apa saja. Saya juga bersyukur…
Moga Althea terus istiqomah menjadi muslimah sejati dan cantik seperti ibunya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nur Fazura antara bintang wanita yang cemerlang dalam bidang perniagaan mahupun lakonan. Berdiri sama tinggi dengan pelakon ternama yang lain, Fazura sentiasa menunduk ke bumi sejak di awal kemunculannya di layar skrin sehingga kini.
Usai dua dekad menabur nama dalam industri seni tanah air, wajah aktres jelita ini kini dilihat sudah jarang kali menghiasi di kaca televisyen. Adakah dia terasa hati mahupun kecewa dengan industri?
Menurut tuan empunya badan sendiri, bukan enggan membuat kemunculan semula menerusi naskhah tempatan, namun dek kerana streotaip jalan cerita yang sama membuatkan pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin ini lebih selektif dalam memilih karakter untuk dilakonkan.
“Tidak dinafikan banyak juga, sedihlah setiap kali dapat tawaran saya gembira sangat, nak berlakon. Tetapi bila dapat skrip, alamak sama sahaja berebut lelaki. Agak terkilan sedikitlah. Itulah sebabnya saya sudah tidak lama berlakon. Jadi saya buatlah produksi sendiri sekarang, bolehlah buat apa-apa yang saya nak.
“Pastinya Fazura Pictures Sdn Bhd ini kita memang rancang untuk berkembang lagi. Faz pun sudah lama tidak berlakon kerana mungkin watak-watak yang diberikan adalah sama sahaja. Kebanyakan naskhah sekarang pun dua wanita berebut lelaki, jadi saya tidak mahu lakukan itu.
“Selain ramai peminat yang merindukan lakonan saya, itulah bukan tidak mahu berlakon tetapi karakter yang saya dapat sememangnya apa yang saya cakap tadi iaitu saya tidak mahu buat. Takkanlah dua perempuan asik nak berebut lelaki sahaja. Jadi dengan produksi ini, saya nak buat apa yang saya nak,” katanya ketika ditemu bual.
Di samping itu, dengan memiliki produksi sendiri iaitu Fazura Pictures Sdn. Bhd, isteri kepada aktor terkenal, Fattah Amin ini bebas untuk berkarya selain ingin mengangkat berkaitan women empowerment menerusi karya seterusnya yang bakal diterbitkan bagi ‘memecahkan’ stigma sedia ada dalam naskhah yang sama disajikan pada masa ini.
“We like that in Malaysia. Seperti yang saya cakap, sedih sebenarnya melihat industri kita terlalu banyak mengeluarkan filem-filem atau naskhah yang berulang kali jalan ceritanya sama sahaja. Setiap hari kita tonton drama itu terlalu banyak di kaca televisyen. Tidak tahulah bila mahu berubah.
“Jika kita lakukan benda yang sama, bagaimana kita mahu kembangkan minda penonton-penonton kita. Jika lakukan yang sama, sebab itulah tercetusnya perkara yang tidak sepatutnya berlaku pada masa ini. Saya harap ramai lagi penerbit di luar sana yang berani keluar dari zon selesa itu bikin cerita yang berbeza untuk kita boleh mendidik penonton selain alihkan stigma yang sama kepada stigma yang baharu.
“Bagi saya bila kita mengangkat martabat wanita? Jadi ya, Insya-Allah itu adalah matlamat saya untuk memartabatkan lagu kaum wanita, women empowerment ini memang tujuan saya. Jadi untuk produksi saya ini, saya mahu hasilkan lebih banya lagi cerita-cerita yang memang saya nak lakukan sendiri dengan menghasilkan cerita berbeza sebelum ini. Ya Insya-Allah dapat hasilkan lebih banyak lagi,” ujarnya.
‘Saya beri peluang juga kepada pelakon baharu’
Sebagai pemilik sebuah produksi, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menetapkan syarat untuk mengutamakan khidmat pelakon berbakat selain pendatang-pendatang baharu yang benar-benar komited untuk menggilap kebolehan.
Katanya, bukan mahu bersikap selektif, tetapi dia percaya ramai pelakon berbakat wajar diberi peluang untuk menyinar asalkan mereka sedia berusaha ke arah itu.
“Sudah pastinya saya memang bercadang akan libatkan dengan pelakon lain. Projek seterusnya nanti saya nak melibatkan semua rakan wanita saya dalam industri ini. Saya buka juga kepada sesiapa saya, tentunya yang berbakatlah Insya-Allah.
“Tetapi pelakon-pelakon baharu pun saya terbuka dan beri peluang kepada mereka. Pada masa sama mungkin dapat bantu mereka untuk dari segi lakonan. Selain itu, mereka ada usaha untuk belajar, bukannya datang ke set.
“Tetapi nak jaga rupa tetapi lakonan whatever whatever sahaja. Itu yang paling penting, asalkan ada usaha kesungguhan dan niat yang baik,” katanya.
Baru-baru ini, Fazura tampil dengan dua karya pendek yang berjudul Adinda yang menampilkan Fattah Amin dan Wana Ali serta Kakak Kita Ke Jakarta arahan Bahri Umaraif. Pelakon itu juga memperkenal koleksi Aidilfitri 2023 iaitu baju kurung Pahang dan koleksi tudung untuk digayakan pada hari raya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.