Hafiz Mahamad Sekali Lagi Taja Bas Percuma Untuk Orang Ramai Balik Kampung

Share

Jika tahun lalu usahawan Hafiz Mahamad telah menaja beberapa buah bas untuk membawa pulang orang ramai balik ke kampung secara percuma, tahun ini sekali lagi Hafiz bakal menyewa tiga ke lima buah bas lagi bagi tujuan yang sama.

Jelasnya di ruangan instagram, walaupun kita semua sudah dibenarkan untuk pulang berhari raya di kampung, namun masih ramai sahabat yang mempunyai masalah kewangan yang tidak mengizinkan. Memikirkan tentang kos minyak, pulang ke kampung pun takkan dengan tangan kosong, semua perlukan duit.

Betul tak?

Disebabkan oleh itu, usahawan ini memahami situasi mereka, khususnya adik-adik yang masih lagi belajar dan menjelaskan bahawa dia telah menyewa tiga buah bas, namun sekiranya ramai yang ingin menyertai bantuan ini, Hafiz mungkin akan menambah enam buah bas lagi.

“Ini semua ‘free’ @ainaabeautyofficial sponsor awak balik raya. Harap penuh semua bas nanti”

Setiap individu boleh menerima lima tiket dan bas akan bergerak pada Jumaat ini (29 April) pada pukul 9 malam dari KL akan ke Pantai Timur.

Usaha yang dilakukan ini mendapat pujian warganet yang rata-ratanya turut mendoakan agar Hafiz Mahamad dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki.

Tidak akan miskin bagi orang yang sentiasa bersedekah. Betul tak? Semoga setiap pertolongan yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada individu yang benar-benar memerlukannya.

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja

untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN