Hadir Dengan 2 Variasi Berbeza, Reka Bentuk PlayStation 5 Sudah Dilancarkan

Share

Setelah sekian lama menantikan kemunculan Sony PlayStation 5, kini para gamers semua boleh menghela nafas lega kerana perasmian permainan video ini telah dilancarkan awal pagi tadi.

Walaupun harganya masih belum diumumkan, namun pihak Sony telah membongkar rupa bentuk rekaan yang didatangkan dalam dua versi, iaitu PlayStation 5 secara fizikal dan PlayStation 5 Digital Edition.

Selain itu juga, Sony turut memperlihatkan aksesori penuh untuk konsol berkenaan, termasuklah sebuah set kepala, pengawal media, kamera HD dan juga alat kawalan permainan DualSense.

Menurut amanz.my, setelah dilihat Sony akan hadir dengan dua variasi konsol untuk PlayStation 5, dimana satu menyertakan sokongan cakera fizikal dan satu lagi adalah versi digital sepenuhnya. Versi digital mungkin dijual dengan harga sedikit murah, selain memfokuskan kepada kemudahan pengguna menikmati permainan melalui muat turun permainan secara digital.

Walau bagaimanapun, pihak Sony juga belum berkongsi harga jualan dan tarikh mula jualan untuk konsol PlayStation 5 terbaru ini.

P/S: Duit simpanan korang dah cukup ke belum? Hiks!

Sumber: amanz.my

IKLAN