Perkahwinan pasangan selebriti popular dari Indonesia, Alyssa Daguise dan Al Ghazali, bukan sahaja menjadi bualan hangat kerana keindahan majlisnya yang elegan, tetapi juga kerana satu perkara lain yang cukup luar biasa—hadiah eksklusif yang diterima oleh para bridesmaid!
Kalau kebiasaannya hadiah pengapit hanya berupa cenderahati kecil atau barangan kenangan, lain pula ceritanya untuk majlis Alyssa. Para bridesmaid menerima satu kejutan yang benar-benar mewah: satu set penuh Dyson Airwrap, alat penggayaan rambut berteknologi tinggi yang menjadi idaman ramai remaja dan wanita muda hari ini.
Hadiah yang Buat Ramai Ternganga
Setiap kotak hadiah bukan sahaja mengandungi Dyson Airwrap (yang harganya boleh mencecah RM2,700 di Malaysia), tetapi juga dilengkapi dengan barangan penjagaan diri seperti produk penjagaan kulit mewah, minyak wangi berjenama, serta kad ucapan peribadi yang ditulis sendiri oleh Alyssa.
Menerusi satu video yang dimuat naik pengguna TikTok @unbranded_stroe, Alyssa tampil anggun dalam gaun kuning sambil mengagihkan kotak hadiah mewah kepada rakan-rakan rapatnya.
Ads
Kotak berwarna putih dihias riben coklat itu bukan sekadar kelihatan mewah, malah isinya dianggarkan bernilai lebih RM4,000 setiap satu.
Kesemua hadiah ini disusun rapi dalam kotak yang telah diperibadikan dengan nama setiap bridesmaid—memberikan sentuhan eksklusif dan istimewa. Tidak hairanlah apabila video unboxing hadiah ini mula tular di media sosial, ramai yang meluahkan rasa kagum dan teruja.
Ads
Netizen Teruja, Ramai ‘Apply’ Nak Jadi Bridesmaid
Menerusi ruangan komen di TikTok dan Instagram, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap kemurahan hati Alyssa yang begitu menghargai pengiring pengantinnya dengan hadiah bernilai tinggi.
Malah ada juga berseloroh ingin menjadi bridesmaid Alyssa jika ada majlis kedua nanti. Ada juga yang mengakui mereka sanggup membantu sepanjang hari majlis asalkan dapat hadiah seumpama itu.
Sebagai info, Alyssa Daguise dan Al Ghazali sah bergelar suami isteri pada 16 Jun lalu.
Perlawanan tumpuan antara Vietnam dan Malaysia bagi kumpulan B berkesudahan dengan kemenangan tuan rumah dan insiden layangan kad merah di Stadium My Dinh, Vietnam pada malam semalam.
ARTIKEL BERKAITAN : Gadis 21 Tahun Disunting Kelab Bola Sepak Di India, Pertama Seakannya Oleh Wanita Malaysia
Kedua-dua pasukan turun dengan kesebelasan terbaik bagi memburu tiga mata dalam pertemuan penting ini.
Foto Via Fam
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium My Dinh itu, watak pengadil perlawanan, Ryuji Sato jelas mencuri tumpuan selepas keputusannya yang dianggap kontroversi dengan memberikan layangan kad merah serta keputusan penalti buat skuad negara.
Pada minit ke-62 apabila Azam Azmi dilayangkan kad merah kerana pengadil perlawanan dari Jepun itu berpendapat Azam Azmi melakukan kekasaran dengan memijak kepala pemain Vietnam, Van Hau.
Akaun media sosial pengadil Ryuji Sato kena serang?
Susulan itu, netizen telah mengambil langkah drastik dengan menyerang akaun media sosial yang didakwa milik Ryuji di Facebook.
Menurut Utusan Online, walaupun tidak dapat dipastikan sama ada ia benar-benar Facebook milik Ryuji atau tidak, rata-rata netizen nampaknya marah dengan posting yang dimuat naik dengan mesej.
Terdahulu, Ryuji juga pernah terpalit dengan kontroversi hampir sama pada Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE) Jun tahun lalu apabila menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam ketika aksi pertembungan berbaki 10 minit, sekaligus menyaksikan Malaysia tewas 1-2.
