Kebaikan demi kebaikan yang dilakukan seorang hamba Allah ini…
Siapa tidak kenal dengan seorang figura berjiwa hamba ini, namanya dikenali di seluruh negara kerana sifatnya yang tidak lokek dalam membantu orang sekeliling yang memerlukan.
Sedar tak sedar, tahun ini merupakan tahun keempat personaliti media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad menaja perkhidmatan bas buat mereka yang memerlukan untuk pulang ke kampung halaman.
Terbaharu, Hafiz memaklumkan bahawa dirinya sudah pun membayar 10 buah bas buat mereka yang memerlukan untuk pulang berhari raya, menerusi sebuah hantaran di TikTok.
Ads
Katanya, di kala ramai orang yang teruja untuk membeli pakaian baharu, masih ada insan yang tidak berkemampuan untuk pulang ke desa menyambut Aidilfitri bersama ahli keluarga.
“Saya dah bayarkan 10 buah bas untuk anda yang memerlukan balik beraya di kampung dan tahun ini merupakan tahun yang keempat kita ‘sponspor’.
Ads
“Kita buat ini sebab masih ada di kalangan kita yang tak fikirkan pasal baju raya sebaliknya mereka fikir, ‘Cukup tak duit nak beli tiket untuk balik raya nanti?” katanya.
Dalam pada itu, Hafiz turut memberitahu sekiranya 10 buah bas itu tidak mencukupi, dia bercadang untuk membayar beberapa buah bas lagi bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan.
Selain berharap warganet mendoakan agar perniagaannya terus maju supaya dirinya dapat terus membantu mereka yang memerlukan.
Ads
“Kalau terlalu ramai dan tiket habis, insya-Allah saya akan tambah bas lagi. Harap dapat membantu ramai sahabat yang memerlukan, jangan cancel saat akhir dan book main main, kesian saya nanti.
“Awak semua doakan saya supaya rezeki melimpah ruah dan harap anda semua gembira. Saya ikhlaskan dan niatkan apa yang saya buat ini kerana Allah, semoga kita terus bersahabat baik. Kejayaan demi kebahagiaan,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Meskipun tidak begitu mahir, ibu kepada seorang cahaya mata itu memaklumkan bahawa dia banyak belajar daripada para pempengaruh muda yang sering berkongsi tutorial hijab di media sosial.
“Sebenarnya menurut Fazura secara peribadi, saya tak mahir sangat untuk gayakan tudung tau. Macam saya sendiri untuk stailkan hijab, bolehlah macam biasa yang saya buat, kadang kala adalah lilit-lilit sedikit dan sebagainya.
“Jadi jika nak berikan tip tutorial tudung saya untuk para Gen Z di luar sana, dalam diam sebenarnya saya banyak belajar daripada anda semua tau,” katanya kepada Remaja.
Selain itu, Fazura turut mendedahkan bahawa dia sering menggunakan platform seperti Instagram dan TikTok untuk mencari inspirasi cara menggayakan tudung.
“Kalau saya nak gayakan tudung, saya akan scroll di Instagram dan TikTok ‘tutorial tudung, macam mana nak pakai’.
“Saya akan tonton video adik-adik saya ini bagaimana cara mereka gayakan hijab,” jelasnya.
Bagi Fazura, kreativiti para pempengaruh muda dalam menggayakan tudung sangat mengagumkan, selain dia memberi pujian terhadap gaya mereka.
“Jadi, adik-adik pempengaruh di luar sana itu, anda sangatlah kreatif bagaimana anda gayakan tudung. Tak perlukan stylish seperti mana saya perlukan hijab stylish.
“Bagi saya, gayakanlah bagaimanapun tudung anda selagi mana anda nampak cantik dan nampak yakin,” katanya,” tuturnya panjang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pulau Langkawi merupakan antara tempat pelancongan yang digemari oleh masyarakat Malaysia, selain menjadi tumpuan pelancong dari seluruh negara.
