Setelah lapan hari sepi tanpa sebarang pingat, hari ini Malaysia mendapat perkhabaran baik dari Olimpik 2020 apabila beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat kontinjen Malaysia.
Pasangan beregu itu berjaya menewaskan jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dengan mata 17-21, 21-17, 21-14 di Musashino Forest Sports Plaza sebentar tadi.
Tewas pada set pertama perlawanan, ia langsung tidak mematahkan semangat buat pasukan beregu ini, sebaliknya muncul sebagai wira pada dua perlawanan terakhir sebentar tadi.
Bagi korang yang belum benar-benar kenal dengan dua pemain muda badminton ini, berikut kami senaraikan antara fakta-fakta menarik tentang pasangan beregu negara.
Ads
1. Aaron Chia merupakan anak kelahiran Melaka yang berusia 24 tahun dan Soh Wooi Yik pula berumur 23 tahun, lahir di Kuala Lumpur.
2. Pasangan beregu ini merupakan finalis di kejohanan All England Open selain pemegang pingat emas Southeast Asian Games pada tahun 2019.
3. Kini menduduki ranking ke-9 pemain beregu terbaik dunia bersama Soh Wooi Yik.
Ads
4. Mereka menjadi pasangan regu sejak tahun 2017 sehingga kini.
5. Soh Woi Yik adalah anak kepada bekas pemain badminton iaitu Soh Goon Chup. Pakciknya, Soo Beng Kiang juga merupakan bekas pemain badminton negara yang pernah mewakili Malaysia dalam sukan Olimpik bersama beregunya, Cheah Soon Kit.
Ads
6. Aaron Chia mula bermain dalam pertandingan badminton secara serius sejak berusia 10 tahun, manakala Wooi Yik belajar badminton dari usia 4 tahun, terpilih bermain untuk Kuala Lumpur semasa umurnya 7 tahun dan mendapat pendidikan di Sekolah Sukan Bukit Jalil sewaktu berusia 13 tahun.
Bekerja dari rumah atau pejabat? Inilah rumusan yang akan dibincangkan dalam satu mesyuarat khas selepas tiga kluster di tempat kerja di kesan di Lembah Klang.
Buat masa ini, kebanyakan pejabat mengusulkan bekerja dari rumah selepas kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 27 Oktober ini selepas berlaku peningkatan mendadak di Lembah Klang melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Dalam pemberitahuan semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan membawa isu itu ke dalam mesyuarat khas berkenaan susulan tiga kluster baharu yang dilaporkan di Lembah Klang berpunca dari tempat kerja.
Sebarang keputusan berhubung tindakan membenarkan pekerja sama ada terus bekerja di pejabat atau rumah akan diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, walaupun di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dibenarkan pergerakan pekerja untuk bekerja di pejabat atau sektor ekonomi namun kerajaan memohon majikan supaya membenarkan mereka ini boleh bekerja dari rumah.
"Tetapi sekarang sudah berlaku kes Covid-19 di tempat kerja, jadi saya akan bawa isu ini dalam mesyuarat khas MKN dipengerusi Perdana Menteri.
"Apa tindakan seterusnya bagi pekerja sama ada boleh terus bekerja di pejabat atau tidak akan diputuskan nanti dan kita serah pada perbincangan dalam mesyuarat itu nanti," katanya pada sidang media, hari ini.
Ismail Sabri berkata, dia mengharapkan sebelum sebarang keputusan dibuat majikan membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah.
"Ia bagi menjaga keselamatan pekerja di dalam syarikat terbabit," katanya. Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas beberapa hari mendapat kecaman di media sosial, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha mengambil tindakan dengan membatalkan kontraknya dengan beberapa jenama antarabangsa pro-Israel.
Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin (31) berkata, dia mengambil keputusan itu selepas dinasihatkan oleh orang ramai sejak kebelakangan ini dan ini semua berlaku atas kerelaan dirinya sendiri.
Kredit: Instagram Daiyan Trisha
“Saya nak maklumkan yang saya dah tamatkan kontrak dengan beberapa jenama yang saya bekerjasama sebelum ini”
“Terima kasih atas teguran. Teruskan perjuangan anda untuk Palestin” – Daiyan
Pelantun lagu Penat ini juga menerima segala teguran dan memandang serius mengenai isu yang berlaku di Gaza.
Kredit: Instagram Daiyan Trisha
Sementara itu, Daiyan enggan mengulas mengenai jumlah kerugian dan penalti yang dikenakan susulan bertindak menamatkan kontrak.
Katanya, perkara itu tidak dapat didedahkan kerana ia melibatkan beberapa jenama berbeza.
Sebelum ini, Daiyan tampil membersihkan namanya selepas didakwa masih menjalinkan kerjasama dengan beberapa jenama pro-Israel. Dia turut menjelaskan bahawa tidak pernah melupakan nasib menimpa saudara Islam di Palestin dan mempunyai cara tersendiri dalam membela nasib mereka.
Daiyan juga berkongsi beberapa tangkap layar resit sumbangan bantuan yang dibuat dan jumlah keseluruhan sumbangan tersebut mencecah RM100,000.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Digelar sebagai pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew kini cukup mendapat perhatian netizen susulan daripada dakwaan dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.
Terbaru, Ebit Lew yang berusia 37 tahun telah tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom sekitar kira-kira jam 9 pagi tadi dengan menaiki sebuah Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu lain.
Foto Via Sinar Harian
Dimaklumkan, perkarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal polis sejak awal pagi tadi. Selain itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut dijadualkan membuat sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit.
Berdasarkan laporan daripada Harian Metro, Ebit Lew kini sedang berada di Sabah dalam menjalankan kerja-kerja amal.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.