Jangan main-main ye dengan tentera bawang Malaysia ni, apa-apa pun harap netizen tetap menjaga adab kita dalam meninggalkan komen walaupun tengah marah ye…
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak PKP dilancarkan di negara kita, sistem pembelajaran di universiti/kolej sudah pun dikendalikan secara online.
Sumber : www.jamessweetman.com
Ada pensyarah yang memberikan tugasan kepada pelajar untuk menyediakan video presentation dan disebabkan itu seorang pengguna diinstagram yang dikenali sebagai _cikguamyza telah pun berkongsi cara menyediakan video dengan cara menyunting video pembentangan menggunakan aplikasi Kinemaster.
Jom kita ikuti video yang dikongsikan oleh Amyza Mohamad Yusop yang juga pelajar semester akhir ijazah pendidikan sains fizik di UiTM Puncak Alam
1. Pertamanya, anda perlu menyediakan skrin hijau menggunakan mana-mana kain berwarna hijau sebagai latar belakang. Rakam video berdasarkan slide yang telah disediakan.
2. Kedua, tukar slide pembentangan kepada bentuk imej. Anda boleh menangkap layar slide yang diperlukan.
3. Import imej slide dan video yang telah dirakam ke dalam Kinemaster. ‘Crop’ jika perlu.
4. Pilih dan aktifkan ‘Chroma Key’. Pilih nisbah yang bersesuaian untuk menghilangkan skrin hijau di belakang anda.
5. Ubah saiz dan letakkan video pada slide. Siap.
Tambahan Amyza yang pada masa yang sama menjadi hometutor, Pastikan tidak memakai pakaian berwarna hijau ketika rakaman.
Semoga bermanfaat kepada korang yang terpaksa menjalani kelas online mahupun korang yang bekerja dari rumah.
Sumber : Instagram _cikguamyza
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah lima hari kemelut politik melanda Malaysia apabila tiada parti mampu membentuk kerajaan persekutuan akibat tidak memiliki kerusi parlimen yang mencukupi.
Akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri baharu negara jam 5 petang tadi, setelah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang telah bermesyuarat dengan Majlis Raja Raja.
Dilahirkan pada 10 Ogos 1947, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan anak jati Pulau Pinang. Berusia 75 tahun kini, beliau mula melibatkan diri dalam dunia politik pada tahun 1982 dengan memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh.
Merupakan seorang pelajar yang cemerlang sejak sekolah rendah. Anwar Ibrahim kemudiannya dipilih untuk memasuki sekolah asrama penuh berprestij, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan menamatkan pengajian di situ pada 1964.
Pernah dinobatkan sebagai antara Menteri Kewangan terbaik di Asia, tahukah anda Anwar sebenarnya merupakan seorang pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu di Universiti Malaya.
Beliau merupakan antara pengasas dan presiden kedua organisasi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Organisasi tersebut masih lagi wujud sehingga hari ini.
Hasil perkahwinan di antara Anwar Ibrahim dan Wan Azizah Wan Ismail di kurniakan enam orang cahaya mata. Namun hanya anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar yang mengikut jejak langkahnya ke kancah dunia politik.
Impak Anwar Ibrahim kepada landskap politik Malaysia cukup besar. Perihal mengenainya menjadi ikutan ramai termasuklah agensi media luar negara. Tidak hairanlah dia suah banyak kalu menghiasi muka hadapan majalah luar negara seperti TIME.
Anwar Ibrahim merupakan individu pertama di Malaysia yang akan mengepalai negara ini sebagai Perdana Menteri bagi kerajaan perpaduan. Ini bermakna kabinetnya bakal diisi oleh beberapa ahli parlimen dari blok pembangkang yang bersetuju untuk bekerjasama.
Sebuah filem mengenainya sedang dalam pembikinan. Filem ini merupakan hasil terbitan Bianglala Entertainment dan diarahkan oleh Viva Westi. Pelakon handalan Malaysia, Farid Kamil menggalas tugas memegang watak sebagai Anwar Ibrahim manakala pelakon Indonesia, Acha Septriasa pula memainkan watak Wan Azizah.
Semoga Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya dalam mentadbir urus Malaysia ke arah kemampanan ekonomi yang kukuh dan juga membawa pendekatan memperkasakan masyarakat di Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum yang saling menghormati.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.