Walau bagaimanapun, sejak pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia, suasana lengang dibeberapa tempat tumpuan pelancongan jelas kelihatan dan Langkawi tidak terkecuali.
Selain daripada hilang pekerjaan dan sumber pendapatan hidup bagi individu dewasa yang sudah bekerja, kira-kira sebanyak 23 agensi pelancongan di Pulau Langkawi menerima tempias apabila terpaksa menutup operasi dengan tidak memperbaharui lesen pengendali pelancongan mereka susulan industri tersebut semakin suram berikutan pelaksanaan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.
Menurut laporan akhbar tempatan, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir berkata, tindakan kerajaan menguatkuasakan larangan rentas negeri sejak Januari lalu lalu turut mengakibatkan kehadiran pelancong merosot dan agensi pelancongan terbabit mengalami kerugian.
Malah, katanya, industri pelancongan di pulau peranginan ini lebih tenat selepas pelaksanaan PKP di lima daerah di negeri ini yang berkuasa sejak 1 Mei lalu.
“Sepanjang tempoh larangan rentas negeri berkuat kuasa, sebahagian besar pelancong di pulau ini merupakan penduduk di negeri ini sahaja.
“Namun, jumlah pelancong terus merosot selepas lima daerah di negeri ini pula dikenakan perintah PKP,” katanya ketika dihubungi.
Lima daerah terlibat dengan PKP itu ialah Alor Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim.
Banyak sebenarnya tempat-tempat pelancongan di Malaysia yang terjejas disebabkan PKP dan pandemik Covid-19 ini. Disebabkan situasi pandemik ini, sudah tentu sektor pelancongan terjejas dan kita pun rindu nak cuti-cuti Malaysia kan?
Sama-samalah kita berdoa agar penularan wabak pandemik COVID-19 segera pulih dan diharap agar sektor industri pelancongan diseluruh dunia kembali meriah seperti dahulu.
Sumber: UTUSAN MALAYSIA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Merokok dan vaping di kalangan remaja semakin menjadi isu kesihatan yang serius di Malaysia.
Walaupun usaha berterusan dilakukan oleh kerajaan dan pelbagai organisasi untuk mengurangkan tabiat ini, statistik menunjukkan ia terus meningkat.
Rokok Dan Vaping Punca Lelaki Mati Pucuk, Nikotin Tingkat Risiko Tak Subur
Tahukah anda perbuatan merokok atau ‘vaping’ turut berpotensi kepada masalah mati pucuk, tegas Dr Ahmad Samhan Awang.
Doktor kesihatan lelaki dari Him Wellness itu berkata, ini adalah kerana rokok dan vape mempunyai bahan nikotin yang boleh menyebabkan salur darah menjadi keras atau ‘Atherosclerosis.’
“Keadaan ini terjadi apabila salur darah sukar untuk mengembang dan menyebabkan darah sukar untuk mengalir dengan baik.
“Ini turut menyebabkan kesukaran mengalami ketegangan di bahagian zakar.
“Jadi inilah punca mengapa 40 peratus daripada mereka yang merokok atau ‘vaping’ terdedah kepada risiko mati pucuk,” kata Dr Ahmad Samhan
Rokok Dan Vaping Punca Lelaki Mati Pucuk,
Menurut beliau, antara penyelidikan yang pernah dijalankan bagi mengkaji keabsahan perkara tersebut ialah kajian terbitan ‘American Journal of Preventive Medicine’.
Ia dilakukan sekumpulan penyelidik dari Universiti New York yang mendapati bahawa tabiat menghisap vape atau rokok elektronik boleh meningkatkan risiko mati pucuk sehingga dua kali ganda.
Kajian itu turut mendedahkan, lebih dua kali ganda lelaki sihat yang berusia antara 20 hingga 65 tahun yang menghisap vape setiap hari melaporkan mengalami masalah mati pucuk.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Astro Kita RunFest 2025 yang berlangsung di Serenia City membuktikan bahawa aktiviti larian kini berkembang menjadi sebuah perayaan komuniti yang sarat dengan semangat perpaduan,...