Di saat ramai menganggap usia hampir 60 tahun sebagai waktu untuk berehat, kisah lelaki berjiwa besar ini membuktikan sebaliknya. Dr Zamri Chik, 59, bukan sekadar memiliki dua Doktor Falsafah (PhD), malah kini sudah bersedia menyambung pengajian buat kali ketiga dalam jurusan Sains Politik.

Anak jati Felda Jerangau ini bukan mengejar gelaran, tetapi mengejar ilmu, malah lebih lagi, beliau mahu berkongsi manfaatnya dengan orang lain.

“Perjalanan akademik saya bukan untuk mengejar gelaran sebaliknya didorong hasrat untuk membantu pelajar dan penyelidik lain,” katanya.

Minat Semakin Dalam, Ilmu Semakin Mudah

Dr Zamri mengakui dirinya semakin jatuh cinta pada dunia akademik. Jika dahulu PhD pertama terasa berat, kini langkahnya makin ringan dan matang.

“Minat saya dalam dunia akademik semakin mendalam apabila setiap kali melanjutkan pengajian, rasa bebanan dalam pelajaran semakin mudah.

Masa buat PhD pertama memang rasa susah tapi bila masuk PhD yang kedua ia semakin senan,” katanya.

Ads

Kini, memasuki fasa penyelidikan ketiga, beliau semakin yakin. Pengalaman luas dalam bidang penyelidikan dan analisis menjadikannya lebih memahami proses akademik dengan mendalam.

“Sekarang bila hendak buat PhD yang ketiga dalam bidang sains politik, rasa lebih mudah sebab sudah faham rentak dan perjalanan untuk membuat tugasan yang sepatutnya disiapkan,” ujarnya lagi.

Hampir 60 Tahun Tapi Masih ‘Haus’ Ilmu, Dr. Zamri Bakal Sambung PhD Ketiga!

Ads

Tidak Kedekut Ilmu, Bantu Pelajar Dari Dalam & Luar Negara

Lebih membanggakan, Dr Zamri menggunakan ilmunya untuk membantu pelajar lain menyiapkan kajian, bukan hanya dari Malaysia, bahkan dari Jordan, Nigeria hingga Palestin.

Sebagai bekas pelajar pascasiswazah, beliau sendiri faham cabaran yang dilalui ramai pelajar.

“Saya tahu pensyarah pun sibuk, jadi saya bantu secara terperinci macam mana nak buat analisis, insya-Allah, kalau orang minta tolong, saya akan bantu 100 peratus,” kongsinya.

Ads

Inspirasi Untuk Keluarga & Generasi Muda

Bapa kepada sembilan cahaya mata dan datuk kepada dua cucu ini menjadikan ilmu sebagai warisan terbaik untuk keluarganya. Semangatnya memberi pengaruh besar kepada anak-anaknya, bahkan menjadi motivasi yang hidup.

“Bila mana anak lihat ayahnya ada PhD, mereka pun nak ikut jejak sama, itu satu kepuasan buat saya.

“Walaupun umur dah hampir 60, saya rasa tenaga tu ada sebab semangat nak belajar masih mendalam dan puas apabila dapat menamatkan pengajian,” katanya.

Dengan latar belakang akademik yang mengagumkan iaitu Diploma Komputer Sains (UPM), Ijazah Komputer Sains (UTM) dan Sarjana Pendidikan (OUM), Dr Zamri kini bersiap melakar sejarah baharu menerusi PhD ketiganya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads